Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Oktober 2015

Misteri Eksport Bauksit - Apakah Harga YG Perlu Dibayar Rakyat? Part 1.


MEMBEDAH ISU BAUKSIT - SIRI 1

Laporan oleh Asian Metal (sebuah firma yg menyediakan khidmat rundingcara berkaitan perlombongan) memberikan pendedahan yg menarik berkaitan eksport bauksit dari Malaysia ke China.

Jumlah eksport oleh 3 syarikat sahaja - Good Man Venture, Seng Hiap Metal & Golden Prosperous Resources - mencecah 1 juta tan sebulan. Manakala jumlah eksport oleh sebuah lagi syarikat - Top International Holding - boleh mencecah sehingga 1.5 juta tan sebulan. Jumlah keempat-empat syarikat ini sahaja sudah mencecah 2 juta tan sebulan.

Tidak diketahui jumlah sebenar eksport khususnya bbrp bulan kebelakangan ini apatah lagi jika diambilkira eksport oleh syarikat-syarikat lain. Namun berdasarkan laporan tersebut, tidak mustahil eksport bauksit Malaysia boleh mencecah 20 juta tan bagi tahun 2015. Ia merupakan kenaikan yg sangat drastik berbanding hanya sekitar 960 ribu tan dalam tahun 2014, dan sekitar 200 ribu tan dalam tahun 2013.

Melihat kpd angka-angka ini, tidak terbayang keluasan kawasan yg telah diteroka, pencemaran yg terhasil serta risiko bencana alam sekitar yg bakal terhidang. Malah isu bauksit yg pd mulanya berkisar kpd pencemaran debu & penguatkuasaan kini merebak kpd isu-isu lain seperti kesihatan, keselamatan jalanraya serta kerosakan infrastruktur.

Kita tertanya-tanya, berapa agaknya kutipan hasil oleh kerajaan negeri atau pusat dpd kenaikan jumlah eksport bauksit yg mendadak ini. Berapa pula jumlah serta nilai kompaun, denda, saman akibat salah kelola dlm operasi bauksit ini. Dan kita juga tertanya-tanya, tiada langsungkah bentuk penguatkuasaan yg berkesan utk mengawal kesan operasi bauksit demi kepentingan penduduk. Atau kerajaan negeri sudah kering idea membiarkan sesetengah pihak berada di atas undang-undang. 

Penguatkuasaan yg kelihatan byk memberi fokus hanya kpd operasi lori shj tidak mencukupi. Sepertimana yg dituntut oleh YB wakil-wakil rakyat Parlimen Indera Mahkota & Kuantan serta ADUN-ADUN Beserah, Semambu, Teruntum & Tg Lumpur - operasi bauksit perlu dihentikan sementara serta-merta bagi penyediaan satu bentuk Prosedur Operasi Standard (SOP) yg menyeluruh bermula dari proses pemberian lesen / permit sehinggalah kpd pengangkutan & operasi di pelabuhan. Ia amat penting bg menjamin kesejahteraan bandar serta memelihara kepentingan penduduk khususnya apabila dijangka operasi bauksit akan berpanjangan sehingga bbrp tahun lagi.


Sumber.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...