Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Oktober 2015

Legasi MAS Sebagai Syarikat Penerbangan Telah Pun Berakhir Kata Menteri.


Hmm.

Apa la ye agaknya nasib kakitangan MAS yang diberhentikan ya?
Dah diterima semula berkerja di syarikat baru ke?

Bukan hanya MAS, sejak akhir-akhir neh beberapa syarikat mula mengambil langkah mengurangkan kakitangan dengan terbaru sekali melibatkan syarikat SHELL. Sebelum neh kecoh beberapa bank tempatan mula mengurangkan kakitangan. Sebelum itu beberapa kilang tutup dan berpindah ke negara lain untuk menyambung operasi. Sebelum itu NAZA buang 300 kakitangan. Angkara GST. Semua tu berlaku pada tahun ini dan berdekatan pula antara satu sama lain.

Apa la agaknya nasib mereka-mereka yang diberhentikan dan hilang punca pendapatan secara tiba-tiba ek.
Nak bayar rumah lagi.
Kereta lain.
Insurans roadtax lagi.
Kesian. Nak tolong pun tak mampu.
6,000 dari MAS aje.
Tak masuk dari lain-lain syarikat.

Huhu.

Tadi menteri mengatakan kepada pemberita bahawa ;

Zaman Malaysia Airlines (MAS) sebagai syarikat penerbangan legasi bagi Malaysia telah berakhir, dan MAS yang sedang menjalani penstrukturan semula kini perlu beroperasi sebagai entiti perniagaan sepenuhnya, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.
   
Menurut beliau walaupun segelintir pihak berkemungkinan masih emosi mengenai MAS sebagai syarikat penerbangan legasi, sentimen ini tidak perlu pada masa kini disebabkan realiti persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbangan.
   
"Kita tidak boleh lagi berfikir ditakuk lama untuk terus mengekalkan MAS sebagai syarikat penerbangan legasi, tetapi perlu menjadikannya sebagai entiti komersial, bersaing secara agresif dalam dunia perniagaan, berorientasikan keuntungan,” katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai harapan beliau kepada syarikat baharu, Malaysia Airlines berhad (MAB), yang mengambil alih syarikat penerbangan tersebut bermula 1 September lepas.
   
"Saya percaya ini sangatlah kritikal, ia amat bergantung kepada sama ada kita bersedia atau tidak untuk bersaing hebat di pasaran. Tetapi jika kita hanya ingin mengekalkan MAS seperti dahulu kala, itu mungkin menjadi cerita yang berbeza dan ia agak sukar di sebalik situasi semasa yang mencabar,” kata beliau.
   
Ong menjelaskan bahawa syarikat penerbangan legasi memerlukan kerajaan membelanjakan jumlah subsidi yang besar semata-mata untuk memastikan MAS terus beroperasi seperti dilakukan sejak beberapa tahun lalu, dan itu "tidak lain tidak bukan adalah duit rakyat," dan Malaysia tidak lagi berupaya untuk berbuat sedemikian, tambah beliau.
  
"MAS yang baharu ini tidak boleh lagi dianggap sebagai syarikat penerbangan legasi tetapi perlu berpaksikan keuntungan seperti syarikat-syarikat penerbangan lain di rantau ini seperti Japan Airlines (JAL) dan Garuda Indonesia.
  
Syarikat penerbangan legasi adalah milik masa silam dan bukan bagi abad ke-21, kata Ong.
   
Menurut Ong MAS Baharu bakal menghadapi cabaran mendatang yang semakin sengit dan sukar berikutan pelaksanaan Polisi Langit Terbuka Asean yang telah dipersetujui oleh negara-negara Asean pada 2009 ketika beliau menjadi Menteri Pengangkutan.
   
"Berdasarkan senario sebegini, saya berpendapat MAS Baharu dengan kumpulan pengurusan dan strategi baharu akan berupaya untuk berdaya saing dalam situasi pasaran baharu tersebut.
   
