Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Julai 2015

Pendedahan Mesti Baca - Dana 1MDB Dimasukkan Ke Dalam Acc Bank Peribadi Najib Dedah SR - 1MDB Nafi.

Hmm.

Pendedahan yang lebih dasat dari SR.

Berikut dipaparkan point2 SR ;

1. Para penyiasat skandal 1MDB telah menemui beberapa bukti lagi yang mengaitkan peranan Najib Razak dalam isu 1MDB.

2. Beberapa siri pindahan wang yang melibatkan dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam acc bank peribadi Najib di Malaysia. Transaksi itu melibatkan 42 juta ringgit, satu dana yang menyamai dengan jumlah pelaburan 1MDB.

3. Pindahan wang itu datang dari SRC International dan melalui beberapa frasa traksaksi sebelum dimasukkan ke dalam account bank peribadi Najib di Ambank.

4. Bahkan sejumlah wang juga dimasukkan ke dalam account yang sama sebelum PRU menjelang tiba. Transaksi itu pula melibatkan wang sebanyak 2.6 billion ringgit.

5. Sebelum itu berlaku satu perjanjian perniagaan antara Malaysia dan syarikat yang berpengkalan di Abu Dhabi. Perjanjian itu dinamakan sebagai 'perkongsian strategik' dan dimeterai pada 12 March 2013.

6. Ia sebahagian dari proses untuk membangunkan dan melibatkan diri dalam projek Tun Razak Exchange.

7. Kemudiannya, bank di Singapura, Swiss Falcon memindahkan sejumlah wang (2.6b) dari account syarikat Abu Dhabi (selepas perjanjian dimeterai) ke dalam account bank Najib Razak.

8. SR juga mendedahkan, selepas urusniaga tersebut, tiada apa2 lagi penglibatan syarikat berkenaan dalam projek Tun Razak Exchange.

9. Tambah SR lagi, wang yang dipindahkan oleh SRC ke dalam account peribadi Najib dipercayai ada kaitan dengan KWAP, pelaburan untuk dana pencen, iaitu wang milik orang ramai. Pada tahun 2011, SRC meminjam 4b dari KWAP dan sejak itu pinjaman berkenaan menjadi kontroversi kerana gagal dibayar semula kepada KWAP.

10. SRC suatu ketika dahulunya diketuai oleh individu yang berkait rapat dengan Jho Low iaitu Nik Faisal Ariff Kamil. 

Lihat gambar ;



11. Namun peranan Nik dikurangkan apabila namanya sering menjadi sasaran dan dikaitkan sebagai individu yang mempunyai maklumat berkaitan pelaburan 1MDB bersama PetroSaudi dan SRC. 

12. Berikut ialah beberapa siri transaksi kewangan yang masuk ke dalam account peribadi Najib seperti yang disediakan oleh SR ;





Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

13. Menurut SR lagi, Nik juga mempunyai akses ke atas account peribadi Najib (individu yang boleh mengeluarkan wang) berdasarkan maklumat yang diterima mereka. Yakni penglibatan Nik bukan setakat individu yang pernah mengetuai SRC semata2 bahkan sangat dipercayai Najib Razak.

14. Sebelum ini kementerian kewangan pernah mengumumkan mengambilalih operasi SRC selepas dipalit kontroversi dan kegagalan dalam pelaburan dan pembayaran hutang.

15. Pendedahan oleh SR mengundang satu lagi episode kontroversi yang membabitkan 1MDB selepas penahanan JUSTO yang diragui. Untuk rekod, SR mengakui telah menyemak dan melihat sendiri transaksi demi transaksi yang dilakukan ke dalam account Najib Razak, yakni memiliki bukti konkrit. Pendedahan yang sama turut dilakukan oleh The Wall Street Journal (WSJ) yang berpengkalan di America.

16. 1MDB dalam perkembangan yang berkaitan menafikan semua laporan SR dan WSJ dan menolak kenyataan bahawa Najib terlibat dalam pendedahan yang dimaksudkan.

17. SR bagaimanapun stay firm dengan pendedahan tersebut dan mempersoalkan kenapa wang2 pelaburan 1MDB dimasukkan ke dalam account bank peribadi Najib Razak?

Untuk rekod, pengguna media sosial kini mula memperkatakan tentang kematian pegawai tinggi dalam Ambank beberapa tahun lepas.

Huhu. 

Spekulasi dan persepsi kini tersebar.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...