Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 30 Jun 2015

Hadiah Raya Buat Rakyat Malaysia - Minyak RON 95 Naik 10sen.


Ahmad Maslan kau dah laju2 menjalankan tugas untuk counter persepsi dan kritikan rakyat terhadap kerajaan berikutan kenaikan harga minyak. Dedikasi betul menteri kau neh.

Bernama melaporkan ;
Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.
“Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter,” kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini,” katanya.
-BERNAMA

Semalam menteri ada bagitau bahawa kerajaan akan hentikan tradisi mengumumkan harga minyak baru lebih awal seperti sekarang. Sebarang perubahan samada naik atau turunnya harga minyak, hanya akan diumumkan selepas harga baru berkuatkuasa. Dan tindakan menteri KPDNKK itu, disokong pula oleh persatuan petroleum. 

Benda neh boleh jadi pro dan boleh jadi contra. Kalau yang isi minyak bawa duit cukup2 aku ingat teruk gak dia nanti. Kadang2 situasi macam tue boleh terjadi. Sebab kita sedang bercakap tentang pelbagai lapisan manusia. Bukan orang2 kaya je yang beli minyak. Orang2 miskin pun mengisi minyak juga.

Pendapat aku la. Sudah sampai masanya untuk station minyak letak papan tanda elektronik besar-besar kat setiap station mereka. Harga minyak terkini akan dikemaskini melalui papan elektronik tersebut. Kerajaan taknak declare awal2 sudah. At least papan elektronik tue boleh dijadikan rujukan. Satu lagi kebaikan papan elektronik tue, kita boleh hebahkan info2 penting macam kes penculikan. Benda ada kat setiap station kan. Orang2 biasa akan lebih alert dengan cepat sebab bukan semuanya online pada masa yang sama. Tak rugi juga selain untuk advertisement bagi menjana pendapatan tambahan station minyak tersebut la.

Tapi aku pelik juga dengan kerajaan kau neh. Nak dekat-dekat raya dok naikkan harga minyak. GST dapat, subsidi minyak hapus, naikkan pula harga semasa. Kenapa?

Tak fikir ke bagaimana kenaikan harga minyak itu nanti akan memberikan side effect kepada pengguna lebih2 lagi yang sedang sakan berbelanja untuk menyambut raya yang bakal menjelma tak lama lagi?

Dah agak lama juga aku tunggu. Kerajaan kata jika ron 95 berterusan naik, pelan subsidi bersasar akan dilaksanakan. Yakni satu pelan yang mana orang2 tertentu akan menerima subsidi ketika membeli minyak. Contohnya orang2 miskin dan mereka yang berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan yang ramai. Bila nak laksanakan? RON 95 naik hampir setiap bulan neh. Korang tak rasa ke kita semua dah kena tipu dengan BN punya pelan rasionalisasi subsidi tue?

Kbai.

Isnin, 29 Jun 2015

Gambar2 Sekolah Pandan Jaya Yang Teruk.

Mendapat maklumat dari rakan blogger, Omakkau ;

BIAR GAMBAR MENJADI SAKSI BERBICARA. 

Beginilah keadaan amat menyedihkan Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya terkini ... walaupun terletak dikawasan bandar namun keadaannya cukup daif dan menyedihkan sekali ... membuktikan betapa kata-kata Ketua Pengarah Kabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang juga mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato' Dr Puad Zarkashi pada 21hb Mei 2015 yang lalu melalui akuan media sosialnya betapa Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan-timbalan jenis pemalas turun padang untuk meninjau sendiri keadaan sekolah-sekolah. Sebelum ini beliau melaporkan keadaan beberapa buah sekolah di Keningau Sabah yang terletak dipinggir bandar ... kalau tak sempat turun padang pun kira boleh dimaafkan tetapi ini kawasan bandar yang terlertak dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih begini keadaaanya untuk sekian lama.
 Difaham pihak PIBG sudah pun membuat pengaduan kepada pihak sekolah agar bertindak cepat ... malangnya diberitahu bahawa tiada peruntukkan. Kalau perkara asas ini pun gagal sebagai Menteri Pelajaran untuk dilaksanakan apakah Muhyiddin layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia???? .. takut semua bangunan kerajaan yang bocor dan rosak tidak mendapat pembelaan.





Sumber : Omakkau.

Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya. Kalau diperhatikan bukan setakat masalah bumbung, even suasana dalam bilik darjah tue pun kelam aje. 

Aku tak faham satu benda.

Kalau kita perhatikan rekabentuk sekolah kita, dari dulu lagi ini je patern dia. Lantai mesti simen. Dah tahu budak suka bergayut tetap juga dibuat sekolah bangunan terbuka dengan design tingkap yang tak pernah diubah.

Aku perhatikan bangunan kerajaan. Khusus untuk menempatkan menteri2 kita. 30 tahun yang lepas, 20 tahun yang lepas, 10 tahun yang lepas, bila diperbandingkan sentiasa wujud perubahan dan penambahbaikan bagi memberikan ruang keselesaan kepada menteri2 kita melakukan kerja dalam suasana yang lebih menyenangkan.

Bukan mereka guna duit sendiri.
Duit pembayar cukai juga setiap kali buat modifikasi bangunan.

Tapi kenapa perkara tue tak dilakukan ke atas bangunan sekolah kita?

Sekolah kita perlukan reka bentuk yang baru dan dipertingkatkan kualitinya demi keselesaan semua. Bukan untuk para pelajar semata2 bahkan untuk keselesaan para guru juga sebenarnya.

Takan la tak boleh nampak selepas 56 tahun merdeka, bangunan seperti itu, bukan sahaja tidak selamat bahkan tidak relevan dengan wawasan kita kononnya nak menuju ke arah negara maju.

