Ahad, 10 April 2016

Netizen Undi Najib Dipecat - Ramai Anak Muda Menyampah Ke Najib?

Petang semalam.


Undian dah tamat. Tetapi sampai sekarang masih ramai yang memberikan komen. Rata-rata mereka memilih NO 2. Iaitu Najib Must Go = dipecat dari kedudukannya sebagai perdana menteri Malaysia.

Petang tadi komen dalam 2,000 ++.
Sekarang dah mencapai lebih dari 3,000 ++.
Dan sama macam semalam dan tadi. Rata-rata komen yang baru masuk memilih no 2 sebagai jawapan.

Undian tersebut turut mendapat respon dari pegawai khas Rosmah Mansur tau.

Katanya ;



Sama macam dia, aku pun ada bersetuju dan tak bersetuju dengan pendapat Rizal Mansor. Yang aku bersetuju ialah undian dalam beberapa ribu orang neh tak semestinya mengambarkan keseluruhan pemikiran anak muda = generasi Y, X dan Z pada masakini.

Rakyat Malaysia ada 30 juta orang dan lebih. Pada tahun 2014, rakyat Malaysia yang ketigapuluhjuta dilahirkan. Sekarang tahun 2016. Aku bajet-bajet dah 30 juta lebih ar.

Haha.

Anak muda ada berapa peratus dari populasi rakyat Malaysia yang boleh mengundi aku tatau. Tapi jika 3,000 anak muda katakan tidak kepada Najib ianya tak semestinya mengambarkan pemikiran keseluruhan anak muda yang layak mengundi pada masakini.

Namun. Yes, ada NAMUN.

Namun, silent tak silent reader, bukan semua terdedah kepada posting Zaharin tu dan bukan semua pula 'memang' mengundi YES kepada Najib Razak. Ada juga yang takut-takut nak menyatakan pendirian lebih-lebih lagi kalau dia penjawat awam. Nak mampos kena warning.

KAH KAH KAH

Pendek kata, kedua-dua pendapat di atas tak boleh diambil sebagai rujukan muktamad dalam menentukan pemikiran anak muda pada masakini. Nak tahu apa pemikiran anak muda, tunggu masa mengundi di PRN Sarawak nanti. Paling tidak, ia boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada hari pengundian umum Malaysia kelak. Tetapi kalau nak tengok sentimen di internet, tak dapat dinafikan rata-rata netizen katakan TIDAK kepada NAJIB RAZAK. Yang ini boleh dikatakan MUKTAMAD.. 

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...