Jumaat, 2 Oktober 2015

Blogger UMNO Sebarkan Printscreen MB Pahang Kata Najib Penipu.

WOW.

Disebarkan oleh blogger UMNO ;





 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sebuah blog lewat malam tadi mendakwa ia berdasarkan ‘printscreen’ perbualaan antara Adnan dengan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pahang, Datuk Ridzuan Hashim.

“Baru-baru ini Adnan tersilap langkah apabila tersalah hantar “printscreen” antara beliau dengan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Datuk Ridzuan Hashim sekitar Julai dulu ke dalam WhatsApp Group MT UMNO.

“Mereka bercakap bahasa dengan meletakkan nama PM sebagai Pak Mat. Dalam Whatsapp terbabit Adnan Yaakob (Me) jelas memanggil Najib Razak sebagai penipu dan bakal kehilangan jawatan” tulis blog tersebut di pautan  http://najib-lame-duck.blogspot.my.

Melalui paparan prinscreen yang disebarkan itu, Adnan turut dikatakan memanggil Najib sebagai penipu dan bakal kehilangan jawatan pada Ogos ini.

“Terima kasih atas makluman, saya (Adnan) sedang sedang bersambung semula dalam Mesyuarat Exco yang tak selesai semalam. Saya rasa Papa Mike (Najib) akan diturunkan menjelang bulan Ogos sebab banyak akan meletup. Salam.

“… Saya yakin DSN akan diturunkan, saya sedih sebab dia orang baik. Rasa kecil hati terhadap dia tak timbul, bini dia (Rosmah) yang tidak suka saya” ujar perbualan yang dipaparkan melalui printscreen di dalam blog tersebut.

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut.

Setiausaha Politik MB Pahang, Datuk Shamsuddin Haji Nawawi ketika dihubungi SuaraTV berkata pihaknya tidak mengetahui mengenai isu yang idbangkitkan itu.

“Saya tidak tahu, akan teliti dan berikan maklumbalas mengenai perkara tersebut” ujarnya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.-ST.

Best wooo.

Malam neh banyak drama.

Tadi di Kelantan ;


Dah tua pun kena balon lagi. Aisehmen.

Mulut takde ke yang dok pakai tangan tu?

Huhu.

Apa-apa pun minggu neh kita amek popcorn dan layan drama pergaduhan sesama ahli partisan.

PAS, PKR, DAP, AMANAH dan BN.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...