Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Oktober 2015

YB Pokok Sena Mahfuz Omar, 2 Orang Warga Emas Ini Perlu Bantuan Anda - Sampai Takde Duit Nak Makan.

Rungsing aku baca berita neh.

Sepatutnya orang2 susah yang wujud di kawasan tertentu menjadi tanggungjawab ketua kampung untuk peduli dan bantu.

Jika ketua kampung tak peka, confirm la susah nak dapat bantuan apa pun.

Ketua kampung neh macam penghubung kepada agensi-agensi kerajaan, kepada wakil-wakil rakyat. Jawatan nampak macam kecik tetapi tugas dorang tue besar kot. Ada impak untuk membantu masyarakat yang memerlukan sebenarnya.

Sedih kot baca ;

- Rumah usang.
- Didiami oleh 2 warga emas, adik beradik.
- Mandi air telaga.
- Salah seorang dari mereka sakit mental.
- Gaji lebih kurang 400. Itupun sebab menoreh.
- Kalau tak dapat keluar menoreh, kena ikat perut.
- Pernah minta bantuan tetapi ditolak tanpa alasan yang jelas.

Nanti dulu. Jangan marah. Kau semua bukan sedang communicate dengan warga emas yang celik IT, duduk bandar atau berpendidikan tinggi. Umur pakcik neh 57. Orang kampung yang aku kira dia tidak tahu banyak perkara. 

So tak mustahil untuk dia sendiri tak faham kenapa bantuan2 yang pernah dia mohon sebelum neh ditolak. Maybe dokumen tak lengkap. Tapi orang tua. Tak faham. Takde cerita tentang anak-isteri. Expect, orang tak kahwin mungkin.

Pokok Sena under Mahfuz. Harap kakitangan Mahfuz boleh review permasalahan keluarga ini dan buat la apa-apa yang patut.

Sedih kot tengok wajah-wajah dorang. Laporan oleh Sinar. Ini gambar dan laporan berita yang mereka laporkan baru-baru neh.

 
POKOK SENA - "Ada ketika, kami terpaksa makan roti untuk alas perut jika putus wang untuk beli beras dan lauk." luah seorang daripada dua beradik yang hidup dalam serba kekurangan di Kampung Pulau, Mukim Telaga Mas.

Awaluddin Shaari, 56, dan kakaknya, Fatimah, 75, bukan sahaja tinggal dalam rumah usang, malah bekalan air bersih juga tiada dan hanya bergantung harap dengan air perigi.

Awaluddin berkata, selepas bapanya meninggal dunia 30 tahun lalu, dia menjaga kakaknya yang mempunyai masalah mental dengan meraih pendapatan sebagai penoreh getah.

Menurutnya, pendapatannya hanya RM400 sebulan dan jumlah itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan mereka berdua.

"Jika hujan, pendapatan saya akan terjejas dan kami terpaksa mengikat perut.

"Kadangkala saya terpaksa berhutang untuk membeli makanan kami berdua," katanya kepada Sinar Harian.

Awaluddin berkata, kini dia memang menggunakan sepenuhnya air telaga untuk melakukan rutin harian.

"Bila tiba musim kemarau, air perigi ini akan bertukar warna, namun kami tiada pilihan lain dan terpaksa menggunakannya walaupun bimbang akan membawa penyakit," katanya.

Katanya, dia bukan sahaja memerlukan bantuan kewangan, malah rumahnya juga perlu dibaiki segera kerana sudah reput akibat dimakan anai-anai.

"Kini bahagian dapur rumah saya tidak boleh digunakan lagi," katanya yang sangat berharap rumah yang berusia lebih 50 tahun dapat dibaiki.

Tambahnya, sebelum ini, dia pernah memohon bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

"Oleh itu, saya berharap ada pihak yang sudi membantu kami berdua,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...