Selasa, 12 April 2016

Selepas Kantoi ASWAJA Ancam Mahu Saman MAZA Dalam Isu Zakir Naik.


Kelakar la abang Zamihan kau neh. Sebelum neh dia yang beria-ria keluarkan statement tentang isu Zakir Naik alih-alih dia tuduh MAZA yang sengaja buat kontroversi. 

KAH KAH KAH

Apa kisah sebenarnya?

Sebelum itu ;

KENYATAAN MEDIA ASWAJA :

1. ASWAJA tidak berminat untuk mengulas atau memberi komen tentang keberadaan Dr. Zakir Naik (DZN), pendakwah India di Malaysia kerana maklumat ASWAJA tentang dirinya terbatas. Seseorang tidak perlu terlalu yakin atau menyibukkan diri membela mahupun menyerang DZN jika tidak mempunyai maklumat yang cukup. Inilah pendirian ASWAJA terhadap isu DZN kerana bukan pendirian ASWAJA untuk mengeluarkan pembelaan, respon, kritikan dan kenyataan jika maklumat tidak mencukupi.

2. Namun baru-baru ini seorang mufti kontroversi yang sering dikaitkan dengan fahaman Wahhabi oleh sesetengah pihak dan secara rasmi atau tidak rasmi dilarang berceramah agama dibeberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor, Kedah, Melaka dan beberapa lagi negeri, bersungguh-sungguh membela DZN hanya semata-mata dengan berbekalkan fakta beliau “belum pernah” melihat DZN bermasalah.

3. ASWAJA menegaskan sekali lagi bahawa ASWAJA tidak berminat mengulas isu DZN kerana keterbatasan maklumat, namun oleh kerana terdapat banyak permintaan dari para asatizah, ahli ASWAJA dan masyarakat awam, ASWAJA hanya melampirkan sahaja fatwa dari web rasmi dari salah satu institusi Islam yang masyhur dan diiktiraf di seluruh dunia dari India yang telah melahirkan ramai alim ulama yang hebat iaitu darul uloom deoband yang pastinya lebih mengetahui dan berhati-hati dalam berkomentar tentang DZN memandangkan ia tinggal di negara yang sama dengan DZN iaitu India. Ini bukan bermakna ia pendirian rasmi ASWAJA, namun ia sebagai panduan kepada yang meminta respon dari ASWAJA.

4. Menurut fatwa darul uloom deoband, India, DZN BUKANLAH seorang yang boleh diterima percakapannya dalam bab agama dan seseorang harus menjauhi ucapannya rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Dawah--Tableeg/171

5. Menurut fatwa darul uloom deoband juga, DZN merupakan seorang yang menyimpang dari jalan Ulama Muktabar dan merupakan seorang Ghair Muqallid rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Dawah--Tableeg/2415 dan fahaman Ghair Muqallid ini menurut darul uloom, deoband merupakan fahaman yang terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Deviant-Sects/44130

6. Oleh kerana fatwa yang begitu tegas dari darul uloom, deoband. ASWAJA menggesa rakyat Malaysia supaya berfikir panjang dan rujuk ulama muktabar dan pihak berkuasa agama masing-masing sebelum menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh DZN. ASWAJA juga berharap pihak berkuasa agama dapat menyiasat dan memastikan DZN ialah seseorang yang berada di landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana yang mengeluarkan fatwa keras terhadap DZN bukanlah ASWAJA, tetapi salah satu institusi yang tersangatlah masyhur di India iaitu darul uloom deoband. ASWAJA juga mendapati bukan hanya darul uloom, deoband sahaja yang berpendapat sebegitu, namun ulama-ulama India di kerala dan lain-lain tempat di India atau di Sri Lanka juga mempunyai pendapat yang sama tentang DZN.

7. DZN juga mendakwa dalam bukunya Concept of God in major religions halaman 7: "Brahma bermaksud Al-Khaliq iaitu Maha Pencipta...Orang Islam tidak mempunyai sebarang halangan untuk menyeru atau menggelar Allah sebagai Brahma


8. Akhir sekali, ASWAJA berharap rakyat Malaysia tidak terikut-ikut rentak seorang mufti kontroversi yang diharamkan berceramah agama di masjid-masjid di banyak nnegeri di Malaysia ini yang seperti biasa sering tergopoh gapah dan populis dalam mengeluarkan kenyataan, kerana tanda seseorang itu bertakwa ialah ia takut untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal kerana ia merupakan hak Allah, bukan menggunakan platform mufti untuk mendapat jumlah “like” dan “share” yang banyak di facebook kerana ini menjatuhkan martabat institusi mufti di Malaysia.



Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).










Point no 4,5 dan 8 dah terang-terang mengambarkan pendirian rasmi ASWAJA. Woo bab Zakir Naik kena tengok dulu macam mana kisahnya ye.





Kalau bab pemimpin menzalimi rakyat dengan buat polisi2 yang menyusahkan rakyat, yang menyeleweng, yang songlap 100j, yang buat projek rugikan wang negara, yang bazir, yang jahanamkan duit rakyat dalam pelbagai laporan audit, yang tak boleh dakwa pegawai cuai dan lalai takde kisah pula kau nak buat karangan berjela-jela kan? Lawak gila ASWAJA kau neh kan.





