Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Oktober 2015

Menteri Kemajuan Bantah Pengharaman VAPE - Ismail Sabri VS Subramaniam.


Menteri kesihatan dilaporkan berkata ;
Putrajaya tetap dengan pendiriannya untuk mengharamkan penggunaan 'vape' atau rokok elektronik, atas faktor ia membahayakan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, langkah meminda dan menggubal undang-undang berkaitan penggunaan rokok elektronik itu, yang kini menjadi 'trend' di negara ini, sudah mula dilaksanakan.

"Pelan jangka masa panjang kita adalah mengharamkan vape. Kita sedang giat menjalankan usaha tersebut, melalui terma-terma perundangan, untuk melaksanakannya.

"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan, kita akan pilih yang terbaik. Bagi saya, saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin kerana kita perlu menghentikan penggunaannya sebelum ia menjadi isu besar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Petikan laporan di The Malaysian Insider.


Pandangan aku?

1. Aku bersetuju. Nak tahu kenapa? Penghisap-penghisap VAPE ini KURANG AJAR!

2. Aku tiada masalah dengan pengguna VAPE sehingga la mereka mendatangkan masalah kepada aku. Aku sikit hari lagi nak meroyan depan masjid Wilayah kalau bukan kerana dek azan. Aku peduli apa. Kalau darah dah naik kat kepala aku, mendidih-didih, aku memang akan meroyan kaw2. Aku malu tak malu dia malu tak malu pergi mampos. 

3. Bagi aku ko nak VAPE sampai mampos pun aku TIDAK peduli. Tetapi asap ke wap ke apa jadah semua tue jangan berada di hadapan muka aku atau terkena muka, badan atau diri aku secara keseluruhan kerana itu satu bentuk ganguan.

4. Apabila pengguna VAPE ini telah mula menganggu hak asasi aku menghirup udara tanpa sebarang bentuk ganguan, aku jadi marah. Jadi aku akan sokong segala bentuk pengharaman ke atas VAPE. Lainkali, fikirla. Ko nak VAPE kau punya pasal. Aku taknak hirup sisa-sisa VAPE kau, aku punya pasal. Dan bila kau dah kacau aku punya pasal, maka memang kau cari pasal. So, HARAMKAN aje VAPE. Menyusahkan hidup orang lain je.

KAH KAH KAH

Dari segi kesihatan dan kajian, aku bersetuju VAPE dan ROKOK 2 x 5. Nak tahu kenapa?

Sebabnya, budak2 yang tak merokok pun sibuk nak mengVAPE. Daripada berfungsi sebagai mengubati ketagihan nikotin bertukar kepada menjadi kegilaan anak muda dan trend. Apa la BAHLOL sangat puak2 neh.

Ko dah elok-elok tak merokok. Bagusla. Lepas tue ko sibuk-sibuk nak VAPE untuk rosakkan paru-paru kau? Tak ke ko rasa diri kau tu BAHLOL? Kepada golongan perokok, ada juga asasnya mereka mengVAPE. Tetapi kepada yang tak merokok neh apa JADAHNYA?

Then yang kelakar gila babi juga.

Bila musim jerebu tiba, perli-perli, sindir-sindir kerajaan. Kami juga ada paru-paru. Bukan budak-budak sekolah aje ada paru-paru. Kepala lancau kau. Bila kau VAPE paru-paru kau letak kat mana? Dan kepada golongan perokok tegar, bila kau merokok, paru-paru kau letak kat mana? Membahayakan orang lain, membahayakan diri sendiri tak fikir pula bab paru-paru kau, paru-paru orang lain? Tapi bila musim jerebu tiba, berjemaah maki Indonesia, maki kepimpinan kerajaan sendiri? NAMPAK TAK KEBODOHAN KORANG KAT SITU?

Terasa ke? PADAN MUKA.