Sekolah2 kat negara maju mana ada guna tingkap design kuno. Jauh sekali pintu kopak2. Lantai pun tak main simen dah. Sesetengah sekolah dilengkapi kemudahan aircond dalam bilik kelas. Bahkan siap ada karpet nak masuk pun kena buka kasut kau tahu.

Malu nak banding dengan sekolah kita.
Bila tengok gambar2 sekolah di atas, tengok pula sekolah2 di pendalaman, jauh lagi la nak bayangkan sekolah2 kita neh disama levelkan dengan sekolah2 di negara maju. Aku rasa sampai aku mati pun tak ter-realisasi nak tengok perubahan tue.

Ahad, 28 Jun 2015

#PesanDariTuhan Dihalang Tayangan Oleh TV3 Angkara Babak Sindir Rosmah? - Viral Di Twitter.

Kat twitter sekarang kecoh tentang drama arahan Erma Fatima yang bertajuk #PesanDariTuhan. Drama tersebut dikatakan diharamkan/diban dari ditayangkan menerusi slot drama tv3 pada malam ini. Ada yang kata bukan diharamkan sebaliknya melalui puluhan jenis potongan yang kononnya dikatakan bersifat sindiran ke atas tokoh politik tertentu di negara ini. Tinjauan aku di twitter mendapati Erma Fatima secara berterusan mendedahkan beberapa babak yang diarah potong (mungkin jika masih mahu meneruskan tayangan).

Baca kejap apa yang tersebar di twitter ;



Ini pula babak yang dikatakan sindir Rosmah Mansur (atau dorang yang terasa disindir) ;
Ini pula babak yang perlu dipotong kerana menyebut 'Putrajaya' ; 
Dialog bakal ketua kampung yang menyebut Putrajaya juga dianggap sensitif. #PesanDariTuhan pic.twitter.com/D1YFDHHbai
— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) June 28, 2015
Ini pula babak yang di arah potong kerana kononnya Elly menyebut 'menteri' ;

Drama neh berkisarkan tentang calon2 yang bertanding merebut jawatan ketua kampung dan sanggup lakukan apa sahaja termasuk bergaduh sesama sendiri demi memastikan mereka memenangi kerusi tersebut dan akhirnya kesemua mereka ditimpa musibah banjir.

Drama Pesan Dari Tuhan sepatutnya ditayangkan menerusi slot telefilem pada Ahad di tv3 jam 10 malam 28/6/2015 sebelum dibatalkan atas alasan tertentu. Tak pasti samada larangan tersebut bersifat selamanya ataupun sehingga Erma bersetuju dengan arahan pemotongan ke atas babak2 tertentu sebelum dibenar untuk tayangan umum.

TV3 belum keluarkan sebarang respon mengenai kritikan meluas di laman sosial tentang tindakan tersebut ketika ini. Tapi yang pasti, senario di Malaysia, kau buat drama tentang lelaki lembut tergedik2 sana tergedik2 sini kahwin jadi pak sanggup dan sebagainya itu takpe. Jangan buat drama berbaur politik. Siap la kau kena ikat kaki tangan dan mulut.

Hehe.

Kbai.

Jumaat, 26 Jun 2015

Najib Tak Luluskan Pembelian Appartment Di Melbourne Kata Annuar (Uturn) - Dan Malaysiakini Dedah Bukti Rakaman, Annuar Musa Kantoi!

Kan dah kantoi. Mampuih la Annuar Musa kau nak menjawab.

KAH KAH KAH

Kronologi.

1. Media Aussie dedahkan MARA + bekas ahli politik + pemimpin tertinggi kerajaan terlibat dalam skandal penyelewengan babitkan hartanah di Aussie.

2. Kemudian laporan tersebut viral di Malaysia kerana dipetik oleh media2 Malaysia.

3. PDRM dan SPRM kemudian mengambil pendekatan akan menyiasat kejadian berkenaan.

4. Najib juga menjanjikan perkara yang sama.

5. Pengerusi MARA, Annuar Musa membuat pengakuan kepada wartawan bahawa pembelian appartment tersebut telah melalui satu proses kelulusan yang ketat dan diluluskan pembeliannya oleh Najib juga.

6. Then sekali lagi Najib diasak kontroversi apabila didesak marhaen untuk menjalani siasatan kerana terlibat dalam proses meluluskan pembelian.

7. Najib menafikan kenyataan Annuar. Katanya, media putar belit statement Annuar.

8. Annuar juga menafikan kenyataan media (kenyataan dia sendiri) dan mengeluarkan satu kenyataan baru.

Kata Annuar ;


Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bertanggungjawab meluluskan pembelian hartanah kontroversi di Melbourne, Australia.

Menurut laporan Bernama menyebut, Annuar berkata Najib “tidak meluluskan pembelian itu pada 10 Mei”.

Tarikh 10 Mei itu merujuk kepada tarikh surat Najib yang merakamkan bantahannya ke atas pembelian tersebut.

"Sebenarnya, Najib tidak meluluskankan, dan ini ditulis dalam satu surat bertarikh 10 Mei.


"Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa perdana menteri tidak memberikan kelulusan untuk pembelian itu," kata Annuar seperti dipetik dalam satu laporan bahasa Inggeris Bernama.

Seterusnya, keputusan itu dirayu oleh MARA dan kementerian pembangunan luar bandar dan wilayah, katanya lagi.

"Kemudian MARA dan kementerian membawa rayuan kepada Majlis Ekonomi untuk dibincangkan kerana ia melibatkan pinjaman luar negara dan (Majlis Ekonomi) luluskan hanya 30 peratus dana MARA digunakan untuk pembelian itu.

