Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 April 2016

Memang Saya Makan Dedak - Nazri Aziz.


Dedak yang dimaksudkan Mahathir ialah wang ringgit = rasuah / boleh dibeli.
Nazri mengaku terang-terang pula yang dia memang pemakan dedak.
Adakah ini bermaksud Nazri mengakui bahawa dia boleh dijualbeli, makan rasuah?

KAH KAH KAH

Laporan Sinar dengan sumber video.  

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau ‘makan dedak’ sebagaimana diperkatakan sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Yang menghairankan beliau, katanya, apabila seolah-olah ada perbezaan dedak dahulu dengan dedak  zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai perdana menteri.
“Kalau dulu dia bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?

“Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,” katanya.

Katanya, beliau memang makan dedak, sebab itu adalah dedak yang Mahathir bagi kepadanya.

“Dedak ada yang special ke? Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak. Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih bagus.

“Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...