Sabtu, 9 April 2016

Rafizi & Gari - Suatu Penilaian - Tweet KPN Tentang Isu Gari Dah Hilang Ke?


Berikut di bawah ialah hujah pertahankan diri dari Rafizi berkenaan isu gari yang menjadi kontroversi baru-baru ini ketika Rafizi ditahan oleh PDRM untuk disiasat kerana mendedahkan dokumen rahsia OSA.

--------
Ini kenyataan saya menjelaskan bagaimana saya diarahkan meletakkan tangan di belakang. Saya hormati bahawa pegawai-pegawai polis yang dibawah perlu menjalankan tugas mereka dan saya ajak kita semua juga memberi ruang mereka menjalankan tugas mereka. Kritikan saya terhadap Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
9 APRIL 2016.
PEGAWAI POLIS WAJAR DIBERI KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENDALIKAN TAHANAN TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK ATASAN ATAU PIHAK LAIN.
Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang dilaporkan oleh Malaysiakini ( http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya “berlakon” digari untuk cuba meraih simpati dari rakyat.
Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang mengiringi saya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6 April 2016.
Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238, Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul Rahman.
Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.
Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya.
Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah dipolitikkan sewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu penyelewengan 1MDB, salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.
Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berterusan menekan rakyat.
Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa.
Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama seperti rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai polis yang diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ahli politik itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan (“damn if they do, damn if they don’t”). Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.
Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua.
Saya telah ditahan banyak kali dan telah berurusan dengan ramai pegawai polis dari pangkat konstabel hingga ke SACII (Senior Assistant Commissioner) sejak tahun 2012. Saya menghormati mereka dan menghargai penghormatan dan layanan yang mereka berikan kepada saya selama ini setiap kali saya di dalam tahanan. Saya dilayan secara professional dan berhemah baik di lokap sehingga ke bilik soalsiasat sehingga ke lokap mahkamah.
Anggota polis adalah rakyat biasa seperti kita yang boleh menilai baik buruk seseorang pemimpin. Mereka juga tersepit seperti rakyat biasa tetapi tertakluk kepada arahan pihak atasan.
Oleh yang demikian, seperti mana negara kini bermasalah kerana kepimpinan tertingginya tempang, saya juga merasakan sebarang kritikan itu perlulah disasarkan kepada kepimpinan tertinggi polis seperti Ketua Polis Negara dan bukannya anggota biasa yang cuba sedaya upaya melaksanakan kerja mereka secara professional.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang dipertanggungjawab menyiasat kes saya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini di atas sikap professional dan budi bicara mereka. Ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Lokap Bersepadu Jinjang yang professional dan berhemah semasa mengendalikan tahanan saya di sana. Saya yakin masa depan negara adalah cerah jika sikap professional sebegini diteruskan.
Saya juga berharap Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari yang dipolitikkan sebelum ini. Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
-------------------------
Itulah penjelasan penuh dari Rafizi. Semua ini berpunca dari ;
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tidak digari sepanjang tempoh beliau ditahan.
"Hentikan tuduhan," kata Khalid melalui akaun Twitter rasminya @KBAB51 pada Khamis.
Khalid mengulas komen media sosial yang bersimpati dengan Rafizi yang juga naib presiden PKR, apabila hadir di mahkamah dengan tangannya "digari" ke belakang pada Khamis.
Rafizi turut tersenyum sambil berjalan dengan kedua-dua tangan di belakangnya seolah-olah telah digari oleh anggota polis yang mengiringinya dari kenderaan ke bilik mahkamah.

Rujukan.

Aku check twitter Khalid. Nak screenshot tentang respon Khalid tentang isu gari. Takde. Tak jumpa. Mungkin berakhir di Lautan Hindi. Khalid lebih tahu. Jangan2 tercicir dalam lautan macam pistol polis.

Hahahaha..

Apa2 pun aku berjaya cilok satu screenshot dari member di efbi.

 

Dan kenapa Khalid tweet macam tu pula, gara-gara admin page rasmi Rafizi cakap begini ;

 

Dan kenapa admin page Rafizi cakap begitu pula ialah mereka langsung taktahu menahu bahawa atas budi bicara, polis tak gari Rafizi namun tangan Rafizi dikebelakangkan umpama digari supaya tak timbul tohmahan di kemudian hari.

Namun admin page Rafizi mana tahu semua tu. Dia dapat satu gambar terus update sembang bikin bimbang langit runtuh bumi pun goyang maaa.

Jap. Aku rasa sesiapa pun akan goyang kalau kau bakal berhadapan dengan penjara 4,5 tahun bro. So, untuk isu neh aku memang sebelah pada Rafizi walaupun aku meluat dengan dia kaw-kaw dalam isu 'Langkah Kejang'.

Berbalik pada isu Rafizi dan gari. Ya, aku setuju sangat isu neh picisan gegila. Sebab ianya terjadi atas salah faham. Kalau boleh lepas kita tahu kita tersalah sangka, better jangan dediam. Kita bukan perfecto kan. Takde salahnya kita akui kesilapan. Sorry beb tadi salah update. Maaf atas salah faham tak pepasal polis kena maki. Rafizi tak kena gari. In fact samada Rafizi digari ataupun tidak penahanan tersebut sememangnya berhak dipertikaikan kerana Rafizi ditahan ketika masih berada dalam kawasan parlimen itu satu, ditahan kerana mendedahkan apa yang tak sepatutnya dilakukan oleh 1MDB, itu dua. Punca disiasat dan ketika ditahan, dedua tak patut.

Start admin page buat derk je. Then geng2 bien plak troll. Tu yang buat benda neh jadi kecoh. Padahal Rafizi bakal berdepan dengan risiko dipenjara. 3,4 tahun hilang kebebasan. Kau ingat benda neh main-main ke.

Polis dan Rafizi dah deal elok-elok, awal-awal, atas tujuan tertentu. Sebelum neh kes Anwar tak digari pun turut dipersoalkan oleh geng2 bien. Pegawai2 polis yang tak berminat dengan politik totok dan kotor menjadi mangsa partisan. Gari kena maki. Tak gari kena maki. Buat apa pun tetap kena maki.

Kesilapan penyokong Rafizi ialah bila dah tersalah bagi info, lenkali jangan buat bodo je bang. Ingat bang. Lagi galak kita tunjuk diri kita perfect lagi orang meluat bang.

Kesilapan bukan penyokong Rafizi, kau nak troll tu kasi lawak sikit la. Tak lawak la troll korang. Haha.

Kesilapan KPN, eh kau ada ke kesilapan? Kau kan perfect je memanjang. Tu pasal tweet ko pasal gari tu tak hilang kan.  

Kesilapan aku pula. Eh apasal aku update belog neh panjang2. Ada ke yang nak baca hah setannn.

Tu je la pun.

Kbai la.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...