Jumaat, 9 Oktober 2015

Lim Guan Eng Bayar RM200 Arah MPPP Tarik Laporan Polis? - Insiden Penguatkuasa Wanita Di Maki.

Semalam.

Geng media cyber BN dah memainkan sentimen bangsa. Aku dah agak dah. Kalau isu macam neh confirm cerita bangsa mesti keluar punya. Dan paling tak boleh blah. Tiba2 je budak yang dok marah-marah penguatkuasa tue dikatakan geng DAP pro BERSIH 4.

Berpandukan gambar ini ;


Macam mana ar dorang boleh kaitkan. Aku tengok dari sejarak itu nak mengatakan mereka berdua individu yang sama sememangnya sukar. Itupun ada yang percaya dan sebar. Tak faham aku.

Bukan itu sahaja. Bahkan identiti pemilik kenderaan turut disebarkan secara meluas. No IC. Alamat apa semua lengkap. Biasanya, kalau mereka budak2 samseng mereka tak heran dengan penyebaran itu semua. Silap2 kau yang kena tetak balik. Takut woi. 

Yang jadi hal kalau kes disiasat polis. Jika mereka terlibat dalam kegiatan samseng, itu yang cuak tue kalau aktiviti mereka terbongkar.

Tapi aku tak sure la mereka neh apa. 

Haha.

Sumber gambar.

Dan macam biasa. Insiden berlaku di Penang maka apa saja semua salah DAP. Sedangkan ini masalah sikap. Payah juga partisan BN dan PR/PH nak mengcontrol sikap penyokong/ahli mereka kan.

Susulan dari penyebaran rakaman berkenaan, dan isu berkenaan pula viral, hari neh LGE menganugerahkan sijil penghargaan kepada pegawai2 MPPP yang kena maki hamun ketika bertugas semalam.

Dan siap bagi duit 200 per individu di atas kesabaran pegawai2 berkenaan melayan sikap pengguna yang cuai.

Memang cepat. Tapi aku rasa better bagi kenaikan gaji kot.

Hehe.

Tetapi penyebaran di laman sosial tidak sama seperti penyebaran di laporan berita. Yang disebarkan di media sosial oleh geng2 BN ialah ;

 

Lagi la berapi kan.

Aku tengok komen2 di portal & FB pun seakan2 mempercayai sebaran geng2 media propaganda BN berbanding laporan berita. Aku syak la. Syak saja. Maybe pengguna media sosial akan berhenti berprasangka andaikata kedua2 individu berkenaan disiasat polis.

Aku pun tak pasti setakat mana siasatan telah dibuat atau apa tindakan yang telah diambil oleh PDRM. In fact, betul ke pegawai MPPP ada buat laporan polis? Aku tak baca pula ada mana2 pegawai MPPP mengatakan laporan polis telah dibuat. Ini main2 sangka sendiri ke macam mana?

Btw, jika baca sebaran geng2 BN. Terang2 depa sebut nama LGE dan tindakan dia. Aku rasa LGE patut baca sebaran berkenaan. Jika ada kesilapan, mohon smash penyebar2 fitnah. Bukan apa, aku tengok semakin ramai yang terpengaruh dan mempercayai propaganda mereka neh. Insiden asal berkenaan sikap kurang ajar je. Tetapi dah jadi cerita politik. Biasalah. Bila ada je puak2 politik masuk campur, A pun boleh terbalik jadi Z.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...