Rabu, 28 Oktober 2015

Skandal Balak Kelantan Semakin Memuncak - Menantu Hadi Cuba Hubungi Pelapor SPRM - Untuk Apa? [Video Inside].

Lapor SPRM kalau ada bukti.

Setiap kali Husam menulis dan menyebar sesuatu di laman facebook, budak-budak PAS akan berkata, lapor SPRM la. Main FB buat apa, lapor SPRM la. Sembang sembang.

Setiap kali dikritik tentang pembalakan berleluasa di Kelantan walaupun oleh individu-individu ataupun NGO yang tiada kaitan dengan UMNO, maka UMNO yang dipersalahkan dan dikaitkan oleh budak-budak PAS.

Pada mereka.

Asal saja kritik PAS, kau ialah UMNO.
Dan mungkin kali ini ada sedikit perubahan.
Kalau ko bukan UMNO, kau mesti PAN ataupun DAP.

Hihi.

Baru-baru neh Afiq pergi buat laporan polis tentang skandal pembalakan di Kelantan.

Berikut kenyataan media merujuk kepada laporan berkenaan.

Kenyataan Media laporan rasuah kait Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk beralamat di Istana Negara bersangkutan aktiviti pembalakan
Kenyataan media.
27 Oktober 2015
Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.
Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan
· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri
· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya
· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan
· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri
· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.
· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)
· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.
Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.
Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.
Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.
Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.
Sekian.
Mohd Afiq Bin Ayob

Afiq bukan PAN atau DAP. Jauh sekali UMNO. Aku harap budak-budak PAS boleh berlapang dada menerima kenyataan aku neh dan jangan mengait Afiq dengan partisan. Jika benar dia partisan takpe juga. Faktanya, dia bukan partisan pun.

Haha.

Ada yang tak memahami statement media di atas. Biar aku jelaskan sikit.

- Ia adalah satu laporan kepada SPRM.

- Untuk menyiasat kes berkaitan rasuah yang membabitkan projek pembalakan.

- Term dia, kumpulan ini mempercayai wujudnya unsur-unsur penyelewengan.

- Lalu beberapa helai dokumen dilampirkan sebagai asas kepada dakwaan.

- SPRM diminta untuk menyiasat.

- Kumpulan ini sedia bertemu menteri besar Kelantan dan serahkan dokumen-dokumen berkaitan sebagai rujukan dan perbahasan.

- Sementara itu SPRM boleh la menyiasat..

- Dalam pada SPRM menyiasat (jika), kerajaan negeri juga boleh turut menyiasat dan mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan. Sebab itulah exco berkenaan diminta direhatkan agar tidak menganggu siasatan kerajaan negeri.

- Jika SPRM enggan, maka keseluruhan dokumen akan didedahkan kepada umum oleh team pelapor SPRM ini.

- Ada budak-budak PAS mengejek dan mempersendakan bahawa dokumen yang dihantar kepada SPRM hanya ada dua kertas sahaja dan dua kertas itu bukanla pembuktian yang nyata. Ia adalah keterangan sahaja.

- Setakat sebarkan 2 dokumen dan mengatakan itulah keseluruhan dokumen yang dihantar oleh Afiq tersangatlah lucu aku rasakan. SPRM sendiri terikat dengan perjanjian kerahsiaan. Mendedahkan dokumen kepada umum membawa beberapa impak yang SPRM perlu tanggung antaranya ;

- Jika disaman sedangkan siasatan tidak menyatakan individu atau syarikat berkenaan terbukti terlibat dalam rasuah secara undang-undang.

- Siasatan belum pun bermula tetiba kandungan dokumen dipaksa sebarkan, untuk apa? Supaya yang terpalit dengan kontroversi itu berupaya tutup jejak?

- Sebagai persediaan agar yang terpalit kontroversi itu boleh bersedia dengan hujah balas bagi mengelak tuduhan?

Jangan jadi bodoh sangat.

- Kenapa perlu masa 30 hari? Ia sebagai tekanan la. Jika SPRM tidak mahu peduli, team ini akan bergerak sendiri dan lakukan apa sahaja tindakan bagi menekan pihak yang terlibat. Orang kata usaha terakhir yang boleh dibuat hanyalah sekadar itu. Andaikata ruang undang2 pun tidak mahu mempedulikan.

Aku taknak kata siapa bersalah dan siapa benar dalam insiden ini namun membuat laporan kepada SPRM bukan bermaksud negatif. At least jika exco berkenaan tidak bersalah dan disalah anggap, maka siasatan SPRM itu sendiri akan membersihkan dirinya. Selepas ini jika tuduhan masih lagi dinyanyikan, exco berkenaan sudah ada hujah valid. SPRM sendiri bebaskan saya dari pertuduhan rasuah, apa lagi you all mahu?

Nampak?

Ia bukan negatif pun.

Dan ini pula respon menantu tuan guru presiden PAS, Hadi Awang ;