Tetapi at least, golongan perokok neh reti juga hormat orang. Rata-rata yang aku jumpa begitu la. Bahkan sesetengahnya siap minta izin. Boleh kah merokok? Kalau kita kata tak boleh, mereka keluar. Mereka rokok kat luar then masuk balik. Tanpa ada rasa emosi atau terjejas sebab mereka tahu hormat perasaan orang lain yang tak suka kepada bau dan asap rokok.

Golongan VAPE pula, belum makan penampar aku. Sebab tu mereka tak reti nak hormat. Itu je aku nak cakap.

KAH KAH KAH

Dan, susulan dari kenyataan menteri kesihatan yang berhasrat mahu haramkan VAPE, ini pula pandangan kementerian kemajuan luar bandar ;


Lari skop sungguh. Macam la kementerian dia dah fully laksanakan kerja. Sibuk nak perjuangkan vape pula.

Hihi.

Oke. Sejujurnya, aku takde facts yang mampu menyokong kenyataan kementerian kesihatan mahupun kementerian luar bandar. Kalau ko tengok google, pergh. Bersepah kenyataan yang pro kepada kedua-dua individu tersebut. Mana satu yang benar2 kukuh dan boleh diterima pakai.. mungkin kedua-dua nya kot?

Tetapi, ini mungkin boleh dilakukan oleh kementerian kesihatan.

1. Hadkan penjualan VAPE. Yang nak beli VAPE mestilah dari golongan perokok dan berhasrat mengurangkan ketagihan nikotin di samping pastikan seperti papan tanda larangan merokok, papan tanda larangan mengVAPE perlu dikuatkuasa di beberapa tempat especially tempat umum. Bukan apa, silap-silap aku masuk jadi tajuk berita. Individu mengamok belasah pengVAPE yang sembur asap/wap ke mukanya. Aku ada satu sikap degil. Selagi aku tak dapat marah mamat yang vape kat masjid Wilayah di mana asap-asapnya memukul2 muka aku, sampai ke sudah aku mengungkit. In fact, aku harap mamat gila tu baca blog neh. Biar dia terasa. Setan.

2. Jangan biarkan penjualan terbuka. Hanya beberapa premis dibenarkan menjual VAPE dengan kebenaran dan setiap pembeli perlu membawa surat kebenaran dari hospital atau klinik kerajaan. Takmo babitkan swasta. Satgi depa buat duit.

Bagi aku ada dua jenis golongan VAPE. Satu jenis yang memang VAPE untuk berhenti merokok atau at least ada hasrat untuk kurangkan ketagihan merokok. Aku langsung takde masalah dengan niat mereka tetapi still, jangan vape kena aku. Macam orang2 bershisha. Aku memang takan dekat. Dan dorang pun bershisha di premis tertentu yang memang tak bawa ke luar. At least dorang tak create masalah. Dorang nak selubung asap pun aku peduli apa.

Satu golongan pula yang macam anak Zahid Hamidi. Aku malas nak ulas lebih-lebih. Lue fikirlah sendiri. So untuk sekat kemaraan, kewujudan dan kelahiran lebih banyak pengVAPE2 yang macam anak Zahid Hamidi tue, elok haramkan saja penjualan VAPE. 

Dan point Ismail Sabri tentang rokok. Deii.. rokok memang haram di sesetengah negeri kat Malaysia kot. Ko duduk mana hah. Walaupun rokok haram kerajaan tetap jual juga. Tapi itu tak penting. Apa yang penting, apa kata ko bawa satu usul agar kerajaan Malaysia = kabinet Najib kesayangan kau tue, haramkan terus penjualan rokok tak kira la apa jenis rokok sekalipun. Biar orang kita hisap rokok daun ja. Kurang risiko (atau tak berisiko langsung?) Berani kah kau? Kesan kesihatan ke atas manusia dah terbukti. Bahkan kerajaan belanjakan berjuta ringgit untuk meningkatkan kesedaran umum tentang bahaya merokok. Bazir duit sungguh la. So, berani ke ko bawa usul tentang itu? Almaklumla, golongan perokok di Malaysia dari bangsa-bangsa kau aku juga kan. Mungkin ada yang menganggap menghina ketunanan melayu kot..

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...