Rabu, 30 September 2015

Kurangkan Kawasan Parking, Naikkan Caj Parking Antara Cadangan Kurangkan Kesesakan Kata Menteri.

Sebenarnya. Cadangan macam neh tak layak langsung diberikan pertimbangan sekalipun. Ini bukan cadangan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar sebaliknya ini ialah cadangan untuk semakin menyusahkan dan membebankan rakyat.

Cuba kau semua fikir. 

- Kerajaan kurangkan kawasan parking di bandar.
- Kita bergerak guna kenderaan.
- Ada ke kita tahu bahawasanya kawasan parking dah penuh ke belum semasa keluar dari rumah?

Itu aku tak citer bab orang tua, orang yang datang jauh-jauh sebab urusan apa bagai, OKU apa lagi. 

Nampak? Apa motif je cadangan neh dengan kurangkan kesesakan lalu lintas? Langsung takde kaitan sebetulnya. Itu sebab aku kata. Menteri2 kat Malaysia neh spesis munkee. Sesetengahnya kacuk babee hyutan. Spesis tu mana reti nak selesai masalah rakyat. Kita neh pula spesis manusia. Yang undi munkee-munkee tu pun spesis manusia gak. Bezanya mereka-mereka tu spesis manusia ada otak takde akal. Jadi kita banyak-banyak bersabarla melayan kebodohan kedua-dua spesis tu ya.

Kemudian. Cadangan munkee neh lagi. Naikkan kadar parking.
Lebih kejam. Naikkan kos pembangunan bagi bangunan-bangunan yang menyediakan kawasan parking.

Ko tau apa.

Cadangan mengurangkan kos pengangkutan awam.
Cadangan menambahbaik pengangkutan awam.
Cadangan memperbanyakkan pengangkutan awam.
Cadangan memperluaskan jaringan pengangkutan awam.
Cadangan memastikan pengangkutan awam mematuhi masa, selamat, beroperasi lebih lama.

Itu semua depa tarak otak mao fikir.

Perempuan yang balik kerja malam-malam bukan selamat pun kalau naik bas. Jika laluan ke rumah dia takde lampu sesia jadi mangsa. Ko tahu?

Even dalam LRT pun orang boleh raba-raba kau.
Barang kau boleh hilang kena curi.
Tak selamat mana pun.
Lagi mao sembang munkee-munkee neh.

Cadangan munkee-munkee neh mesti ada kaitan dengan duit.
Di mana mereka boleh mendapat keuntungan daripadanya.

Bila kurangkan kawasan parking. Orang akan parking merata, depa saman. Saman dapat duit. Nampak?

Bila naikkan kadar caj parking. Syarikat dapat lebih untung, bayar lebih cukai dan mungkin kena GST pada kita. Munkee-munkee tu dapat duit lagi. Nampak?

Bila naikkan kos pembangunan, munkee-munkee tu dah tentu dapat duit. Nampak?

DUIT. DUIT. DUIT. 

Munkee-munkee tu bukan nak selesai masalah. Depa cuma nak duit je. Itu sebab kau boleh tengok, cadangan-cadangan mereka kesemuanya berakhir dengan di mana munkee-munkee itu akan mendapat keuntungan dalam bentuk duit.

Fikir-fikirkanla.



Bilangan ruang meletak kenderaan di bandar raya ini akan dikurangkan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata idea itu adalah untuk mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kami sedang mengkaji rancangan ini (untuk mengurangkan ruang meletak kenderaan) secara menyeluruh dari segi kesannya dan akan melaksanakannya selepas selesai pembinaan Jajaran 1 projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 2017," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketujuh mengenai Bandar Raya Mapan Bertaraf Dunia 2015 (WCSC 2015) di ibunegara semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin dan Pengerusi WCSC 2015 Datuk N.K. Tong.

Katanya rancangan itu termasuk mengenakan kadar caj tempat letak kenderaan yang lebih tinggi dan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk tempat meletak kereta.

Loga berkata projek seperti MRT dan Light Rail Transit (LRT) membolehkan orang ramai bergerak tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.

Persidangan WCSC 2015 anjuran bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL REHDA), Institut Perancang Malaysia (MIP) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Persidangan itu bermatlamat meningkatkan kesedaran warga kota dan lain-lain pihak berkepentingan membolehkan bandar raya berfungsi.

- Bernama

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...