Khamis, 9 Julai 2015

Nazir Minta Maaf, Kenyataan Badlisyah Yang Bela Najib Akan Disiasat.


Ada perkara yang Najib buat dan benda tue buat Nazir bengang sangat-sangat. Seolah2 secara terbuka Nazir menyatakan kepada Najib, there's no way i will back up you bro. Let go your position or you will ruin yourself. U will have no my support. No.

Sebelum neh banker terkemuka, CEO CIMB Islamic, Badlisyah mendedahkan bahawa terdapat dua kesilapan dalam dokumen yang didedahkan oleh WSJ berkenaan aliran wang ke account Najib.

Pertama. Isu poskod. Which is hasil google aku mendapati point dia betul. Di New York mana ada poskod 4080.

Kedua. Isu SWIFT CODE. Yang neh tatau siapa yang berkata benar. CIMB pun tak buat penjelasan susulan. Sekadar berkata posting Badlisyah itu telah dibuang dan perkara tersebut melibatkan isu teknikal. Badlisyah tak sepatutnya berbuat demikian. Nazir Razak membuat permohonan maaf terbuka dan akan menjalankan siasatan ke atas Badlisyah.

Badlisyah backup Najib. Kritik WSJ.

Nazir minta maaf dan berkata akan siasat Badlisyah.

Nampak tak?

Selepas itu Badlisyah meminta maaf. Dan berkata analisa itu hanyalah untuk tujuan peribadi. Tapi p siar kat facebook?

Badlisyah tunduk atas tekanan Nazir?
Nazir takan bagi muka pada Najib.
Maka kesimpulannya, dua adik beradik yang bergaduh, ko jangan la masuk campur setan. Tak pasal2 ko yang kena. Dah ko kerja dengan CIMB kan. Mendapat la kau.

KAH KAH KAH 

Oke bercakap tentang SWIFT CODE. Yang neh aku ada pengalaman sikit. Bila seseorang nak transfer duit ke aku, aku kena isi SWIFT CODE tersebut berdasarkan rujukan bank.

So, pendapat aku, kalau nak pastikan samada SWIFT CODE yang terpapar itu benar atau tidak, mula2 check ;

- Negara penerima 

- Bank penerima

- Negara penghantar

- Bank penghantar

Tarikh dan tahun juga memainkan peranan. Mana la tahu kot2 code SWIFT dah bertukar ke dalam jangka masa tertentu.

Dan dari situ baru boleh sahkan samada penyebaran WSJ itu benar mahupun palsu.

Apa2 pun setakat neh, Najib belum lagi menafikan 3 perkara penting.

Pertama. No2 account yang terdedah milik dia atau bukan.

Kedua. Menafikan wang2 tersebut masuk ke dalam acc dia atau tidak.

Ketiga. Penyebaran dokumen tersebut palsu atau tidak.

Yang kata palsu tue orang lain. Bukan geng2 PMO.
Yang Najib sebut berulang kali. Saya tak guna dana 1MDB untuk tujuan peribadi. Itu saja. So faham2 la. Kenapa rakyat dok berspekulasi je.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...