Rabu, 6 April 2016

Abang-Abang Polis, Saya Benci & Menyampah Tindakan Kamu Ke Atas Rafizi - Nik Abduh.


Nik Abduh menulis ;

Kaum musyrikin di Mekah, walaupun mereka syirik dan bergelumang dosa, begitu menjaga kesucian Masjidil Haram dan sekitarnya. Tiada jenayah dibenarkan dan tiada tindakan ke atas penjenayah dibenarkan. Begitu, sehingga kedatangan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.

Malang, pihak berkuasa di negara kita tidak langsung bersetia pada janji dan arahan agar semua ahli parlimen dibebaskan daripada sebarang gangguan dan kacau bilau sepanjang menghadiri sidang parlimen di bangunan parlimen dan sekitarnya.

Saya nak bagi tahu itu abang-abang polis, saya benci tindakan kamu ke atas YB Rafizi Ramli. Sila bagi tahu ketua kamu, saya benci dan menyampah!

Ini pun nak kena ajar..

Rujukan.

Malangnya ;


Penyokong-penyokong parti pelbagai aliran sibuk bergaduh sesama sendiri di ruangan komen. Yang menyindir dan meluat dengan Nik Abduh pun ada..

Macam-macam hal..

Langsung tak boleh bertenang..
Langsung taknak bagi muka dorang tu kan..

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...