Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Oktober 2015

Jika Minyak Dunia Naik, Lebih Banyak Peruntukan Utk Rakyat - Lepas Tu Rakyat Kena Beli Minyak Mahal-Mahal?


Fikirla menggunakan otak kamu sebelum bercakap. Tolong. Eh silap. Usahkata akal, otak pun belum tentu mereka ada.

Hihi..
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata lebih banyak peruntukan akan disalurkan kepada rakyat jika harga minyak mentah Brent naik melangkaui paras AS$48 setong tahun depan.

Katanya jika harga minyak naik, pendapatan kerajaan akan bertambah sekali gus membolehkan ia berbelanja lebih.

"Jika jatuh lebih rendah daripada AS$48 setong, kita perlu menyemak semula bajet kerana kita tidak boleh mencatat defisit melebihi paras 3.2 peratus dan kita juga tidak boleh melangkaui nisbah hutang berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)," katanya. - SH

Sembang. Sembang.

Bila bersembang memang kencang. Ingat tak kes GST? Itu contoh yang paling terdekat sekali. Ketika nak melaksanakan GST kemain lagi janji bulan bintang menteri kau sembur. Barang turun la. Apa la. Sekali kereta turun 60sen pun nak bangga. Padahal turun sikit, naiknya banyak. Bayar roadtax kau tengok la beza before and after GST macam mana.

GST tidak turunkan harga barang pun. Pengalaman aku sendiri, kau pergi beli kat kedai terpakai pun ada GST. Aku ingatkan uncle tue tipu. Lepas tue aku check sebab dia bagi no GST dia. Sekali memang betul lah plak. Tak jadi nak report uncle tu. 

Haha.

Menteri kata lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada rakyat andai harga minyak dunia naik.

Tapi, bila minyak dunia semakin mahal = rakyat perlu keluarkan wang lebih untuk membeli minyak. Oleh kerana rata2 bergantung pada kenderaan sendiri terutamanya di luar bandar sudah tentu ini sukarkan rakyat yang terjejas.

Luar bandar tak sama macam dalam bandar beb.

Luar bandar mereka terpaksa memiliki kenderaan sendiri sebab sistem jaringan pengangkutan sangat LANCAU.

Nak tahu apa yang LANCAU?

Jangan cakap pasal jalan la. Setakat jalan berlubang tue luar bandar ka dalam bandar ka sama ja selalunya.

Yang LANCAUnya ialah BAS 2 jam sekali baru datang. Itu, kalau yang jenis 2 jam sekali. Kalau yang kena guna bot macam mana? Yang kena guna kenderaan 4WD macam mana? Tak ke menyusahkan mereka. Minyak naik tambang naik. Nak pergi kerja ke belajar ke kalau stok luar bandar memang jenis kena ada kenderaan sendiri. Sapa sanggup menunggu BAS 2 jam sekali. Kalau jalanraya hancur macam pendalaman Sabah dan Sarawak memang seksa la. Aku tengok pun kesian. Tatau nak cakap apa dahh.

Subsidi untuk petrol dah berbulan hapus. Apa kebaikan yang kau dan aku dapat? Ada dapat apa-apa tak menerusi bajet terbaru neh?

Jangan citer pasal pelan subsidi bersasar yang belum dijalankan kerajaan. Ya, Najib ada sebut tahun 2016, mereka akan laksanakan satu mekanisme baru untuk subsidi petrol. Tapi benda belum jadi belum laksanakan so tak tentu apa yang kerajaan sebut itu betul.

Rafizi kata ;
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa rakyat akan terpaksa membayar cukai tambahan RM13 bilion mulai tahun depan.

Ini katanya, akan dikutip melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST), duti eksais, cukai individu, dan juga cukai korporat.


"Ramai yang fikir cukai korporat tidak memberi kesan kepada orang ramai, tetapi kebanyakan mereka yang membayar cukai korporat adalah pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

"Mereka ini adalah orang biasa, orang yang menjalankan kedai runcit dan sebagainya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi juga menerangkan perbezaan antara GST dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Katanya, kerajaan mengumpul RM19 cukai GST daripada setiap isi rumah setiap hari, manakala pembayaran BR1M mereka hanya meningkat sebanyak 14 sen sehari. - MK.

Kerajaan bukan sahaja kurangkan subsidi secara berperingkat untuk beberapa jenis subsidi yang lain mulai tahun depan bahkan turut mengurangkan peruntukan ke atas beberapa kementerian. Tapi Najib gunakan ayat rasionalisasikan subsidi. Dia rasionalisasikan banyak jenis subsidi tetapi dia hanya sebut tentang subsidi bersasar petrol untuk next year.

Subsidi minyak masak/elektrik mungkin hapus (walaupun had utk bayar gst dinaikkan kepada 300KWJ mulai tahun depan).
Subsidi gula hapus.
Tol naik.
Minyak naik (hasil kejatuhan ringgit).
Kos sara hidup lagi jangan kau sebut.
Naik mencanak-canak.
Selepas penghapusan kesemua itu ke atas diri kita ini, apa jer yang kita terima sebagai hasil? Sembang pongpang2 hasil bertambah tetapi takde erti atau memberi nilai tambah kepada diri kita neh hah.

Nak beli rumah semakin susah apatah lagi nilainya semakin meningkat disamping kerajaan tidak melaksanakan polisi yang tepat bagi menyelesaikan masalah berkaitan perumahan.

Nak menyimpan semakin payah apatah lagi kepada mereka yang berkeluarga.

Ada ahti pula menteri kau berharap minyak dunia dinaikkan kononnya untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan. Apa lancau. Semakin kita terbeban lagi la ada. Minyak naik = kerajaan naikkan harga minyak pada kita, minyak turun = kerajaan ada GST (kita) untuk cover. Apa lagi nikmat tuhan yang mereka dustakan bila berjaya mengkulibatakan kita sebagai rakyat? 

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...