KAH KAH KAH





Kemudian selepas MAZA membalas kritikan tersebut, tetiba ASWAJA uturn..





Ini pula kata mereka ;




KENYATAAN MEDIA
----------------------------

PERTUBUHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MALAYSIA (ASWAJA):

1. ASWAJA berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi, malah menimbulkan fitnah terhadap pertubuhan ini apabila ASWAJA dikatakan menjadi penentang kepada kedatang pendakwah bebas Dr Zakir Naik ke negara ini.

2. Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi menyamakan ASWAJA yang memperjuangkan Islam dengan HINDRAF. Di manakah akhlak seorang Mufti yang 'suci' ini apabila menyamakan pertubuhan Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam.

3. Apakah ini Islam yang diamalkan Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan sebegini apatah lagi dari seorang Mufti. ASWAJA meminta Mufti Perlis mengemukakan BUKTI berhubung sebarang bantahan ASWAJA terhadap Zakir Naik untuk masuk ke negara ini. Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik.

4.Kita sememangnya faham dengan permainan Mufti yang berlagak 'suci' dan 'mulia'ini. Mengaitkan kedatangan Zakir Naik dengan ASWAJA adalah untuk mengheret orang ramai membenci dan mengkritik ASWAJA tanpa hujung pangkal. Sedangkan apa yang disebarkan oleh Mufti siber itu adalah sekadar tuduhan serta tohmahan tanpa sebarang bukti dan asas kukuh. ASWAJA tidak terkesan dengan cara Asri dalam usaha memburukkan imej ASWAJA.

5. ASWAJA sememangnya faham dengan rentak Asri yang mengambil kesempatan terhadap populariti Zakir Naik bagi memburukkan ASWAJA yang sememangnya pertubuhan tidak disenangi Mufti Perlis itu. Bertaubatlah Asri, malulah dengan kedudukan anda sebagai Mufti sebelum menyebarkan fitnah dan tuduhan. Ingatlah Allah sentiasa memerhati kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan.

6. Berdasarkan tuduhan Asri terhadap ASWAJA yang boleh mencalarkan imej pertubuhan ini, kita akan merujuk kepada peguam untuk mendapatkan khidmat nasihat seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis ini. Kami tidak akan membiarkan perbuatan fitnah terhadap ASWAJA berterusan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini. 
SEKALI LAGI, MUFTI PERLIS DIMINTA MENGEMUKAKAN BUKTI YANG MANA ASWAJA MEMBANTAH ZAKIR NAIK KE NEGARA INI.

Sekian terima kasih.
10 April 2016





Baik punya uturn. Siap nak saman orang lagi. ASWAJA tak perlu kata ZAKIR NAIK tu setan ke jangan masuk ke Malaysia ke bagi nak menyatakan bantahan terhadap kehadiran ZAKIR NAIK ke Malaysia pun. Cukup dengan point no 4,5,6 & 7 seperti kenyataan awal ASWAJA tentang ZAKIR NAIK dah terang-terang menyatakan persamaan pendirian ASWAJA dengan HINDRAF. 





Pelik juga aku. Apa yang susah sangat nak ban. Kenapa tak debat je depan-depan dan buktikan ZAKIR NAIK terkeluar dari landasan Islam. Sembang-sembang. Kalau bab menyembang neh memasing memang pakar gila.





Dan ini pula berita dari web ISMA.





“Siapapun Dr. Zakir Naik, beliau adalah penceramah asing. Jadi, kedatangannya ke Malaysia sepatutnya memerlukan tapisan keselamatan pihak KDN, PDRM dan pihak berkuasa agama negeri,”





kehadiran Dr Zakir tidak boleh dibuat mengikut selera peribadi atau atas kapasiti politik semata-mata.





tapisan itu perlu bagi mengelak pelbagai isu kontroversi agama yang boleh membingitkan umat Islam di negara ini, sekali gus menjadikan ekosistem Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia terpelihara daripada sebarang unsur tidak diingini.









Sembang bikin bimbang la lue ASWAJA.. bab kerajaan kutip cukai melalui aktiviti judi yang diperlesenkan takyah pula tapis itu ini ek. Dalam kuasa engkorang kot. Sebab benda neh berlaku dalam negara kau sendiri. Hal riba ke, hal penindasan ke tak amek port pula. Bab-bab remeh macam neh..beria-ria cadang agensi penguatkuasa tapis. Kena check akidah Zakir ke atau kena check akidah Zamihan sebenarnya ek?





Lue semua fikirlah sendiri. Apa-apa pun kantoi tetap kantoi. Uturn tetap uturn. Hindraf dah pun tepuk tangan dengan kenyataan ASWAJA.. 





KAH KAH KAH 





Btw, kalau sebelum neh geng2 Hindraf, MIC, DAP kata program di UTeM Melaka patut dibatalkan sebab ianya menyentuh sensitiviti penganut Hindu tetapi kalau korang nak tahu program Zakir Naik yang mana tajuk takde kena mengena dengan agama lain pun turut sama dibatalkan. Terbaikla KPN kau. Tue je la aku nak cakap.





KAH KAH KAH! 







Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...