“Bakinya dipinjam daripada bank luar negara," kata Annuar lagi seperti dipetik dalam laporan bahasa Melayu Bernama. -Mkini.

Dan-dan ada surat bertarikh 10 Mei la pula.
Dan-dan Najib tak luluskan pembelian la pula.

Lawak bangang apekah yang mereka sedang cipta neh?
Bodoh sangat ke kita sampai tak boleh nampak permainan mereka?

KAH KAH KAH

Fikir fikir fikir.
Fikir guna akal yang waras.
Kalau Najib tak luluskan selaku pengerusi, macam mana MARA boleh proceed kepada pembelian? MARA lawan boss ke macam mana?

Protocol pun MARA langgar ke kalau Najib bantah pembelian tersebut?
Dah MARA langgar arahan Najib (bila mana Najib tak luluskan pembelian), tidak kah Najib mahu menyiasat kenapa MARA beria2 nak beli bagai walaupun dilarang?

Nampak?

Dibawa ke majlis ekonomi. Kelulusan untuk guna dana MARA hanya 30 peratus. Baki 70% pinjaman dari bank luar negara. Konon2nya Annuar Musa kau nak mewujudkan satu persepsi. Rakyat perlu bertenang. Bukan guna duit dorang pun. MARA pinjam oke. Buat relax sudah la semua.

Kepala hotak kau berjambul.

Bila MARA pinjam itu lagi kerja gila.
Pinjam dah tentu riba.
Riba dah tentu berganda.
Bayar dah tentu mahal.
Dengan nilai matawang yang susut, bayaran boleh jadi meningkat berbanding tahun2 sebelumnnya. Sudah kah dihabis bayar hutangnya?

Masa sesak2 itulah. MARA akan mula memotong peruntukan itu ini pada pelajar dan sebagainya. Untuk tampung bayaran semula pinjamannya kepada bank luar negara. Boleh pasti ke MARA gunakan keuntungannya semata2 untuk bayar pinjaman? Tak usik langsung dana dan peruntukan dari kerajaan pusat? Kau semua mempercayainya begitu ke?

Aku minta maaf. Aku tak percaya langsung. Terlalu banyak cerita2 negatif berkenaan MARA dan biasiswa pelajaran yang aku dengar sejak 3,4 tahun lepas. Jika ada peluang untuk menyiasat, aku pasti kaitan tetap ada.

Pokoknya. Annuar Musa dah kantoi kaw2 bila Malaysiakini dedahkan rakaman yang menyebut Annuar Musa mengesahkan Najib meluluskan pembelian. Bukan putar belit media. Memang sah dia yang sebutkan begitu. Bila ditanya sekali lagi oleh wartawan, Annuar mengesahkan. Wartawan bertanya kali kedua untuk memastikan, Annuar mengesahkan juga. Jadi, kenapa nak menyalahkan wartawan bila mulut kita sendiri yang berbicara begitu?

Lihat rakaman suara tersebut disini.

Dan sekarang mula fikirkan persoalan2 ini ;

- Kenapa Najib kau laju2 salahkan media (putar belit) berbanding marah Annuar yang mengeluarkan kenyataan sebarang? Apa dia Annuar neh sampai Najib kau backup der?

- Kenapa Annuar tiba2 uturn selepas dedahkan protokol pembelian memerlukan kelulusan Najib untuk proceed kepada pembelian?

- Kenapa tiba2 wujud surat bertarikh 10 mei? Kenapa perlu ada gambaran bahawa Najib menghalang pembelian?

- Kenapa Majlis Ekonomi hanya sanggup beri 30% dana untuk purchase appartment? Apa yang menghalang mereka dari beri kelulusan 100%? Nampak macam takde apa tetapi mesti ada apa2 kenapa mereka taknak beri kelulusan 100%. Benda neh pun penting untuk kita cari tahu.

Apa2 hal. Annuar kantoi. Itu dah tentu confirm.

KAH KAH KAH

Khamis, 25 Jun 2015

Mimpi Jumpa Nabi - Mokthar Senik Padam Status Akhirnya Selepas Kena Kutuk Kaw2.

Dah dipadamkan. Atau dihidekan dari pandangan public. Itupun kerana dikritik kaw2 angkara status berkenaan.

Status yang dimaksudkan ;


Semakan aku di laman rasmi fb Mokthar Senik ;

1. Dia start padam/remove komen2 yang sindir dia dalam isu berkenaan mimpi nabi.

2. Dia tafsirkan komen2 tersebut sebagai 'sampah'.

3. Dia tak ulas apa2 pun berkaitan kritikan tentang dirinya yang berkongsikan isu mimpi bertemu Nabi SAW dan Umar.

Aku percaya kita semua ada peluang untuk bermimpi tentang nabi dan Umar. Tetapi sebaik2nya jika kita bermimpi macam tue tak perlu la kita kongsikan pengalaman kita secara terbuka.

Kita mungkin kongsikan dengan niat positif tetapi seperti biasa kita tak boleh nafikan persoalan2 yang akan timbul kesan dari perkongsian tersebut. Orang akan bertanya. 

Kamu pasti yang kamu mimpi itu benar2 nabi?
Apa bukti kamu?
Bagaimana kamu tahu itu nabi?
Kamu yakin itu Umar?
Apa yang membenarkan kenyataan kamu?
Boleh kamu lakarkan rupa nabi dan Umar menerusi potret?

Hanya kerana kita rasa kita mimpi bertemu nabi belum tentu itu nabi yang kita benar2 temui dalam mimpi.

