Selasa, 29 Mac 2016

Khir Toyo Kini Di Luar Penjara.


Inila undang-undang versi Malaysia. Keadilan yang tersangatlah adil sampai aku nak ketawa terbahak-bahak!

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH!
KAH KAH KAH KAH KAH!

Kalau la yang ditahan itu Anwar Ibrahim, ko rasa pengkritik2 dia boleh terima tak andai kata Anwar dilepaskan dengan parol? Itupun ditahan atas isu merepek. Ini terang2 berlakunya salahlaku. Paling2 koman berhak dipertikaikan dari mana dia mempunyai wang jutaan ringgit untuk renovate..

So, renung-renungkanlah..

KAH KAH KAH

Laporan dari FMT ;

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Menurut rakan baik Mohamad Khir, Roslan Dian yang memberitahu FMT, Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah, di bawah pengawasan pegawai parol.

“Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan. Kini dia (Mohamad Khir) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah,” ujarnya.
Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.


Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...