AFIQ BIN AYOB: SILA PM SAYA.
Saya terbaca sebaran laporan SPRM daripada Mohd Afiq bin Ayob tentang kenyataan media laporan rasuah berkaitan Exco kelantan.
Pertamanya, saya sendiri mencari dokumen yang ada jika benar-benar wujud. Jika ia benar-benar wujud saya mahu mendapatkannya untuk saya sendiri lawan jika ia benar berbukti dan berfakta.
Saya sendiri akan pergi buat laporan SPRM di samping membawanya ke Mesyuarat PAS Pusat jika ia benar-benar genuine dan betul. Tetapi setakat beberapa isu yang dibangkitkan, ia adalah fitnah. menyebut angka tidak semestinya fakta. Fakta ialah apabila ia dibuktikan.
Kalau sesiapa yang ada contact Mohd Afiq bin Ayob sila PM saya. Saya tidak mahu kelantan jadi seperti Kedah. Dato Pakhrol jaja penyelewengan ke hulu ke hilir, tapi masa jumpa dengan PAS pusat, satu poin pun tak dibangkitkan, apatah lagi dibuktikan. Kata ada pihak dah report penyelewengan Arwah Dato Seri Azizan, tapi hanya berita cyber trooper, realitinya tiada report SPRM pun. Tapi disebarkan konon-kononnya dibuat report supaya orang kata: "U Azizan menyeleweng, dah ada orang report sprm pun". Tujuan supaya masyarakat berhukum sebelum hasil siasatan berlaku.
Cuma saya tahu, ada beberapa orang yang telah disekat daripada melakukan bubble terhadap duit rakyat. Saya ada bukti terhadap cubaan ini. Isu ini tak guna report SPRM sebab ia tak menjadi sebab dah di'block' awal.
Lepas bajet ni saya nak release beberapa poin berkaitan Hussam yang saya kenali. Fokus lawan UMNO dulu.
# Selamatkan Kelantan.
- Zaharudin Muhammad. 
Like share FB Page: Zaharudin Muhammad.


1. Belum siasat, sudah dikata fitnah?

2. Minta dokumen, mahu lihat, cuba hubungi pelapor SPRM bukan kah ini bermaksud Zahar tunjukkan bahawa "kemungkinan dakwaan berkenaan benar"?

3. Kalau dah dikata fitnah, apa sibuk nak hubungi pelapor SPRM. Biarkan la sahaja. Benda fitnah la katakan. 

4. Ini siap nak minta tengok dokumen untuk diteliti, kenapa?

5. Cuba kita seragamkan dulu apa yang kita benar-benar fikir.

6. Kita rasa dakwaan itu valid atau tidak?

7. Jika kita rasa valid, sudah tentu selaras dengan pendekatan kita yang meminta pelapor hubungi kita dan kemukakan dokumen untuk kita teliti.

8. Jika kita rasa fitnah = tetapi dalam waktu yang sama tetap nak tengok kandungan dokumen, itu maksudnya apa? Kita sendiri pun keliru dengan apa yang kita fikir kot.

Haha.

9. Isu di Kedah, melibatkan orang yang sudah tiada. Takmao cakap-cakap lagi. Tetapi Sanusi masih ada. Baca sendiri apa yang dia tulis ==> klik sini.

10. Maksudnya, PAS sendiri pun memang bersubahat dalam beberapa perkara. Untuk mengatakan apa yang terjadi di Kedah itu, satu perbandingan yang tidak tepat. Di Kedah, kegagalan counter-attack strategi BN bagi menawan semula Kedah, adalah kelemahan PAS. Ye, PAS mungkin tidak mahir melancar propaganda. Namun dalam meraih keyakinan dan kepercayaan rakyat, sesetengah perkara perlu dipropaganda secara tepat dan berstrategik. Selain dari terus mentadbir dengan amanah dan cekap.

11. Sila release info-info berkaitan Husam. Bagi aku itu satu pendekatan yang tepat. Ini kerana akhirnya rakyat akan tahu. Apabila sayang, semua keburukan rakan-rakan separti kita, kita sanggup tutup. Tetapi, apabila persahabatan kita berkecai, yang mana kita sendiri pernah subahat, kita buka balik. Kononnya nak dedahkan perangai sebenar dia tetapi dalam waktu yang sama perangai sebenar kita pun turut terdedah sama. 

Aku tersangatlah suka kerana ini akan menguatkan lagi hujah-hujah aku yang mahu rakyat bersatu atas nama kebenaran dan bukan atas nama partisan (as non partisan, aku mengkritik kecelaruan dan matlamat partisan). Telah aku hasut dan berulang kali sebut betapa partisan-partisan ini, tidak kepentingan, masalah dan kesusahan kita yang menjadi focus dan matlamat mereka. Krisis dalaman Kelantan ini sebagai asas yang tepat untuk marhaen sendiri menilai, di tingkat berapa kepentingan rakyat diletakkan pada golongan partisan. Ia terpakai ke atas semua partisan elite. Dalam sistem piramid, kepentingan rakyat berada di tangga teratas, iaitu yang paling least, partisan-partisan PAS, PKR, DAP, AMANAH, BN fikirkan. Hanya jika rakyat mahu memahami ini, baru la mereka boleh keluar dari sistem pembodohan yang dijaja oleh partisan.

Btw. Aku harap budak-budak PAS tak pergi cari Afiq dan hentak dia dengan ugutan atau kata-kata ancaman. Jangan juga lakukan serangan peribadi dan sebarkan perkara-perkara yang tidak berkaitan. Focus kepada tajuk perbincangan. Mari kita rungkai kebenaran samada dakwaan itu benar ataupun sekadar tuduhan.


Update.


Sila tonton video ini. Klik sini jika video gagal load.


Skandal Balak Kelantan By Aduka Taruna.Sedikit caption by Aduka ;Perjanjian rasuah pembalakan 5000 ekar ini ditulis bagi mengelakkan YB tu tukar tender bagi kepada orang lain. Sejak tahun 2012 perjanjian tu rahsia. Sampai pergaduhan PAS Kelantan sekarang ini, baru perjanjian tu dikeluarkan orang dalam. Semoga kita menginsafi sistem kapitalis agama dan mengambil pendidikan di dalamnya. Amin.
-------
1. Focus kepada isu.
2. Penerangan untuk tujuan rujukan & siasatan.
3. Perbincangan diraikan & kerjasama utk sebarangan maklumat terbuka.Terima kasih.
Posted by Ameno World on Tuesday, October 27, 2015

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...