Kalau semua yang bermimpi tentang nabi, lakarkan potret nabi menerusi sebuah lukisan, korang yakin tak bahawa lukisan2 tersebut akan memaparkan 1 wajah ataupun pelbagai wajah? Kan Mokthar kata KAMI. Yakni, lebih dari seorang mimpi bertemu nabi tue. Bukan orang lain. Sekitar kawan2 dia dalam kem juga tue.

Hehe.

Sebab tu tak payah la share cerita2 macam neh. Dari elok2 nak dapatkan respon positif alih2 dapat respon negatif saja. Buat apa.

Selalunya yang berkongsikan mimpi nabi selalu dikaitkan dengan elemen mencari simpati dan sokongan. Dan dia fikir orang akan fikir dia berada di landasan yang benar. Almaklumla. Mimpi nabi dah beberapa kali. Mimpi Umar je dah berpuluh2 kali. Kalau dia bukan orang yang benar pasai apa nabi dan Umar nak masuk dalam mimpi dia. Betul tak?

Tapi taktik macam tue tak berjaya pula pada zaman di mana masyarakat mula membaca dan mencari ilmu di mana-mana. Ini bukan zaman kegelapan agama. Yang mana agamawan menguasai dunia dengan cara memperbodohkan manusia. Mokthar Senik tue sudah la duduk dalam organisasi PAS. AJK lagi tue. Ingatkan nak bahas masalah rakyat bagi meningkatkan prestasi PAS. Rupa2nya bagi tambah buruk lagi ada. Well done saja la.

KAH KAH KAH

Rabu, 24 Jun 2015

Isu MARA - Najib Akhirnya Kantoikan Dirinya Sendiri - Najib Perlu Didakwa Kerana Bersikap Cuai Membelanjakan Wang Pembayar Cukai.

Janji Najib ;


Hal yang terbongkar ;


Korang faham tak cerita dia neh macam mana?

- Pada tahun 2012, MARA buat keputusan untuk membeli sebuah blok appartment di Australia.

- Kertas kerja dan segala dokumentasi dibuat bagi membawa keputusan tersebut ke mesyuarat dan kelulusan dari pihak atasan.

- Selepas melalui proses semakan, akhirnya ianya diluluskan oleh Najib selaku pengerusi. Najib meluluskan pembelian tersebut selepas semakan dan perbincangan.

Nampak?

Kertas kerja untuk beli blok appartment dah sampai ke pengetahuan Najib. Kepala hotak dia dah semak dokumentasi yang sepatutnya dia semak.

Kenapa ketika dia menyemak dokumentasi tersebut dia tak melakukan proses pengesahan?

MARA bagi kertas kerja dengan harga sekian2. Macam mana dia nak tahu apa yang disebutkan oleh MARA itu benar dan betul? Sebagai PM takan otak dia tak boleh fikir nak minta pandangan kedua atau lakukan semakan (pemantauan) samada harga yang dinyatakan itu benar2 harga pasaran ataupun lebih mahal dari harga pasaran? 

Ini bukan kita cerita pasal seringgit dua ringgit. Ini kita cerita tentang 65 juta ringgit. Semua tue duit pembayar cukai.

65 juta ringgit, Najib semak dokumentasi then terus lulus? Betul ke tak betul cara dia tue? Nampak sangat dia sebagai pengerusi telah melakukan kecuaian dalam kerja. Bukan hanya pihak2 yang terlibat dalam penyelewengan tersebut je perlu disiasat bahkan dia selaku pengerusi sendiri perlu bertanggungjawab disebabkan cuai. Kalau dia tak luluskan, boleh ke 65 juta keluar dari kementerian untuk beli blok appartment tersebut. 

Nampak?

Nampakk?

Taktik Najib. Sekarang nak menutup kecuaian dia. Dia dok sibuk berjanji sakan nak siasat penyelewengan. Statement dia ;

Datuk Seri Najib Razak berkata laporan sebuah akhbar Australia semalam yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam kes salah laku pembelian hartanah A$22.5 juta (RM65.2 juta) di Melbourne akan disiasat.

"Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil," kata Najib dalam kiriman Facebook malam semalam. -TMI.

Bukan seandainya tetapi sememangnya berlaku penyelewengan apabila appartment dibeli melebihi dari harga pasaran. Dan jangan tutup cerita setakat itu. Berlaku juga pengaliran wang dari Aussie ke Malaysia. Yang mana duit lebihan yang digunakan untuk bayar appartment tersebut dipindahkan ke Malaysia. Ini dah terbukti berlakunya penyelewengan. Tak perlu guna perkataan SEANDAINYA la.


Yang aku pelik. Kenapa Najib tak pinpoint kesalahan dia sendiri? Dia kan pengerusi yang luluskan pembelian tersebut? Takan dia terlupa peranan dia? 

Hanya ada 2 penyebab kepada berlakunya penyelewengan di atas. Tak kisah la mana satu sekalipun. Yang penting kedua2nya mencalarkan reputasi Najib sebagai perdana menteri.

Yang pertama. 

Jika Najib hanya berperanan meluluskan pembelian, dia sendiri perlu disiasat dan didakwa kerana bersikap cuai dan sambil lewa dalam menyemak urusniaga tersebut. Selaku PM, takan la dia tak boleh berfikir bahawa setiap urusniaga perlu disemak secara teliti terlebih dahulu sebelum tiba ke proses kelulusan. Jika semakan dilakukan mesti boleh kesan punya bahawa harga aset yang mahu dibeli MARA ialah melebihi dari harga pasaran. Yakni boleh selamatkan 13.7 juta ringgit dari diselewengkan.

Yang kedua. 

