Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 April 2016

Zahid Cadang Campurtangan Swasta Untuk Kawal Keselamatan Sempadan Negara..

 
Dan Bernama melaporkan ;
 
Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan kesemua cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menelitinya.

Ia termasuk sama ada untuk menggunakan aset kekal atau aset-aset berbentuk teknologi atau kombinasi kedua-duanya, kata beliau kepada wartawan Malaysia di Washington DC pada Rabu.

Beliau juga berkata pihak kerajaan juga akan mengkaji dari aspek bentuk pembiayaan yang akan digunakan untuk pembinaannya kerana ia melibatkan kos yang cukup tinggi.

"Kami jangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk mengawal sempadan di utara Semenanjung sahaja," katanya.

Ahmad Zahid berkata kos pembiayaan ini boleh dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sama ada secara kaedah pembayaran tertangguh, kaedah perkongsian antara awam dan swasta atau lain-lain kaedah.

Beliau berkata projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan pengawalan keselamatan negara terkawal.

Menurutnya, isu operasi agensi keselamatan sempadan adalah antara isu yang dibincangkan beliau dalam pertemuannya dengan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di Washington DC Rabu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi Selasa untuk lawatan kerja selama seminggu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula Khamis.

Beliau berkata pihak Amerika Syarikat turut menawarkan kepada Malaysia untuk mempelajari operasi pengawalan sempadan di negara itu.

Ia termasuk melihat aset-aset yang digunakan negara itu sama ada aset kekal ataupun peralatan pemantauan satelit dan radar, selain beberapa aset lain yang sesuai untuk digunakan dengan topografi Malaysia.


Aku setuju. Jika Zahid nak mempertingkatkan kecekapan anggota dalam mengawal keselamatan sempadan negara aku bersetuju dengan pembelian pelbagai jenis aset bagi membantu anggota melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. Lagipun menjaga kawasan sempadan negara bukan kerja yang boleh dibuat secara cikai-cikai. Memang nak kena sesuaikan dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi semasa. Kena upgrade la senang cakap.

TETAPI.

Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara.

Terima cadangan?
Yakni hantar proposal la kan?
Proposol bermaksud projek la kan?
Hahhhh.. bab neh. Kita kena KENANG kembali isu SCORPENE.

So, jika kerajaan berniat nak upgrade ke update ke enhance ke apa-apa ke perlulah dipastikan satu prosuder ketat dijalankan. Supaya nanti tak jadi macam kes SCORPENE. Bayar KOMISEN juta-juta padahal kerajaan boleh je runding terus tanpa melalui DEALER ataupun ORANG TENGAH bagi mengurangkan KOS.

Kedua. Jangan buat pembelian atau projek syok sendiri. Apa-apa aset yang kau semua nak beli biarlah selari dengan apa yang diperlukan anggota. Kalau nak langgan perkhidmatan, tak payah. Baik ko latih anggota kau dengan perkhidmatan tersebut. Biar anggota yang berkhidmat sendiri. Keluarkan modal untuk mempertingkatkan kecekapan anggota kau jangan salur duit untuk kayakan company2 swasta je bai.

DAN.

Ahmad Zahid berkata kos pembiayaan ini boleh dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sama ada secara kaedah pembayaran tertangguh, kaedah perkongsian antara awam dan swasta atau lain-lain kaedah.

Bab neh aku tak gemar. Beli aset atau perkhidmatan secara mutlak oke. Bab perkongsian aku taknak. Contoh isu AES. Memang mengarut nak mampos. Suka atau tak suka ia adalah satu fakta bahawanya swasta mensasarkan keuntungan dalam setiap perniagaan mereka. Apa pula kau kata perkongsian antara awam dan swasta. Totally bullshit beb. Kita tak boleh kongsi apa-apa dengan swasta kerana sasaran mereka wang, sasaran kita keselamatan negara. Sasaran tak sama, macam mana nak berkongsi bagai. Bayangkan jika ada klause dalam contract tu nanti setiap 5 tahun mereka berhak menaikkan bayaran perkhidmatan/aset macam yang kerajaan gila kau buat kat isu tol, tambang & etc etc.. tak ke parah jadinya nanti?

So, isu keselamatan negara, harus menjadi hak mutlak negara tanpa kebergantungan kepada mana-mana syarikat swasta.

Kita nak beli aset, kita beli. Deal tamat disitu.
Kita nak beli perkhidmatan, kita beli. Deal tamat disitu juga.
Benda macam neh kalau kita main hentam je atas nama projek, sesenang je orang nak hijack negara kita tau. So Zahid, matlamat ada betul cara nak melaksanakan matlamat tu pula kena betul juga. 

Kbai..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...