Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Julai 2015

Kerana Salahkan Mahathir Dalam Skandal Terbaru, Najib Dikutuk KAW2 Di Laman Sosial - Najib Mahu Saman WSJ, WSJ Pertahankan Dakwaan.

Semalam, kecoh.

Ada dua cerita. Pertama mengenai Najib. Kedua, mengenai Rosmah. Tapi part Rosmah kita tulis lain. Kita buka cerita tentang Najib dulu.

SR dan WSJ mendedahkan bahawa sejumlah wang pembayar cukai bertujuan pelaburan luar negara dimasukkan ke dalam account bank Najib. Acc bank peribadi. Cawangan Ambank. No account bank pun ada sekali. Semua complete.

Wang tersebut dipindah mengikut patern tertentu sebelum dimasukkan ke dalam account bank Najib.

WSJ dan SR tak dedahkan sumber dan bukti dokumentasi (setakat ini la) tetapi penulisan mereka viral dan mendapat perhatian pembaca khususnya rakyat Malaysia. 

Kenapa rakyat Malaysia lebih selesa mempercayai pendedahan tersebut tanpa meneliti semua bukti2 yang ada? 

Jawapannya mudah. Kredibliti Najib sudah lama tercalar. Apabila seseorang yang dianggap jahat oleh rakyat Malaysia, dikatakan melakukan kejahatan lagi, sudah tentu la secara automatik mereka mempercayai sebaran berkenaan kerana dalam mindset mereka, orang yang dikatakan melakukan kejahatan itu ialah jahat, jadi nak tunggu bukti apa lagi sebab dia tue memang jahat. Lainla kalau orang yang dituduh melakukan kejahatan itu orang baik, sudah tentu la mereka akan bersangka baik dan menunggu bukti lanjut sebelum bersedia dengan persepsi seterusnya.

Susulan dari pendedahan tersebut, Najib tampil menafikan dakwaan. Selepas PMO menafi, 1MDB menafi, Najib mengambil pendekatan yang serupa di laman FB. Dia menafikan semua tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atasnya dan membuat perakuan bahawa akan menggunakan tindakan undang2 ke atas pihak2 yang menuduh dia tanpa mengemukakan sebarang bukti konkrit.

Ketika menafikan tuduhan, Najib menyelit nama Mahathir. Apa yang Najib cuba bayangkan ialah, Mahathir ialah tangan ghaib dibalik tuduhan yang berlaku.

Berikut apa yang Najib sebut di media sosial ;


Mahathir dibayangkan ;

1. Bertindak kerana Najib enggan menurut kehendaknya dalam soal pentadbiran negara

2. Berpakat dengan pihak tertentu bagi sabotaj pentadbiran Najib

3. Seterusnya akan terus mendesak agar Najib berundur dari jawatan meskipun dilantik secara demokrasi.

Tindakan tidak cerdik Najib ini akhirnya memakan diri. 

Kenapa?

Walaupun yang SHARE sudah memasuki 2,000 ++ tetapi lebih ramai yang SHARE dengan niat MENGUTUK TINDAKAN NAJIB mengheret Mahathir dalam skandal terbarunya.

Seperti yang kita sedia maklum. Sejak kebelakangan ini, tv3 dan media arus perdana digunakan untuk mengkritik dan mencalar imej Mahathir. Kejap2 kutuk pasal PROTON. Kejap2 kutuk pasal kroni2 yang berkaitan Mahathir. Dan setiap kali Najib atau pentadbiran BN dipalitkan skandal, modal mereka hanya menyalahkan Mahathir itu Mahathir ini. Berbanding memberikan jawapan solid atas dakwaan yang timbul, mereka lebih selesa menyalahkan Mahathir atas segala2nya. 

Perkara yang sama turut berlaku dalam penafian terbaru Najib.
Mahathir sekali lagi diheret dalam penafian tersebut.
Najib bukan sahaja gagal memberikan jawapan yang menyakinkan bahkan menyalahkan Mahathir disebalik dakwaan. Susulan dari kenyataan itu, 95% komen di FB Najib sejak semalam hanyalah berbaur kutukan, kritikan, makian, hinaan, cercaan dan ejekan terhadap pentadbiran Najib Razak.