Boleh jadi peranan Najib bukan sekadar pelulus cadangan. Siapa tahu kecuaian itu disengajakan dengan niat mendapat manfaat? Kau tahu? Aku pun tatau. Tetapi belum tentu perkara ini tidak boleh berlaku. 13.7 juta. Bukan kecik anak punya duit. Macam2 boleh buat kalau dibahagi sama rata kepada 4,5 orang kepala besar wo. Lue fikirlah sendiri.

Pokoknya. Yang pertama dah confirm. Yang kedua boleh jadi jika siasatan dilakukan. Secara telus dan tanpa halangan. Media Aussie pun hanya berani petik 'pegawai tertinggi Malaysia'. Tak berani dia sebut nama. Kenapa pula? 

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Selasa, 23 Jun 2015

Azli Taliban Nafi Kata 'Keluar PAS Jatuh Kafir' - Penyebar Akan Dikenakan Tindakan Saman.

Dalam satu tazkirah sempena kedatangan ramadhan, ustaz Nor Azli atau lebih dikenali sebagai Azli Taliban dikatakan mengeluarkan satu ayat yang berbunyi begini ;



Bunga-bunga ceramah pula ;



Yakni, ada ayat-ayat di atas disebutkan oleh Azli Taliban sehingga memaksa sesetengah dari mereka menyangka bahawa dikatakan 'keluar PAS, keluar Islam.

Azli Taliban ada mengakui dia mengeluarkan kenyataan, 'keluar jemaah Islam, tercabut Islam dilehernya'.

Rujuk ;



Kalau pun dia tak merujuk kepada PAS sekalipun, adakah bermaksud jika kita keluar dari mana-mana jemaah Islam, kita sudah menjadi kafir?

Jemaah Islam bermaksud kumpulan2 yang berpaksikan kepada Islam sebagai asas perjuangan/parti/idelogism.

Jadi, adakah bermaksud jika kita keluar dari jemaah2 berkenaan, kita sudah tidak Islam lagi? Sedang kita hanya keluar dari jemaah/kumpulan, bukan bermaksud keluar dari agama?

Hadis (dikatakan hadis) itu sendiri perlu diperjelaskan selanjutnya. 

Cuba dengar ceramah MAZA neh kejap ;


 
MAZA kata jangan baca satu je hadis. Kena baca rangkaian keseluruhan hadis. 

Dalam perkembangan terkini, Azli Taliban dikatakan akan menyaman pihak2 yang menyebarkan keterangan kononnya dia sebut keluar jemaah Islam (PAS), keluar dari Islam.

Tengok ;


Takpe. Tunggu la kes di mahkamah. Yang neh aku taknak campur tetapi aku ada sebab kenapa aku rasa point Syihan itu tepat dan benar.

Aku pernah dengar ceramah Azli Taliban 2 kali semasa tahun 2008 - 2009. Aku tak suka. Sangat tak suka. Start tue memang jangan harap la aku nak dengar ceramah dia. Aku tak faham dia berceramah nak tarik orang ke arah Islam dan PAS ke atau ke arah nak bagi tambah benci pada PAS ke macam mana?

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku agak menyakini point Syihan.
Sapa pernah dengar dia berceramah especially bila dah campuraduk dengan unsur2 politicsm boleh sahkan pengalaman aku neh benar atau tidak.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Isnin, 22 Jun 2015

Kerana Skirt Atas Lutut, Wartawan NST Dilarang Masuk Ke Agensi Kerajaan - Giliran Azmin Pula Kena Kutuk.

Pertama kali boleh dimaafkan. Kerana kita tidak tahu. Macam kes yang berlaku dengan JPJ tue. Tapi kalau kali kedua kita ulang, bukan kah nampak macam kita sengaja mencari pasal?

Tadi MP Klang sebarkan satu posting ;


Ada sesuatu yang tidak kena dengan penyebaran di atas. Sangat tidak kena kalau bacaan aku ialah propaganda politik.

Charles Santiago ialah MP Klang yang mewakili kerusi DAP di Selangor.

Satu persatu.

1. Kita dah belajar tentang dress code di agensi kerajaan.

2. Semua pakaian haruslah dibawah lutut. Atas lutut adalah tidak dibolehkan sama sekali.

3. Ya, pada aku ianya memang sopan. Penglihatan aku tak nampak mereka seksi. Tetapi dah protokolnya begitu, perlu juga kita terima.

4. Kalaupun kita memakai skirt di bawah lutut, bagaimana itu menjejaskan hidup kita?

5. So benda neh takde effect pun. Ia tak menjejaskan atau menyusahkan hidup kita. Bukan kita dalam kerugian.

6. Kita hormat je la dah mereka buat peraturan begitu. Tambahan pula kita yang nak masuk ke tempat tersebut.

Aku rasa sangat pelik bila wartawan NST itu sendiri tidak memahami etika pemakaian ketika berada di agensi kerajaan. Bukan sehari dua jadi wartawan. Unless, ada sesuatu 'ikatan' disitu. Dan aku bertambah pelik bila MP seperti Charles seakan lupa yang kerajaan negeri di Selangor itu ialah PR. Yakni, sepatutnya orang yang bersama PR, dia boleh memilih pendekatan bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut dulu dari SUK sebelum merepek di facebook. Dia, at least orang yang mempunyai link untuk melakukan hal sedemikian berbanding kita orang biasa. Betul tak?

Baru2 neh aku terbaca di media, yang mana DAP menekan pentadbiran Azmin Ali berkaitan pendiriannya dengan PAS. Dan DAP juga diperlihatkan 'lantang' mengkritik dan menafikan point Azmin Ali bahawa Pakatan Rakyat boleh diselamatkan.

