Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 Oktober 2015

Jambatan 1.06km Bernilai 350 Juta Bakal Dibina Di Bagan Dato Cetus Kritikan Netizens.

Memetik laporan dari Utusan dan screenshot Sinar Harian ;


Pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan Bagan Datoh dan Seberang Perak bakal mengubah landskap pembangunan persekitaran kedua-dua kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, jambatan yang akan dibina antara Kampung Sejagop di Seberang Perak dan Kampung Sungai Pergam di Bagan Datoh sepanjang 1.06 kilometer itu menelan kos RM350 juta.


Menurut beliau, pembinaannya mengambil masa empat tahun dan akan mengubah wajah Bagan Datoh daripada kawasan lengang kepada lokasi yang rancak dengan pembangunan.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, jambatan tersebut juga akan memberi impak kepada kawasan berdekatan apatah lagi dengan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat yang sedang dilaksanakan.


"Saya dan Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang memperjuangkan untuk pembinaan jambatan ini menjadi kenyataan.


"Projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja menerima peruntukan kerajaan. Saya mohon supaya projek yang kita rancang ini dapat dilaksanakan," katanya selepas meninjau tapak cadangan untuk pembinaan jambatan tersebut di Kampung Sejagop dekat sini hari ini.


Tajuddin mengakui keadaan jalan raya sekitar Bagan Datoh masih berada pada tahap kurang memuaskan selain sempit sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna.


Menurut beliau, ini tidak selaras dengan kerancakan aktiviti pembangunan di kawasan tersebut.
Kata beliau, pengguna tiada pilihan kerana hanya mempunyai satu laluan untuk ke Teluk Intan atau sebaliknya, juga ke Lumut.
"Saya yakin jika jambatan ini dibina, Bagan Datoh akan menjadi laluan pintas untuk ke Teluk Intan atau Lumut dan akan mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan," katanya.

Sumber : utusan.com.my/berita/wilayah/perak/jambatan-rm350-juta-dibina-di-bagan-datoh-1.149487

- Dalam peringkat cadangan dan pelaksanaan.

- Menteri sedang usahakan untuk perolehi peruntukan.

- Kos pembinaan mencecah 350 juta.

- Panjang jambatan 1.06 KM.

- Tujuan utama untuk menyediakan alternatif jalan yang selesa kepada pengguna disamping merancakkan pembangunan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan boleh menjadi laluan pintas ke Teluk Intan dan Lumut.

Berdasarkan kepada point menteri, sebenarnya ia betul.

Jalan Bagan Dato memang tidak cantik tetapi tidak bermaksud tidak boleh ditambahbaik. Cuma, ialah bab nak meluaskan/memperbesarkan jalan memang bermasalah sikit.

Masa yang dapat dijimatkan pun paling2 tinggi 20 minit, mungkin? Dari Bagan Dato ke Teluk Intan. Tapi sekarang yang menjadi pertikaian netizens bukan la merujuk kepada matlamat atau cadangan projek sebaliknya nilai kos.

Apakah benar projek ini perlu menelankan perbelanjaan sebanyak 350 juta?

Baca respon mereka ;



 
Ini antara respon-respon netizens. Tak larat nak petik semua. Memang yang mempertikaikan itu ramai berbanding dari yang bersetuju apatah lagi memuji.

KAH KAH KAH

Pendapat aku secara peribadi, jika projek ini untuk manfaat rakyat sila teruskan. Tetapi kos berkenaan perlu diperhalusi. Nak-nak ia melibatkan kawasan Zahid Hamidi. Macam mana pun ko takan boleh lari dari persepsi rakyat yang fikir begini ;

Mentang2 dia dah jadi TPM = maka laju2 la ada projek itu ini di kawasan sendiri untuk halalkan peruntukan masuk dan seterusnya.. lue fikirlah sendiri.. hmmmmmmm..

Ini persepsi rakyat. Adakah TPM ataupun kerajaan boleh mengawal cara rakyat berfikir? Tak boleh kan. So, bab kos rakyat perlu tahu kenapa ia mencecah sehingga 350 juta. Apa yang rakyat terlepas pandang sehingga jambatan sepanjang 1km ini boleh mencecah kos pembinaan sebanyak itu. Nyatakan.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...