Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Mac 2016

Selain Parol, Hukuman Penjara Khir Toyo Dikurangkan Sebanyak 4 Bulan - Adilnya Undang-Undang Negara Untuk VVIP..


AllahuAkhbar.. adilnya undang-undang Malaysia. Bukan parol je dia dapat bahkan dikurangkan hukuman penjara selama 4 bulan. Hukuman penjara pun ada rebat. Bestla dia kan.

KAH KAH KAH

Aku terfikir2 satu persoalan. Dia menjalani hukuman penjara di mana? Tue je aku nak tau.

Baca ;

Dr Mohamad Khir Toyo bukan sahaja menerima parol, malah bekas Menteri Besar Selangor itu turut mendapat remitan atau pelepasan hukuman penjara selama empat bulan.
 
Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan, Khir menerima remitan itu selepas jabatan berkenaan berpuashati dengan tahap pemulihan beliau ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.
 
Khir dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 September 2015 dan hukuman itu sepatutnya berakhir 28 September 2018.
 
Kenyataan itu menyebut, Khir mendapat remitan empat bulan dan hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lapan bulan dan akan berakhir 29 Mei 2016.

“Khir diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan pada 29 Mei 2016 tetapi tertakluk jika beliau tidak melanggar syarat-syarat Lembaga Parol,” kata kenyataan itu.
 
Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, lima tahun lalu.
 
Beliau dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
 
Jabatan Penjara menjelaskan, walaupun Khir menjalani baki hukuman di dalam rumah, beliau tertakluk kepada syarat iaitu perlu melapor diri kepada Pegawai Parol Daerah Klang pada masa yang ditetapkan, tinggal di rumah yang ditetapkan menerusi Perintah Parol, mengikuti program pemulihan, tidak boleh meninggalan daerah parol dan tidak boleh meninggalkan Malaysia.
 
“Sistem Parol dilaksanakan sejak 2008 untuk memberi ruang kepada banduan menyesuaikan diri dengan masyarakat selepas menjalani hukuman di penjara,” kata kenyataan itu lagi.
 
Jabatan Penjara berkata, semua kesalahan yang dikenakan hukuman penjara minimum setahun layak memohon parol kecuali bagi kesalahan melibatkan berperang atau cubaan berperang dengan Yang di-Pertuan Agong, raja atau Yang di-Pertua Negeri, kesalahan memberi keterangan palsu dengan niat menyebabkan seseorang disabitkan kesalahan atau dihukum mati, kesalahan menyebabkan kematian, kesalahan merogol dan seks luar tabii. - FMT.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...