Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 Oktober 2015

Ringgit Jatuh, Baik Untuk Orang Kampung - Pengerusi PAC.


Dia kata la, dia kata ;
Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.

Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.


Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.

Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.

Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur.


CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.

Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa. - Mkini.

--------------

1. Mula macam confuse gak. Kenapa dia neh yang dilantik menjadi pengerusi PAC.

2. Selepas membaca statement di atas, semua kekonfiusan aku hilang. Aku dah faham kenapa dia yang menjadi pilihan untuk terajui PAC.

3. Semakin bahlol dan menjilat BN/kerajaan, semakin seseseorang itu berkeupayaan untuk pergi jauh dalam kepimpinan kerajaan pusat. Tahniah la ek Hasan Rifin.

4. Tak sure dia sedar ke tak bahawanya bukan semua orang kampung mempunyai ladang atau terlibat dalam pertanian berskala besar. Apahal plak dia citer bab komoditi2 bagai neh tah.

5. Selalunya yang besar-besar tu syarikat dah pegang. Penduduk dapat kecil-kecil aje. Itupun berapa la sangat.

6. Harga komoditi meningkat = kejatuhan ringgit? 

7. Tapi dalam statement di atas dinyatakan harga komoditi kembali stabil pada oktober. So sebelum2 neh harganya jatuh = jadahnya orang2 kampung dapat faedah?

8. Ko berpeluang buat duit dalam 1 benda tetapi perlu tambahkan perbelanjaan dalam banyak perkara, apa yang untungnya?

9. Ringgit jatuh, orang2 kampung nak beli barang elok sikit, import sikit yang berkualiti sikit pun akan fikir berpuluh kali.

10. Tak faham kenapa ringgit jatuh akan memanfaatkan orang2 yang duduk kampung. Orang kampung ka orang bandar ka semua terjejas dengan kejatuhan nilai ringgit. Contoh, orang2 kampung yang nak p haji atau umrah. Bukan kah dah menyusahkan diri mereka andai perlu tambah wang? 

11. Kalau anak2 belajar kat luar negara lagi haru. Kalau jenis meniaga guna barangan import pun haru juga.

12. So macam mana agaknya ya, seorang pengerusi PAC boleh berpendapat kejatuhan ringgit akan untungkan orang kampung dengan membayangkan semua orang kampung terlibat dalam pasaran atau industri komoditi.

Sakai betul pemikiran dia. Nak jaga atau audit projek2 bermasalah konon. Otak kau sendiri bermasalah mengikut cara kau menafsirkan kejatuhan nilai ringgit.

Aduhai..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...