Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Oktober 2015

Wan Azizah Dimalukan Azmin KAW2 - Wujudkan PH Tapi Parti Sendiri Tak Setuju..


2 hari lepas kecoh bahawa terdapat pergolakan dalaman membabitkan parti PKR. Dan tiba-tiba PAS menerusi TITM mengeluarkan kenyataan bahawa PKR harus waspada. Jika tidak akan berlaku perpecahan seperti PAS yang kemudiannya dinafikan PKR.

Dan tup-tup Chegu Bard menulis ini ;

'coup de tat' dalam PKR ?
Catatan Umum

3 Oktober 2015

Sejak pemilihan di Kemaman dan keputusan penggabungan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional, fraksi atau kem dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah amat jelas. Ketika pemilihan era Kemaman dan penggabungan jelas wujud kem Pro ABIM dan Kem bukan ABIM yang menggunakan istilah Reformis.

Namun parti terus bergerak dengan PKR hilang beberapa tokoh antaranya Anuar Tahir yang kemudian memasuki PAS (kini setiausaha Amanah).

Selepas itu melalui beberapa pemilihan mula wujud fraksi Azmin dan bukan Azmin. Namun fraksi Azmin semakin menguat selepas keluarnya Anwar Ibrahim dari penjara dan keluarnya Ezam dari PKR.

Namun atas semua itu PKR terus juga 'hidup' atas sokongan rakyat walaupun hakikatnya mengalami pasang surut jentera dan kekuatan parti.

Banyak watak dilihat surut naiknya. Rafizi contohnya antara exco Pemuda Keadilan Nasional yang meletakkan jawatan 'merajuk' senyap sebelum masuk semula selepas pembebasan Anwar (tarikh yang tepat ialah setelah dia dipujuk untuk menjadi antara pemikir menyiapkan isi ucapan Anwar dalam debat minyak dengan Shabery Chik.

Pemilihan 2010 pula cheGuBard sendiri jadi 'mangsa' kerana dilabel Kem Zaid Ibrahim yang dituduh agen Umno hanya kerana melawan Azmin. Selepas dari ini che'GuBard ambil keputusan perlu punya platform luar kerangka parti yang lebih kritikal dan bebas.

Pemilihan 2013 pula korbanya sangat besar iaitu Tan Sri Khalid yang tiba - tiba dilabel agen Umno hanya kerana melawan Azmin Ali. Saifuddin ketika itu walaupun melawan Azmin tetapi mungkin pengalaman politik dia cekap mencerap dan pulih semula selepas kekalahan dan dilantik Pengarah Pilihanraya bersama Nurul Izzah.

Sepanjang dari pemecatan Anwar dan terpenjaranya dia bukan sedikit gerakan 'Reformasi' ini kehilangan guna tenaga tanpa berselindung kerana pertembungan dan kerana Anwar mempertahankan Azmin Ali.

Ramai mengatakan Anwar sayang Azmin kerana Azmin setia ? Setiakah Azmin ? Ramai tentu ingat bagaimana dia mengerakkan jentera budak - budak mudanya menyerang keluarga Anwar selepas PRU lepas. Kerana Anwar tidak tunaikan kehendak dia ingin menjadi MB Selangor, Anwar diserang tanpa henti. Istilah Istana Segambut dan perbagai konotasi negatif yang digunakan Umno kini ialah hasil ciptaan budak - budak Azmin. Azmin menggerakkan jentera mensabotaj gerakan Blackout 505. Azmin ahli politik cekap dia gerakkan jentera sabotaj Blackout 505 tetapi dia sendiri hadir dan duduk bersila paling depan. Dia keluar TV3 serang Presiden namun semua tidak kena tindakan.

Menyebut peristiwa 505 ramai tentu tidak tahu ketika malam keputusan pilihanraya Azmin paling lewat hadir ke lokasi pengumpulan tokoh PKR (dan PR) . Rekod menyatakan dia mengadap 'god fathernya' dahulu.

Dalam isu lobi diri sendiri guna pintu belakang untuk jadi MB secara jelas dia menggunakan 'network' godfathernya untuk memalukan Azizah. Namun semuanya tidak dikenakan tindakan.