MAS telah menjalani penstrukturan semula secara menyeluruh dan kesungguhan mereka dalam mengurangkan pekerja dan berusaha untuk mengubah budaya kerja dengan konsep pemasaran baharu di bawah pimpinan Christoph Mueller, Ketua Pegawai Eksekutifnya," tambah beliau.
   
Beliau yakin kesemua ini akan meletakkan entiti baharu ini pada landasan kukuh, setelah membuang masalah-masalah lama.
   
Tetapi beliau juga memberi amaran, langkah ini tidak menjamin kejayaan.
   
"Anda mungkin mempunyai pelan yang canggih, dan teliti dalam segala aspek tetapi pada masa sama perlu mempunyai dedikasi dah kesungguhan untuk melaksanakannya, bukan sahaja di peringkat atasan, malah keseluruhan tenaga kerja. Itu penting. Dan masih terlalu awal bagi sesiapa untuk menilai sama ada pelan ini akan berjaya atau sebaliknya."
   
Mengulas mengenai laluan baharu, Ong berpendapat langkah MAB membatalkan laluan-laluan yang merugikan tidak boleh hanya berdasarkan kepada prestasi untung dan rugi MAS lama.
   
"Sebaliknya, kajian perbandingan antara MAS lama dengan pesaing-pesaing yang menggunakan laluan yang sama perlu dipertimbangkan kerana ia boleh menjadi penanda aras kepada langkah drastik seperti membatalkan laluan-laluan udara tersebut.
   
"Tanpa kaji selidik yang teliti, pembatalan laluan-laluan udara dikhuatiri akan menyebabkan kita melepaskan laluan-laluan yang sukar untuk kita peroleh hak pendaratan daripada pihak berkuasa kerana kita telah bekerja keras untuk berunding dengan pihak-pihak berkuasa luar negara bagi mendapatkan hak pendaratan pada masa lepas,” kata beliau.
   
Beliau menjelaskan hak-hak pendaratan bukanlah sesuatu yang perlu dibuang atau ditinggalkan sewenang-wenangnya.
   
"Pada masa sama, laluan udara baharu juga perlu diterokai secara terperinci supaya MAB berupaya memperoleh lebih banyak laluan ke destinasi-destinasi baharu. Ini perlu dipertimbang memandangkan agenda utama MAS Baharu adalah untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan juga mencatat keuntungan."
   
Ditanya mengenai 6,000 pekerja yang dilepaskan di bawah pelan pengurangan pekerja, Ong berkata: "Saya tetap berpendapat langkah mengurangkan pekerja perlu dilaksanakan, walaupun ia satu keputusan sukar tetapi langkah pemberhentian pekerja ini patut merangkumi pihak pengurusan dan bawahan, seperti yang telah dilaksanakan MAS.
   
Menyentuh mengenai rancangan pihak pengurusan baharu untuk membentuk semula budaya kerja di MAB, beliau berpendapat mengubah budaya adalah satu ujian besar kepada pihak pengurusan kerana memandangkan amat sukar untuk mengubah "tabiat-tabiat lama".
   
"Perlu ada orang baharu untuk membentuk semula budaya baharu. Tetapi pada sudut yang lain, pembentukan budaya baharu perlukan satu imbangan yang bersesuaian dalam menguruskan tenaga kerja sedia ada.
   
Kakitangan MAB perlu diberi pemahaman bahawa masa depan mereka bergantung dan berkait rapat dengan keseluruhan entiti. Jika MAS Baharu mempunyai masa depan yang cerah, maka pekerjaan mereka lebih terjamin dalam entiti baharu dan sebaliknya.
   
Bekas Menteri Pengangkutan tersebut juga beranggapan bahawa pihak pengurusan baharu juga tentu mengharapkan bahawa MAB bebas daripada campur tangan politik sekali gus memudahkan pengurusan syarikat penerbangan berkenaan.
   
"Tetapi kita tunggu dan lihat sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengembalikan syarikat penerbangan negara ke landasan keuntungan tanpa campur tangan politik," kata beliau mengakhiri temu ramah.  - Bernama

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...