Rabu, 30 Mac 2016

Kritik Najib, Pekerja Petronas Ini Telah Dibuang Kerja Serta-Merta Selain Perlu Meminta Maaf Secara Terbuka..

Kesian.

Dia neh betul-betul kena buli dengan geng-geng yang sokong Najib. 

Memetik laporan dari Utara News ;
Seorang Jurutera Petronas, Jalil Ismail yang sebelum ini dengan bangga menghina dan memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaman sosial Facebook miliknya, kini dibuang kerja 24jam. Lelaki tersebut bukan sahaja menghina perdana menteri, malah dia turut menggelarkan DS Najib sebagai binatang.

Akibat teruk dikecam oleh netizen, lelaki terbabit kini telah  dipanggil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk siasatan atas status menghina yang dimuatnaik olehnya tersebut. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin kini dia juga baru sedar siapa dirnya yang sebenar.

Tapi malangnya semua telah terlambat, pandai saja tak guna, kalau takde akal.., betul tak?? Akibat daripada tindakan yang diambil terhadapnya, Jalil kini secara terbuka telah menzahirkan permohonan maafnya terhadap perdana menteri. Sudah jadi macam ni baru nak insaf yer!

“Saya juga berasa insaf terhadap perbuatan saya ini kerana kesalahan ini telah menghantui keadaan saya sekeluarga. Sekali lagi Datuk Seri, saya memohon maaf dan berasa menyesal yang teramat sangat atas kesalahan saya ini terhadap Datuk Seri.

“Saya benar-benar memohon dan berharap Datuk Seri dapat memaafkan kekhilafan saya ini terhadap Datuk Seri. Saya berjanji kepada Datuk Seri bahawa saya tidak akan mempercayai dan mengambil tahu mana-mana ‘posting’ negatif terhadap kepimpinan datuk Seri di media sosial masa masa akan datang,” katanya.

Doa-doa jela yang perdana menteri maafkan dia, tapi Gomez percaya yang Najib ni memang baik hati.. Huhuuuu! Posting permohonan maaf Jalil di media sosial mendapat reaksi positif dari para pengguna Facebook. Rata-rata mereka menerima dengan baik permohonan maaf yang disuarakan jurutera tersebut.

Itu la lain kali nak muatnaik status tu baik-baik sikit, jangan fikir yang sekarang ini tiada mata-mata sedang melihat. Zaman sekarang ini mudah sangat nak viral, kutuk sikit je memang akan jadi viral.. Hahaha! Pengguna laman sosial jugak yang viralkan okey, jangan tuduh ‘spy kerajaan di facebook’ pulak! Cari makan dengan kerajaan tapi kutuk kerajaan. Fuhhhhhh, memang terkena la bro! Lain kali pakai otak okey!

--------------

Jalan cerita.

1. Jalan-jalan di efbi tadi. Baca-baca status orang. P kat posting yang kekawan tag. Guna laptop so senang sikit nak buat apa pun. Selalu online efbi guna henpon. Terasa terhad nak buat apa-apa pun.

2. Then baca kemaskini terbaru dari Zaharin. Katanya ada staff PETRONAS kena buang kerja aka diberhentikan sebab menghina piem kesayangan dunia iaitu Najib Razak.

3. Aku pun google la sat. Biar betul kau. 

4. Google punya google dapat la baca berita dari blog pro kerajaan, Utara News.

5.  Dah dapat nama dia aku pun p cari sat kat efbi. Jalil Ismail.

6. Then memang ya. Dia sedang beria membuat permohonan maaf.

7. Siap ada surat lagi tu. Tengok ;


Kesian aku tengok encik Jalil neh.

Kena buang kerja sudah. Dalam masa 24 jam pula tu.
Kena serang dengan geng2 cybertroopers pro Najib sudah.
Kena siasat lagi tu dengan PDRM dan SKMM.
Lepas tu terpaksa minta maaf beria di laman sosial.

Aduii.

Betul-betul kena buli. Pasti emosi dia terjejas teruk. Hilang kerja satu hal. Sokongan pula macam takde..

Ya, sesetengah orang akan berkata. Kasar betul ayat dia mengkritik Najib. Mendekati penghinaan. Tetapi sudah tentu kemarahan dia bersebab. Ada la yang Najib buat sehingga mengundang kemarahan rakyat. Cari sebab, kaji punca jangan tahu nak menghukum aje. Yang hilang kerja tu rakyat biasa. Rakyat tu pun terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang. Yang p beria buatkan rakyat biasa tu kehilangan kerja pun rakyat biasa juga. Dalam erti kata lain rakyat biasa tikam rakyat biasa. Padahal kita semua neh rakyat biasa mangsa keadaan. Tapi kita pula sibuk bergaduh sesama kita. Apa untungnya kawan?

Kalau pun dia hina, kritik Najib ko kisah apa kawan. Bukan periuk nasi kau yang dia kacau. Dia meluah rasa. Bagi la peluang. Ko tak mampos pun baca komen-komen dia. In fact Najib pun tatau. Bukan dia kerja mengadap efbi 24 jam. Kat sini la kebodohan rakyat biasa yang totok partisan terserlah. Sanggup ko pijak rakyat biasa lain atas nama sokongan terhadap pemimpin. Macam la Najib heran sangat dengan 'jasa-jasa' kau. Adoiyai.

Btw, aku nak perjelaskan. Petronas tu GLC. Separa kerajaan. Tanggungjawab kakitangan PETRONAS ialah melunaskan kerja2 yang diberikan mengikut bidang kuasa, had kerja yang telah ditetapkan. Di luar waktu bekerja, bukan di premis kerja, bukan urusan rasmi ia adalah menjadi kebebasan ataupun pilihan masing2 la nak berpolitik macam mana atau nak menyokong mana-mana partisan pun. Dia bekerja di PETRONAS itu KERJAYA dia. Sebagai PIEM MALAYSIA, Najib Razak berhak dikritik walaupun oleh seekor kucing andaikata kucing tersebut boleh berkata2 tau. Taknak kena kritik, jangan jadi pemimpin. Taknak kena hina maka jangan bagi punca pada rakyat untuk menghina. Simple mah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...