Rabu, 8 Julai 2015

Peguam UMNO Sindir Tindakan Peguam Najib - Menteri Kabinet Sokong Najib - Peguam Negara Nafi Account Bank Najib Dibeku.

Semalam TMI dan Malaysiakini ada melapor bahawa ;

1. Ada sumber dalaman yang mengetahui selok belok siasatan 1MDB mendedahkan bahawa 3 account bank Najib antara 6 account bank yang dibekukan berhubung siasatan dalam skandal 1MDB.

2. Laporan hanya memetik pengakuan sumber tetapi tidak menamakan sumber jauh sekali mengemukakan sebarang bukti.

3. Namun pada hari ini, peguam negara tampil menafikan bahawa 3 account bank Najib antara yang dibekukan.

4. Susah juga nak menolak dakwaan peguam negara apatah lagi yang menyebut account Najib dibekukan pun tak bagi bukti solid.

5. Sebenarnya. Jika dibaca laporan WSJ dan SR. Ada disebut account Najib (yang terlibat dalam skandal tersebut) telah ditutup.

6. So, nak beku macam mana bila dah ditutup?

7. Ditutup, dibekukan atau tidak dibekukan? Account bank mana yang mereka bahaskan disini?

8. Aku teliti pendedahan WSJ memang disebut ada 3 account Najib yang terlibat. Tetapi dalam pendedahan SR, juga menyebut selain dari Najib, ada pihak ketiga berhak mengakses account bank tersebut. Minta jangan tolak point neh.

Perbahasan susulan akan dilakukan selepas ini.

Terbaru juga. 

Menteri kabinet sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Najib Razak.


Point KJ simple.

Biar siasatan menentukan segalanya. Biar Najib dibuktikan bersalah sebelum nak jump to any conlusion. Selagi semuanya berdasarkan spekulasi atau chartflow (chartflow neh sapa2 pun boleh buat, agak2 la nak tuduh Najib guna chartflow) baik la ko, aku dan kita semua bertenang dulu.

Ini bukan cerita kecik anak.
Ini sampai dah guna peranan orang luar.

Apabila kita sesama kita berbalah, aku tak heran sangat. Sebab akhirnya diri kita juga yang menguntungkan atau merugikan diri kita. Kita terima kesan dari apa yang kita buat. Tetapi jika orang luar dilibatkan dalam perbalahan kita, aku ada pendapat yang berbeza. Perlu diperhalusi samada peranan orang luar ini nak tambah merosak atau nak membaikpulih keadaan kita. Jangan2 kita diguna sebagai alat mencapai sesuatu maksud bagi pihak tertentu. Skandal 1MDB dan tuduhan terbaru ke atas Najib telah mengacau ekonomi kita. Kedudukan ringgit sedia lemah disebabkan pentadbiran kita kini bertambah lemah dengan tuduhan terbaru. Tuduhan korupsi mencalar imej Najib dan negara di mata antarabangsa. Suka tak suka, kestabilan politik antara faktor yang membuatkan pelabur menyakini negara kita. Korupsi, suasana politik yang tak menentu, ditambah dengan pemimpin terlibat skandal, kau fikir pelabur suka kat negara macam neh?

Sebab tue aku fikir. Cara terbaik, tunggu ke mana penghujung siasatan ini.

Kita tengok dulu babak demi babak dan ulas berdasarkan babak demi babak sebab ini la cara terbaik untuk kita mengetahui samada diri kita ini dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan pihak tertentu atau memang pihak tertentu itu terlibat dalam skandal jutaan ringgit.

Berikut pula pendapat dari geng2 peguam yang pro UMNO. Buzze Azam neh siapa tak kenal. Anti Anwar, pro UMNO, lawan Ambiga, pro akta hasutan.

Pendapat dia turut dikongsikan oleh kelab chedet di laman facebook ;


Berdasarkan pendapat dia sebagai seorang peguam ;

1. Hafarizam buat kerja bodoh bila p dedah notis of tuntutan.

2. Minta WSJ jelaskan dalam masa 14 hari, apa motif WSJ berbuat laporan tersebut.

3. Dengan harapan WSJ melakukan kesalahan ketika menjawab notice.

4. Jika WSJ berjaya menjawab dengan cara Hafarizam tak boleh nak mengaitkan WSJ dengan tindakan saman, perkara itu akan memburukkan lagi situasi dan kedudukan Najib.

5. Sepatutnya penghantaran notis itu perlu dibuat secara senyap dan diam. Tidak perlu hebahan. Tetapi pendapat aku la, even Hafarizam tak leak, WSJ akan leak juga. Benda bukan boleh sorok.

6. Oleh kerana reputasi Najib terkait disini, pendapat aku, saman aje la. Tak perlu notice of demand ke apa. Paling2 koman suruh WSJ retract semula artikel berkenaan. Jika reputasi la yang Najib pentingkan.

7. Sungguh WSJ tak menuduh Najib mengguna wang tersebut untuk kepentingan peribadi tetapi penyebaran artikel berkenaan membayangkan spekulasi berkenaan.

8. Imej Najib dah tercalar kat sini. So, macam luahan Buzze, Najib seolah bayangkan ketakutan menerusi surat berkenaan.

Pendapat aku, ya juga point di atas.

Katakanla WSJ berpropaganda, dan rakyat sedang mencari jalan keluar bagi menyelesaikan permainan WSJ ke atas negara kita.

Dalam masa yang sama, usaha dan tindakan Najib seperti mengesahkan propaganda WSJ, so macam mana pula rakyat tak terpedaya dengan propaganda tersebut?

Jika dikata WSJ itu fitnah, maka lakukan satu tindakan yang garang lagi kental.

Jangan dimarah pada rakyat yang terhasut. Kerana tindakan Najib selama ini banyak buat rakyat makan ahti. Salahkan diri sendiri kerana selama ini tak pernah nak berada di sebelah rakyat. So andaikata Najib difitnah (andaikata la, mungkin WSJ nak mencapai sesuatu) dan rakyat tak sebelahkan dia, itu memang salah dia sejak dari awal. Sebab dia pun tak pernah nak sebelahkan rakyat sebab tue asyik buat polisi yang menindas.

Fikir2kanla ek Najib.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...