Dalam krisis Khalid Ibrahim dulu, aku belajar satu benda.
Untuk mereka paksa Khalid berundur, perlu mereka jejaskan imej Khalid.
Jadi babak dicipta. Supaya rakyat terpedaya. Lalu mereka pun bersetuju dengan sentimen undur Khalid. Yakni, Khalid akan merasa tertekan jika sokongan rakyat berkurangannya terhadapnya.

Jadi bacaan aku, tak mudah juga untuk aku memperlihatkan insiden di atas seperti KEBETULAN.

Jika ianya satu bentuk tekanan ke atas Azmin untuk dia tidak berkompromi kepada PAS, aku kira DAP juga akan gagal dalam pencaturannya.

Sebab apa yang akan berlaku nantinya ialah krisis tersebut akan menjadi krisis perkauman. Di mana non muslim dan muslim akan melebarkan jurang kebencian dan ketidaktolenrasian di antara satu sama lain.

Jangan gunakan sentimen bangsa dan agama dalam mendapatkan apa yang kita hajatkan dalam mencapai kuasa politik. Sudah-sudah la tue.

Kbai.

Sabtu, 20 Jun 2015

Pemikiran Pimpinan PAS Masa Kini Sangat Membahayakan Negara - Mat Sabu


Mat Sabu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu siri wawancara bersama wartawan The Malaysian Insider. Dalam wawancara tersebut dilaporkan Mat Sabu berkata PAS kini (pemimpin2 PAS yang dipilih melalui sesi muktamar 2015 - 2017) mula mengamalkan prinsip 'kuku besi' di mana akan menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan konsep kepimpinan islamik (ala PAS).

Dan tindakan itu akan memudaratkan kelangsungan parti dan juga memberikan impak negatif kepada negara. Ikut artikel penuh seperti yang tersiar menerusi The Malaysian Insider ;

Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.
PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

 “Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.


“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.


“Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga,” katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

“Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

“Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal,” katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

“Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini,” kata Mat Sabu.
Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

“Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil,” katanya.


Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

“Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

“Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya,” katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan “PAS untuk semua” yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

“PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.

“Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS),” katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

“Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka,” katanya.

Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.

“Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

“Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka,” katanya.

Kronologi Penipuan PAS Dan Bagaimana PAS Ditipu UMNO Dalam Isu Hudud.

Orang PAS akan marah tetapi perlu juga mereka terima hakikat. Masyarakat menilai tindak tanduk mereka khususnya penyokong-penyokong setia. Yang mahu melihat PAS menjadi sebuah parti politik yang berjaya. Unless PAS merasakan levelnya sudah cukup sekadar menjadi pembangkang untuk selama-lamanya maka boleh la teruskan buat kerja gila.

Selepas Kajang Movie PAS seakan marah. Aku memahami kemarahan PAS. Kerana aku juga marah. Memang aku terasa dipermainkan dan diperbodohkan PKR khususnya Rafizi dalam percaturannya nak menukar MB. Konon atas nama nak menawan Putrajaya. Padahal ada konflik peribadi dengan Khalid.

Khalid keras kepala dan itulah sebab sebenar. Dalam erti kata lain, dia bukan boneka dan 'bukan boneka' itulah yang menyebabkan PKR jadi tak keruan dengan prestasi Khalid.

PKR berjaya mencapai persefahaman dengan DAP tetapi tidak dengan PAS. Atas sebab apa PAS enggan tukar MB itu aku tak dapat nak huraikan. Maklumat bercampur baur dan aku sendiri keliru. Jika diperhatikan apa yang tersebar, ada sampai satu peringkat, PAS sendiri pun mahu MB ditukar. Sebelum kecoh2 isu Kajang Movie. Maybe selepas itu PAS sudah mencapai persefahaman dengan Khalid yang membuatkan PAS akhirnya menukar keputusan awal.

Tetapi cukup jelas bahawa isu hudud mula jadi besar dan millage politik kepada PAS untuk menekan DAP dan memberikan kesan kepada PKR selepas berlakunya episode Kajang Movie.

Bukan aku tak percaya kepada perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud tetapi aku meragui kemampuan mereka untuk melaksanakan hudud. Pada aku, isu hudud neh macam kita masuk pertandingan berlari. Sebelum kita boleh masuk bertanding, kita kena persiapkan diri kita dengan latihan. Selain fizikal dan emosi, kita perlu juga outfit yang bersesuaian dengan pertandingan tersebut. Perlu juga kita kenalpasti track yang bakal menjadi tempat kita bertanding dan mengkaji kelemahan dan kelebihan calon2 peserta yang bakal bertanding dengan kita. Sebagai sebuah persediaan agar bila kita masuk bertanding nanti peluang kita menang adalah tinggi.

So, isu hudud pun begitu pada aku.

Perlu PAS secara organisasi dan Kelantan secara negeri mempersiapkan diri ke arah pelaksanaan hudud.

Forum, iklan dan program sudah tidak cukup lagi.

PAS kena selesaikan masalah kemiskinan dan berbangkit di Kelantan bagi membuktikan keupayaan mereka.

Dalam masa yang sama bersedia dengan latihan. Unit amal tue boleh dijadikan sebagai subjek. Anggap mereka 'polis'. Latih mereka bagaimanakah polis dalam undang2 Islam akan memainkan peranan dalam menegakkan sistem keadilan. 

Buat satu muzium atau tapak yang mengkaji dan menghebahkan kebaikan undang2 Islam kepada manusia.

Biar orang luar masuk, baca, kaji, faham. At least PAS dapat jana pendapatan dari segi pelancongan dan dalam masa yang sama menyebarkan ilmu.

Persediaan PAS ke arah hudud dari segi tindakan tidak la sehebat sepertimana mereka sembang kencang.

