Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 April 2016

Najib, Rosmah Beli Baju Jutaan Ringgit Di JAKEL Untuk Tujuan Sumbangan & Bantuan..

Inila kenyataan yang dikeluarkan oleh blogger UMNO bagi menjawab dakwaan WSJ ;
Pembayaran bernilai berpuluh juta ringgit di Jakel antara tahun 2011-2014 oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan kepada pelbagai pihak dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian hari raya anak yatim dan sayap-sayap politik.
Menurut sumber, Perdana Menteri akan meminta Jakel membekalkan pakaian, selimut dan lain-lain barangan untuk mangsa bencana alam dan membayar kepada syarikat terbabit. Selain itu, acara-acara membeli pakaian untuk anak yatim sempena hari raya yang dibiayai oleh Perdana Menteri juga dilakukan di gedung membeli belah Jakel.
Malah difahamkan sumbangan permaidani Masjid oleh Perdana Menteri juga dibayar kepada Jakel trading sebagai pembekal.
Malaysiakini dan beberapa media antarabangsa cuba menonjolkan isteri Perdana Menteri membeli belah dengan begitu boros di Jakel sehingga Perdana Menteri Najib Razak terpaksa membayar lebih AS$14 juta kepada Jakel antara tahun 2011-2014.
Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri. Jika benar ia pembelian peribadi, berdasarkan harga pakaian Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib Razak mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan ke semua pakaian tersebut.
Jakel bukanlah gedung membeli belah pakaian mewah seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang memungkinkan hanya beberapa ratus helai pakaian sudah mencecah puluhan juta ringgit.
Sebaliknya kita tahu saban tahun Perdana Menteri, UMNO dan sayap-sayap UMNO, NGO yang mengadakan acara membeli pakaian hari raya untuk anak-anak yatim di Jakel menggunakan sumbangan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.
Mohd Najib juga sering mengumumkan bantuan dan sumbangan dalam bentuk pakaian dan selimut kepada mangsa bencana alam seperti banjir bukan sahaja dalam negara malah ke negara-negara Asean. Ini semua akan dibayar oleh Mohd Najib kepada pembekal yang antaranya ialah Jakel Trading. – MYKMU.NET


Jahatnya WSJ fitnah Najib dan Rosmah sebagai boros dan tamak kan. So, Najib saman la. Dah terbukti neh kau beli belah di JAKEL sebab nak bantu rakyat yang dalam kesusahan kan.. tak silap aku, esok hari selasa kan?

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...