Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Oktober 2015

Dana Mangsa Banjir Kena Songlap - Ahli Wanita UMNO Kelantan Disiasat.

Anak buah mak lembu ke apa?
Dana untuk mangsa banjir pun kena songlap. Ini betul-betul kaki pecah amanah. Punya takde intergriti sampaikan hak orang susah pun depa merembat. Takde ahti perut sungguh.
Tadi baca TMI ;
Seorang ahli Wanita Umno Kelantan hari ini dipanggil bagi sesi soal siasat dengan pihak berkuasa anti-rasuah, berhubung dakwaan menyalahguna dana diperuntukkan untuk mangsa banjir negeri itu oleh agensi kerajaan.
Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi yang terlibat adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan seliaan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal Islam.
Ahli Wanita Umno itu dipercayai menjawat jawatan tinggi dalam agensi berkenaan dan kenyataannya direkodkan pada petang Isnin oleh SPRM, kata sumber.
 Sesi soal siasat hari ini yang dijalankan di Shah Alam, adalah kali kedua untuknya. Ahli Wanita Umno itu dilihat tiba pada jam 10.50 pagi ditemani seorang lelaki. 
Difahamkan siasatan SPRM dilakukan berhubung dakwaan salah guna dana jutaan ringgit, salah guna kuasa dan pecah amanah.
SPRM turut dijangka menyoal siasat saudara-mara wanita itu termasuk pegawai kanan Yapeim bagi membantu siasatan.
Selain dakwaan membabitkan dana mangsa banjir Kelantan, SPRM juga melihat kebarangkalian salah guna kuasa membabitkan dana Yapeim untuk rumah di negeri itu.
Banjir Kelantan berlaku pada Disember tahun lalu merupakan antara yang terburuk dalam sejarah, menyaksikan 200,000 mangsa dipindahkan.

Gila kau.

Menjawat jawatan tertinggi. Bukan tak cukup makan. Terlebih2 makan pun nak songlap juga? Dah la kerja dengan YAPEIM. Slumber haram songlap duit untuk mangsa banjir. Mangsa banjir dah la sampai ke hari neh bukan semuanya menerima rumah baru ataupun terlibat dalam proses pemindahan (disebabkan rumah tak siap lagi). Siap orang risau2 mungkin akan berlaku musibah banjir lagi. Lahanat sungguh la puak2 UMNO. Perangai macam celaka!

UMNO dengan penyangak, perompak, pencuri, perasuah, pengsonglap memang tak dapat dipisahkan. Like boss like penyokong. Boss kawtim 2.6b. Takan ahli tak boleh sapu sikit-sikit kot.


KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...