Bukan 10%.
Bukan 50%.
Tetapi 95% dari komen2 yang ada.


 
Setakat ini komen hampir mendekati ke angka 8,000. Dan 5% yang memuji pentadbiran Najib pula hanya datang dari seorang dua individu yang sama di mana 2.5% komen datang dari Hamidah Abdullah.

Tak henti2 la dia dok ulang2.

I love PM.
Sayangi pemimpin.
Hormati pemimpin kita.
Blablablabla. Macam orang kena sawan jek aku tengok sorang2 kat situ. Semua malas layan dia. Sambung kutuk Najib lagi best kot.

KAH KAH KAH

Konklusinya, rakyat tak percaya pada apa jua penjelasan Najib. 
Dan rakyat bertambah meluat jika Najib berterusan alih kesalahan ke atas bahu Mahathir.
Patern ini cukup dibenci rakyat kerana Anwar turut mendapat simpati marhaen apabila BN pernah bersikap mengalih semua kesalahan ke atas bahunya suatu ketika dahulu. Seperti tidak belajar dari sejarah, BN mengulang keadaan yang sama. 

Perlu Najib jawab kepada tuduhan.
Jika saman itu caranya, sila saman. Dan memang itu yang Najib mahu lakukan.
Tetapi WSJ dalam kenyataan terbaru mempertahankan dakwaannya.

Kata WSJ ;

1. Sumber kami kukuh, laporan kami benar.
2. Hasil siasatan kami menunjukkan wang2 itu semua berakhir di dalam acc bank Najib.
3. 5 deposit berasingan dengan nilai setinggi USD 700 juta.
4. Kesemuanya dipindahkan ke acc Najib.
5. Kami ada dokumen yang diperlukan.
6. Kami mempertahankan dakwaan.
7. Pentadbiran Najib tidak menjawab kepada persoalan yang timbul, iaitu kenapa wang2 itu semua berakhir di acc peribadi Najib sebaliknya menuduh musuh politik mencipta cerita.
8. Penafian hanya berkisar Najib tidak mengguna sebarang dana kerajaan untuk tujuan peribadi.

Yes. Penafian Najib agak fishy.

- Dia tak nafikan no acc bank. Boleh aku assume itu memang no acc bank dia yang tersebar?

- Najib tak menafikan jumlah wang yang dilaporkan SR dan WSJ. Boleh aku assume jumlah itu benar?

- Najib tak menafikan bahawa ada pihak kedua berhak urus acc bank dia. Boleh aku assume Nik memang individu bertanggungjawab untuk incharge acc bank dia?

Bila aku berfikir secara teliti. Mustahil juga untuk Najib bersikap cuai. Ini acc bank dia, atas nama dia, yang mana anytime boleh track asal kita duduk dalam perbankan.

Mustahil untuk Najib tidak aware akan situasi tersebut.

Jadi, jika dikatakan ada yang betray Najib untuk dedah maklumat tersebut, bagaimana?

Di sekeliling Najib, bukan semuanya setia di belakangnya juga.

Maklumat macam neh orang luar takan boleh tahu melainkan pihak yang terlibat dalam transaksi dan pihak yang duduk dalam perbankan tersebut.

Jika aku tak salah jangkaan, first, Najib akan kesan dulu siapa yang berperanan sabotaj dia dari dalam. Kedua, Najib akan menjejaki individu tersebut dan pastikan apa maklumat yang dia ada terlebih dahulu. Ketiga, Najib akan guna cara rundingan damai (wang) bagi counter persepsi secara baik dulu. Keempat, jika gagal, permainan yang lebih dasat akan berlaku sesama mereka. Kita akan mungkin dihidangkan dengan drama demi drama, babak demi babak, cerita demi cerita, yang mana kita sendiri pun akan terkeliru antara fakta dan auta.

Percayalah cakap aku. Ini hanya permulaan. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...