Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Oktober 2015

Gambar2 Wanita Malaysia Berebut2 Serbu Jualan Gudang Demi Kasut Vincci (Video Inside).

Demi Vincci, tembok batu sanggup aku harungi.
Pagar hijau sanggup aku rempuhi.
Ohh kembali la kepada ku wahai Vincci..

Kau semua apa tahu?

KAH KAH KAH

Oke, relax wanita-wanita Malaysia. Aku bukan nak kutuk 'keminatan' korang. Lantak le hal masing-masing. Duit kau, masa kau, kaki kau, apa aku kesah.

HAHAHAHA.

Bermula hari neh dan 2 hari seterusnya, Padini mengadakan jualan gudang untuk kasut Vincci. 15.00 sepasang. Ada nampak satu gambar tentang design kasut tu. No bad la. Ada yang tumit tinggi. Tumit rendah. Dalam satu gambar tue tak silap aku ada 5 jenis design kasut. Rate 15.00 sepasang aku rasa murah. 

Bagi lelaki, mereka takan pernah faham.

Kenapa perempuan mesti ada lebih dari sepasang kasut.
Kenapa perempuan mesti ada lebih dari satu jenis beg.
Kenapa perempuan mesti ada banyak jenis patern tudung.

Bagi perempuan, setiap jenis occasion memerlukan penampilan yang berbeza-beza. 

Contoh.

Kau nak pergi kerja.
Kau tak boleh juga nak pakai kasut sama setiap hari.
Time hujan, kasut bertutup.
Time panas, kasut terbuka sikit.
Time merendek, kasut nak ranggi.

Time panas, tudung nipis sikit. Yang tak serap haba.
Time malam, tudung gelap sikit.
Time cuaca sejuk, tudung tebal sikit.

Macam tu juga dengan beg. Nak pergi kerja, ada beg yang bersesuaian. Nak berjalan guna beg lain. Nak berdemo guna beg demo. Nak shopping pun kena ada beg shopping.

Sebab tu jangan heran la.

Jika keperluan lelaki mungkin sekadar sepasang kasut, satu cermin mata, satu jam, satu dompet dan lelaki merasai ianya mencukupi tetapi berbeza pula bagi perempuan, paling2 koman depa nak kumpul sampai 4 bagi tiap-tiap jenis barang macam di atas. Bukan satu tapi empat. Itu tak masuk lagi bab subang, gelang, rantai, kerongsang apa tah lagi.

HAHHAHAHAHA.

Namun dek kerana sambutan hangat lagi luar biasa, Padini akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa ;

- Jualan murah hari ini dihentikan terus pada waktu mendekati petang tadi.

- Pada awalnya Padini kata stop untuk hari neh jek.

- Alih2 Padini batalkan terus jualan murah mereka untuk 2 hari yang mendatang sekaligus.

No more jualan murah. Alasan Padini faktor keselamatan menjadi punca utama jualan murah tersebut dibatalkan. Dah sampai memanjat-manjat beb. Dasat kau. Tudung tak tudung, Vincci aku kejar.

Bukan nak kata la. Paling rendah Vincci kat kedai 30++ lebih dan itupun tak cantik. Pada mata aku la. Mesti design tahun2 bila yang tak habis-habis sampai ke tahun neh.

Hahaha.

So untuk rm15 per kasut, untuk design baru, aku boleh agak. Wanita mesti serbu.

Cuma seperti yang kita sedia maklum. Kasut bukan keperluan. So ada beberapa impression juga dengan tindakan serbuan wanita-wanita tersebut ke jualan murah tersebut.

Pertama. Minyak baru je naik. Pompuan boleh lagi riang ria shopping kasut. GST la sangat. Terjejas la konon. 

Kedua. Dek kerana takde duit, mana-mana jualan murah pasti diserbu sebagai menandakan ekonomi Malaysia drop.

Haha.

Aku tak pasti gambaran apa yang tepat merujuk kepada sale Vincci neh. Cuma aku katakan, kasut memang bukan keperluan macam nasi, makanan, tempat tinggal, pakaian. Yang datang tu pun ada macam-macam gaya, macam-macam sebab. So samada mereka benar2 hadir kerana tak terjejas dengan kenaikan kos sara hidup atau sememangnya terjejas dengan kenaikan kos sara hidup, itu hanyalah tuan punya badan boleh jawab. 

Jom layan gaya wanita-wanita Malaysia yang beria demi Vincci. Aku harap wanita2 ini nanti akan lead muka depan, demo lawan kezaliman. Kita perlukan penyertaan kaum wanita. Almaklumlah, hawa kan kureng-kureng sikit dalam bab melawan walaupun tak semua macam tue.

Hahaha.

Tengok ;











 Video ;

Protes Kasut Vincci By Wanita Malaysia
Wanita Malaysia demo kasut demi VINCCI. Saksikan kesungguhan mereka dalam mendapatkan kasut jualan murah di Shah Alam petang tadi. Paling murah 15.00 sepasang.
Hik Hik Hik
Komen win ** Pompuan Malaysia LIPAN ke? Apsal nak pakai kasut banyak2?
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Friday, October 2, 2015

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...