Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 17 April 2015

Jika Saya Ialah PM, Pergi Ke Majlis Perkahwinan Anak Di Luar Negara Guna Duit Rakyat, Adakah Ianya Salah?

Saya ialah PM bagi sebuah negara. Saya ada anak. Anak saya berkahwin dengan warga asing. Seperti kebiasaan, setiap pasangan yang berkahwin selalunya diadakan majlis persandingan di sebelah keluarga pasangan pengantin perempuan dan lelaki secara berasingan atas tujuan menyambut dan meraikan menantu.

Pada awalnya. Saya dah buat majlis kat belah keluarga saya. Kemudian, kini giliran besan saya pula mengadakan majlis yang serupa. Oleh kerana besan saya orang luar negara, maka sudah tentula majlis berkenaan akan diadakan di negara tempat besan saya menetap.

Oleh kerana saya PM, saya merasakan ia perkara biasa untuk menggunakan kedudukan saya sebagai PM untuk menguruskan hal saya.

Antara perkara yang saya biasa buat ialah bercuti menggunakan pesawat rasmi negara yang mana kos operasinya didanai oleh wang pembayar cukai.

Persoalan mulai timbul apabila rakyat di negara saya mempertikaikan kelayakan saya bercuti menggunakan wang pembayar cukai sedangkan saya ialah PM di negara berkenaan.

Kini. Saya ingin ke luar negara menghadiri majlis persandingan anak saya di sebelah keluarga besan saya. Saya telah menempah pesawat. Saya akan membawa VVIP termasukla beberapa menteri yang rapat dengan saya dalam majlis berkenaan. Saya perlu berbelanja untuk ;

- Kos penerbangan pergi dan balik

- Kos penginapan

Sudah tentu la kosnya mencecah ke satu angka yang saya tidak mampu menanggungnya jika menggunakan wang gaji saya sebagai PM di negara berkenaan. Jadi apa yang saya bercadang buat ialah menggunakan wang pembayar cukai bagi membiayai keseluruhan kos yang terlibat dalam menghadiri ke majlis perkahwinan tersebut. Saya ulangi. BERCADANG.

Oleh kerana saya PM dan saya mempunyai akses untuk mendapatkan beberapa kemudahan yang istimewa maka saya tak nampak pula perkara ini merupakan satu kesalahan. Saya ingin bertanya kepada rakyat di negara saya ;

- Mengapakah seorang PM seperti saya tiada hak menggunakan wang pembayar cukai untuk menguruskan hal-hal peribadi saya sedangkan saya ialah PM di negara anda?

- Mengapa rakyat di negara saya cenderung mempersoalkan cara saya berbelanja wang negara?


- Apakah seseorang yang berpangkat tinggi dan berjawatan seperti saya dihalang atau dilarang sama sekali untuk menggunakan kedudukan saya bagi membelanjakan wang pembayar cukai atas tujuan peribadi?

Saya ingin mendengar pendapat rakyat di negara saya. Sila zahirkan pendapat masing2 sementara saya bercuti bersama beberapa barisan menteri saya sambil menghadiri majlis perkahwinan di luar negara. Babaii..

Nota : Cerita di atas akan dimasukkan ke dalam novel terbaru saya yang bertajuk "duit rakyat duit aku jadi kau sapa nak sibuk-sibuk persoal cara aku berbelanja".

Dan, last, siapa yang terasa itu dia punya pasal.

Gambar-gambar sekadar hiasan.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...