Aku cakap macam neh sebab apa? Bila aku tanya orang2 PAS sendiri tentang hudud. Hampeh. Ada yang tak faham. Hanya bagi point2 begini. Ulama pewaris nabi. Hudud undang2 Islam. Jangan banyak soal. Ikut aje benda ada dalam Quran.

Nampak tak permainan ahli2 PAS kat sini?
Mereka tak boleh jawab lalu mereka guna ayat 'playsafe' untuk tutup kelemahan mereka.

Kita tatau, takpe. Kita boleh cakap kita tatau. Jangan takut.

Aku pun tatau banyak pasal undang2 Islam.
Sebab tatau la aku bertanya.

Tetapi sesetengahnya ahli2 PAS ini sampai ada yang menafikan pertanyaan.
Sangkaan mereka, tanya itu bermaksud kita melawan.
Bukan sebab kita nak faham apa yang PAS perjuangkan.
Atau lebih cerdik mereka fikir kita neh mesti tahu semua perkara.
Gagal mengetahui semua maka kita bukan umat Islam.
Padahal mereka pun tatau juga.

Macam mana?
Bukan semua ahli2 PAS itu sendiri memahami apa yang PAS mahu dalam subjek pelaksanaan hudud. 

Kita tahu PAS nak laksanakan hudud.
Tetapi kita tatau macam mana mereka nak realisasikan apa yang mereka nak tue. At least kena la ada strategi dan taktikal. Takan main angan2 aje. Pelan mesti mao ada. Tersusun dan terancang. Bukan buat tindakan macam takde arah tujuan.

Benda neh PAS gagal. Selain soal kelayakan, kecekapan, amanah dan intergriti. 

Ibarat macam, Firaun nak laksanakan hudud.

Semua benda salah dibetulkan hanya kerana Firaun nak laksanakan hudud.

Sebab tue perlu aku sebut. Aku meragui PAS. Kemampuan mereka tak menyakinkan dan mereka taknak pula mengakui mereka ada kelemahan. Sampai satu tahap menafikan kritikan hanya semata2 mereka fikir mereka dah cukup benar bila 'aku kata aku nak buat hudud. Esok semua masalah settle. Hudud tertegak sendiri'.

Kronologi permainan PAS tentang hudud bermula selepas insiden Kajang Movie.

1. Sebelum PRU ke 13, PAS sendiri sebut, hudud itu percentage kecik je dalam Islam. Basmi kemiskinan itu lebih penting. Gaji minima dan sebagainya.

2. Tetapi selepas marah dengan PKR dan DAP dalam insiden Kajang Movie dek emosi, mereka kompang isu hudud 24 jam bagi mengapi2kan situasi.

3. Macam mana la orang tak boleh detect permainan PAS kat situ?

4. Masalah kemiskinan masih ada. Masalah air bersih, jalanraya, kini isu banjir dan rumah mangsa banjir pun tak settle2 lagi. Itu tak citer bab penawaran kerja di Kelantan. Aku dapat tahu ada yang kata Nasrudin menipu bila kata kerajaan negeri dah bina 700 buah rumah di Kelantan. Mana taknya. Kerja2 NGO pun dia claim kredit kat kerajaan negeri. Itu gosip2 yang aku baca di FB la. Tapi macam aku sebut tadi la. Sedang yang asas pun PAS masih merangkak2 membina macam mana kau nak menyakini parti itu melaksanakan hudud.

5. Yang lebih teruk, punya la bersepah2 masalah rakyat tertindas di merata ceruk Malaysia, isu hudud gak yang PAS gaduhkan dengan DAP sampai tenggelam isu2 nasional.

6. Masalah depan mata neh dah kita nampak. Bukan itu yang nak dipedulikan. Sibuk pula mencipta propaganda.

7. Mungkin nak balas dendam dan lepas geram. 

8. Jadi macam mana kita nak sokong? Bila isu hudud dipropagandakan bagi mencapai millage politik? Sedangkan niat asalnya nak melaksanakan, tetapi kini bertukar menjadi propaganda bagi melampiaskan rasa marah terhadap pihak tertentu dalam PR.

Aku perhatikan perangai sesetengah pimpinan PAS dari hari ke hari bulan ke bulan sampai masuk tahun baru dan akhirnya aku menyimpulkan satu keadaan. Sesetengahnya dari mereka sebenarnya menipu penyokong2 je. Kesian la sapa yang terpedaya. Hari terakhir persidangan parlimen dah memuktamadkan pemerhatian aku.

Dan bagaimana pula PAS ditipu dan dipermainkan UMNO?

1. PAS mahu sangka baik pada UMNO dalam isu pelaksanaan hudud.

2. Aku takde masalah dengan tindakan tersebut. Jika benar UMNO nak menyokong.

3. Tetapi kita semua sedar bahawa UMNO takan sokong.

4. Tak payah pergi jauh. Royalti ada dia bagi? Lebuhraya ada dia bina? Semua pimpinan2 PAS yang diboikot berceramah, diban dari muncul di kaca tv, didakwa dan sebagainya, ada dirunding untuk melepaskan mereka? Bukan kah tindakan itu semua dikenakan atas nama 'politik'? Bukannya pemimpin2 PAS neh p membunuh. Tetapi ada ke UMNO selaku kerajaan mahu mengambil satu alternatif atau pendekatan membetulkan kesilapan tersebut? Takde.

5. Jadi kita tahu la yang UMNO menipu. Dia memang tak ikhlas. Bukan macam yang Nik Amar sebut.


Apa neh brada? Apa neh brada? UMNO tue memang tak ikhlas bukan kira awal ke tak awal ke. Aku neh lagi ikhlas bila cakap UMNO tue tak ikhlas.

