Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Selepas Ditampar, YDP PAS Kejar Individu Guna Pistol.


Punca gaduh. Isu tanah.

Biasalah urusan tanah-manah neh memang boleh buat kita gaduh. Aku pun gaduh juga dengan orang isu tanah.

Hihihihihi.

Entah macam mana time gaduh, YDP PAS Rantau Panjang kena tampar. Berang kena tampar, dia pun kejar la si penampar tu. Tapi yang mengerunkan, dia bawa pistol bhai. Siap acu-acu lagi ke dada orang yang tampar dia tu. Emosi tu emosi. Nasib tak mati orang tue dikerjakan.

Huhu.

So inila drama disebalik pergaduhan. Tak memasal semua orang tahu dia ada pistol. Lepas neh nak kena jaga-jaga la juga. Sapa2 yang menampar Abdul Fatah Haron baik berfikir 10 kali. Kalau nak merasa pistol, mari le.

Kah kah kah

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron terpaksa mendapatkan rawatan di klinik apabila ditampar seorang penduduk tempatan di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi.

Kejadian menjadi sangat kecoh apabila selepas ditampar, Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buku Tuku mengeluarkan pistolnya dan mengejar orang yang menampar beliau dan mengacukan pistol ke dadanya.

Menurut saksi kejadian, seorang bekas pemimpin PAS tempatan, Abdul Razak Abas menarik Fatah dan menyuraikan orang ramai.

 Kejadian berlaku menjelang majlis dialog pemimpin kawasan Rantau Panjang dengan ahli jawatankuasa PAS Peti Undi Banggol Kulim di sebuah Pasti dekat situ kira-kira jam 9.15 malam tadi.


"Ia tidak ada kaitan dengan politik tetapi isu lama iaitu berkaitan dengan pemilikan tanah," kata seorang saksi kejadian kepada The Malaysian Insider walaupun ada ramai tokoh politik tempatan dalam majlis itu.

Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang luka ke Facebook awal pagi tadi dan meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat sesuatu tindakan sendiri.

"Perkara ini hendaklah kita serahkan dan berilah peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil apa apa tindakan yang sepatutnya," kata Fatah yang membahasakan dirinya AbeTah.

Beliau dipercayai sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang malam tadi.

Pihak yang memukul beliau pula dikatakan akan membuat laporan polis hari ini terutama berkaitan dengan tindakan Fatah mengacukan pistol kepadanya. -TMI

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...