Kini dia semakin menjolok mata apabila sebaik sahaja Wan Azizah mengumumkan wujudnya Pakatan Harapan. Ramai menyambutnya dengan menghela nafas lega kerana sekurang kurangnya wujud sebuah gabungan politik baru (hentinya polimik politik pembangkang) untuk membawa harapan rakyat namun Azmin dengan sombong menyatakan Pakatan Harapan tidak ada kena mengena dengan Selangor. Maruah Wan Azizah diselamatkan Lim Guan Eng apabila Pulau Pinang mengumumkan sebagai diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Tidak dinafikan pengumuman Wan Azizah agak terlalu cepat dan ramai mengatakan ia diatur oleh Rafizi dan pasukanya. Dalam hal ini tidak dinafikan ia agak tidak tersusun, sidang meja bulat seharusnya membincangkan dan mendapat in put tetapi ramai terkejut apabila sidang meja bulat untuk mendengar pandangan namun Rafizi sudah ada keputusan bagi mengikat semua agar bersetuju. Oleh kerana ini Ambiga keluar awal dan ramai tidak selesa.

Kesempatan ini diambil pantas oleh Azmin dan kartelnya. Satu Pestisyen telah dilancarkan untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Ia ditandatangani oleh majoriti MPP PKR ini tidak pelik kerana majoriti MPP kini pro Azmin dimana kerusi tersebut mereka perolehi dari pemilihan yang penuh pertikaian.

Ini ialah coup de tat. Ini ialah usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Anwar terpenjara. Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan U Turn dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka. Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum laih - alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan ? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah.

che'GuBard hanya memerhati dari luar selaku anggota seumur hidup tanpa jawatan yang hanya baru dilepaskan penggantungan. Ini masa cabaran buat Wan Azizah. Jika dia lepas cabaran ini maka dia akan jadi ahli politik ampuh yang sebenarnya.

Kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan - kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai. Maka pasukan ini cukup besar... saya doakan Wan Azizah berjaya sukses lepasi ujian ini.

Kepada MPP dan pengerusi hubungan yang bakal mengundi saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.

Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.

Kem Najib sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya Umno terhadap najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.

Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras !!!!

Sebelum lupa saja nak bagi tahu Azmin dan kamarul ialah antara MP yang masih tidak menyerahkan tandatangan komitmen mereka kepada Ketua Whip Ahli Parlimen PKR bagi mengikat mereka untuk misi undi tidak percaya pada PM.... berapa banyak kolam lah Azmin ni main yer...

25 orang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan bantah keputusan Presiden Parti setuju dengan penubuhan Pakatan Harapan.
 
Penandatangan Petisyen MPP Khas
 
1. Tian Chua
2. Prof Dr. Shaharuddin
3. Zuraida Kamaruddin
4. Elizabeth Wong
5. Latheefa Koya
6. Hee Loy Sian
7. Shuhaimi Shafiei
8. Azmizam
9. Haniza Mohd Talha
10. Yunus Jamaari
11. Yaakob Sapari
12. Siti Aishah
13. S. Manikavasagam
14. Zakaria Abdul Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. Afif Bahardin
18. Mansor Othman
19. Ab Aziz Ab Kadir
20. Dr Md Nur Manuty
21. Hasan Karim
22. Mohammad Faisol Rahman
23. Tengku Maraziyah
24. N. Surendran
25. Amirudin Shari

untuk memahami latar jemput membaca


 
-----------------------------
 
DSWA ialah presiden PKR. Tapi takde kuasa. Dia dah putuskan untuk buat PH tapi kelakar sial. PKR sendiri pun tak setuju. Ambiga chow awal sebab bengang. Mulanya ingat cerita neh spekulasi. Tapi member2 dok bercerita. Just dengar je la. Bila baca cerita CB, nampak gayanya bukan bertaraf spekulasi lagi kot.

Hehe.

Sekali lagi. Idea PH plan Rafizi kata mereka.

Rafizi suka paksa orang terima idea dia ke?

Sebab tue Ambiga chow awal ke?

Hehe.

Nak tengok sejauh mana mereka berselisih. Sejak dari awal-awal menang sampai la dah masuk tahun 2015, PR atau PH memang tak pernah ada strategi hentikan pergaduhan dalaman dorang. Semakin lama semakin teruk bercakaran. Macam neh nak lawan BN. Sabar je la.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...