6. Usul berkenaan hudud dibawa ke parlimen oleh Marang (Hadi Awang) untuk dibahaskan. Usul berkenaan gagal dibentang pada sesi persidangan lepas dan sesi persidangan yang baru berlalu. Itu satu.

7. Yang kedua. Sudah la usul itu dibawa oleh Hadi Awang. Tapi batang hidungnya pun takde kat parlimen. Macam mana neh? Kita nak hudud. Hudud itu adil. Tapi pemimpin yang tinggal tanggungjawab itu adil ke? Jangan cakap bab dia buat dua, tiga kerja la. Buat kerja kena amanah tak kira la satu ke dua ke apa ke. Kalau ada banyak tanggungjawab tapi tak amanah buat apa. Pilihla yang mana mendekati kemampuan dia dan tinggalkan jawatan yang dia tak mampu pikul lagi. Kita cakap tentang sistem perundangan Islam membentuk keadilan. Tetapi diri kita sendiri tak bersikap adil pada pengundi2 kita. Adakah semua masalah penduduk Marang dah selesai?

8. Usul berkenaan bukan la apa2 sangat. Ia untuk beri kuasa lebih kepada mahkamah syariah. Supaya mahkamah syariah boleh menambahkan jumlah hukuman rotan kepada pesalah zina which is aku bersetuju juga. Tindakan keras kepada pelaku zina itu perlu. Denda 'duit' tak relevan. Buang bayi satu hal. Tapi perzinaan itu dah semacam jadi budaya pula pada zaman sekarang. Tak cool la kalau kita tak berzina. Konon-konon.

9. Tapi tuan punya usul tak hadir parlimen. Dan speaker pun letak usul di hujung2. Macam taknak bagi bahas pun ada.

10. Rupa2nya terbongkar juga wajah sebenar kerajaan bila Mahfuz provoke speaker semalam. Mahfuz tanya kenapa letak usul bab EKJS 2 kat hujung2. Kejap ada kejap takde. Speaker sound Mahfuz. Dia kata kah dah bagitau ari tue kat Marang, Kota Bharu dan Pokok Sena. Dalam bilik dia. Kita akan beri laluan kepada usul yang mendapat sokongan kerajaan. 

11. Konon nak malukan Mahfuz. Padahal Mahfuz provoke je. Dengan niat speaker akhirnya mengakui secara tak langsung yang kerajaan tak bagi laluan kepada Marang untuk bentang usul berkaitan EKJS II. 

12. Kat situ nampak macam Mahfuz tembak kerajaan. Padahal apa dia? Mahfuz pukul UMNO untuk sindir PAS.

13. Terang2 la dia nak khabar. PAS sudah kena tipu dengan UMNO dalam isu hudud. Booooooo.

14. Tapi yang nak melaksana dan beria2 gaduh bagai di media pun tak bersuara back up Mahfuz. Geng2 ustaz takde ke dalam parlimen time tue?

15. Dan aku pelik juga. Bila tengok jadual usul. Pada awalnya usul Marang takde. Then lepas Marang kena provoke bagai di laman sosial sebab ponteng monteng, dan2 usul Marang dimasukkan dalam jadual pada hari keesokannya. Tapi masuk pun tak guna der. Tuan punya badan pun sedap ponteng derrrrr. Lue kritik pun tak guna. Lue juga yang salah. Sapa suruh lue bukan ulama. OooOoOoo.

Aku taknak tuduh2. Sebab aku menyakini PAS takan bersatu dengan UMNO dalam bentuk 'fizikal'. Kalau bentuk persefahaman atas perkara2 tertentu mungkin la. Tapi aku harap biarlah ia atas perkara yang memanfaatkan rakyat bukan sebab nak menyelamatkan riwayat UMNO sebab sejarah membuktikan setiap kali UMNO lemas terkapai2, dia cari PAS dan minta tolong dan setiap kali itulah PAS akan sentiasa beri pertolongan sebab tak reti nak baca strategi politik UMNO. Dan akhirnya, PAS kena tikam dan menjadi lemah semula. Sejarah ada. Belajar la agar tak berulang.

16. Dan tadi. 


Kalau diberi peluang untuk dibentang pun tak guna. Sebab situasi ini akan berlaku ;

- Majoriti MP UMNO takan hadir atas alasan ada urusan.

- Maka mereka takan dipersalahkan sebab tak sokong.

Dalam erti kata lain, tak guna kau tunggu bulan 10 ke 11 ke tahun depan ke apa ke UMNO takan sokong pindaan tersebut. Kau gila apa nak sebat pesalah zina. Kau ingat pemain2 zina sekadar budak2 sekolah aje ke?

17. Dan ini pula ;


Terang lagi bersuluh. UMNO mempermainkan PAS. Bukan persepsi, tuduhan atau spekulasi. Ianya kenyataan dan hakikat. Nak tahu kenapa?

Lihat ayat penuh berita di atas ;

Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata,  berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan  kerajaan  akan membenarkan  usul itu  dibentangkan. 

“Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga. 


“Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini  akan diguna pakai untuk seluruh negara, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Sumber.

Persidangan dah berakhir. Usul tak berjaya dibahas dengan Marang pun ponteng parlimen. 

Nampak tak?

Yang aku pelik.

PAS menyakinkan dirinya bahawa BN tak mempermainkan mereka. 

Maksudnya PAS sedang menyakinkan dirinya bahawa UMNO itu boleh diharap.

Dan aku kehilangan kata-kata.

PAS, selamat maju jaya.

Nak percaya pada UMNO? Sila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...