Isnin, 11 April 2016

Pelajar Perubatan Kritik Yuran Medik Mahal Di Program Zakir Naik Kena Troll..

Babak pertama.

Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).

Dr Zakir pun tanya balik, "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Student tu pun jawab, "RM3600 setahun". Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah USD100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. "But please dont blame your government," katanya.

Padan muka budak tu. Nak cari kesalahan kerajaan sangat, last2 diri sendiri yang malu. Tu la, pegi la dengar ceramah politik lagi. Elok2 otak tu cerdik, terus jadi bangang. (rujuk)

Ianya kemudian viral di laman sosial dan dikutuk oleh mereka-mereka yang menyokong UMNO. Pada awalnya dia berniat nak bertanyakan soalan tapi tak sangka pula kos pendidikan di negara lain terutamanya di India lebih mahal sehingga membuatkan soalan tersebut seperti makan dirinya semula..





Versi rakaman pula boleh ditonton kat sini. Minit ke 70:20. 

Babak kedua.

Sekarang neh tengah jadi sasaran serangan, kritikan, makian dan trolling dari mereka-mereka yang sokong UMNO. Gambar, nama, belajar kat mana semuanya mereka sebarkan gila-gila.. macam nak menekan student tu pun iya juga.. seolah2 dia tak pandai bersyukur..



Kesian. Jadi mangsa serangan politik pula. Padahal pelajar tu bertanya aje kan. Biasalah provokasi sikit-sikit tu dalam mengkritik kerajaan mesti mao ada. Yang penting soalan asas tu kena faham. Student tu tanya kenapa kerajaan tak hargai pelajar2 medic dengan mengenakan riba ke atas pinjaman pendidikan.

Bukan setakat yuran mahal atau murah bila dibanding dengan negara lain. Riba kan haram tak kira la sikit ke banyak ke. Itu point utama. Bukan sahaja korang tak nampak point utama dia bahkan p troll dia laju2 buat apa.

Satu lagi. Zakir Naik tak menjawab isu riba. Aku rasa dia tertinggal nak ulas part tu sebab ada orang yang dok mention tentang kos yuran pendidikan yang mahal. Terus dia tanya tentang berapa kos yang pelajar tu perlu bayar di Malaysia. Then hilang terus bab riba. Kalau ikut point Dr. Zakir Naik kos yuran belajar medic memang mahal. Kalau p universiti kerajaan murah sikit sebab ada subsidi. Dan bila student tu bagitau dia belajar medic under universiti kerajaan dengan kos 3,600 setahun (bawah USD1,000) memang pada dia nampak murah dan memang tak pelik juga kalau dia tak faham kenapa student tersebut protes isu yuran.. itu yang Dr. Zakir Naik kata RARE.. very RARE.. dalam dunia neh dengan kos sebanyak itu.. btw, betul ke 3,600 per year?

Kesilapan student medic tu pada aku. Jangan la bertanya soalan-soalan berbaur politik kat penceramah luar negara. Serba salah juga posisi Dr. Zakir Naik nak menjawab. Dia tak faham geo-politik negara kita macam mana. Nak komen, kritik, sokong apa-apa ke kena faham situasi satu-satu negara dulu. Bukan boleh main tabuh aje. Tu pasal dia garu-garu kepala semasa nak menjawab. Macam Zakir Naik kata. Dia tatau kenapa kerajaan tak hargai dia (pelajar tersebut) tetapi kerajaan hargai Zakir Naik dengan bagi award Tokoh Maal Hijrah 2014 (bukan dia kejar award pun dia kata).. point dia mudah. Dia tatau cerita politik Malaysia. Soalan bab riba betul tetapi tanya pada Zakir Naik dengan menghiglightkan isu yuran mahal menampakkan kenapa student tersebut seperti makan diri.. sudah-sudah la troll dia.. baik korang p troll IGP yang ban Dr. Zakir Naik kesayangan korang tu sebab 'terhasut dengan laporan polis dari geng2 Hindraf gabungan DAP pembangkang..

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...