Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 April 2016

Beli Tudung FAREEDA Pun Berebut, Takan Rakyat Terjejas Dengan GST - Sindir Blogger UMNO Kepada Pendemo Anti-GST.

Kata mereka ;
HAIRAN kenapa polis tidak ramai dalam demonstrasi bantah GST yang berlangsung Sabtu lepas.  Inilah kali pertama penulis lihat ambulan lagi menonjol dari kereta polis, rupanya difahamkan polis sibuk mengawal rusuhan yang berlaku di Bangi kerana berebutkan tudung berGST.
Dahsyat tak dahsyat orang Malaysia sekarang, di satu pihak dakwa hari ini lebih ramai hidup melarat berbanding dulu sebab ada GST tapi dalam masa yang sama, nak beli tudung berGST pun sampai kena panggil polis untuk kawal keadaan.
Zaman Mahathir yang kononnya hidup rakyat gemilang terbilang, hari-hari makan KFC itu pun polis tak dipanggil untuk kawal keadaan -di kedai tudung saja pun.
Inilah dia realiti sebenar hidup di Malaysia yang hakikat sebenarnya selalu digambar sebaliknya oleh pembangkang.  Kalau dah beli tudung pun berebut, mana datang sengsaranya?  Tak sebut lagi wayang, asal keluar filem baru (kecuali Kapsul), sana juta sini juta, juta juta saja, tak banyak yang bawak dari itu.
Kepala baru yang juarai bantah GST hari inipun, Mahathir Mohamad, hidupnya dikelilingi dengan harta benda yang berGST.  Nombor plat kereta memang lama, MM berdigit tunggal tapi kereta yang guna nombor plat itu, semuanya keluaran terbaru yang dikenakan GST.
Malah, Perdana Menteri kawalan jauh Mahathir pun (sebelum anak ambil alih), sudah disah akan teruskan dasar GST sekalipun kadarnya diturun kepada 1%, kenalah jugak.  Yang demo hari tu bukan bantah berapa peratus tapi perlaksanaan GST tu sendiri.

Sumber. 


Jawapan.

Pertama. Ya bukan semua terjejas dek GST tetapi bukan bermaksud tiada yang terjejas dengan GST.

Kedua. Berapa ramai yang berebut2 beli tudung Fareda tu? Ada sampai 10 ribu? 500 ribu? 1 juta? Kalau setakat puluh2 orang yang mungkin hampir ratus2 orang tak adil juga nak menilai rakyat tak terjejas dek GST beb.

Ketiga. Hidup perlu diteruskan. Yang meniaga perlu meniaga untuk menyara keluarga dan sebagai punca pendapatan. Yang berebut2 beli tudung Fareda special edition ka limited edition ka apa ka ialah mereka2 yang tergolong sebagai peniaga-peniaga tudung. Ya aku tak suka stail FAREEDA layan agent jualan mereka macam tu tapi nak buat macam mana. Agent dorang pun relax je berebut2 beli tudung. Maksudnya mereka apa tak hel FAREEDA layan dorang macam tu.. haha. Tapi di sisi lain, takan la peniaga2 tudung BERGST yang tak hadir demo GST kau nak kata rakyat tidak terjejas dek GST. Mereka tu sebilangan kecil je dalam rakyat Malaysia yang ada 30 juta orang neh bro. 

Keempat. Demo anti GST tak dapat sambutan bukan sebab rakyat terima GST. Jangan salah faham. Rakyat sekarang meluat la dekat parti2 politik di Malaysia. Baik yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Terasa macam dipermacaikan oleh puak2 partisan neh demi mencapai kepentingan peribadi masing2. Tu pasal demo demi demo semakin kurang mendapat sokongan di kalangan rakyat. Yang pasti meluat pada parti (PAS, PKR, DAP, AMANAH, MAHATHIR, GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA SIRI KETIGA HAHAHA), bukan penanda aras mereka menerima GST. 

Kelima. Harga barang dah turun belum kerana GST? Kereta turun berapa peratus beb? Cuba ko jawab sikit bagi pihak Ahmad Maslan.. hahahahaha 

Kalau nak ukur samada rakyat terima GST ataupun tolak senang je. Buatla bancian. Perlu adil dan rakyat dibenar memilih tanpa ada ugutan ataupun larangan tertentu. Lepas tu paparkanlah keputusan bancian samada rakyat setuju GST ataupun tolak GST. Ini barulah betul.


Setakat nak banding demo lawan GST vs tudung FAREEDA memang tak kena langsung. Sungguhpun demikian, FAREEDA sepatutnya sediakan sistem angka giliran yang lebih sistematik. Kawasan lebih luas. Bukan sistem no giliran yang mana mereka terpaksa berhimpit2 atas jalan kat luar tu. Kesian tengok peniaga sampai berebut2 untuk dapatkan tudung yang limited edition. Macam hapa la dorang layan agent2 jualan dorang. Aku pun pelik ah. Best sangat ke tudung FAREEDA tu? Aku tengok dalam gambar macam tak best je. Btw, aku tatau la jenis-jenis tudung kat Malaysia. Aku memang ketinggalan trend kalau bab tudung mudung neh kot.


KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...