Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 April 2015

Oi Gila, Kalau Tak Puas Hati Cakap la Buat Apa Report Orang.


Aku terima notification dari facebook. Entah kali ke berapa aku tak ingat. Asal ada notification jek mesti aku kena block. Asal aku kena block je mesti ada notification. Nak naik meluat aku dah. Untuk account facebook je. Semata-mata profile peribadi macam kau semua ada. Aku dah hilang 4. Total. Yang aku guna sekarang no 5. Ini lama gak aku guna. Dekat 2 tahun. Apa rahsianya? Mudah. Jangan memandai-mandai add orang sangat. Dan jangan beria-ria approve orang yang add kau. Lantak la ada kawan 200 ke 300 ke. Tak payah rasa sedih sebab kawan sikit. Janji kenal kebanyakan dari mereka. Dan penting semakin kurang kawan maka semakin kurang la risiko aku kena report lagi. Mana nak hadap buat account baru jek. Aku pun emosi gak asyik nak buat account baru kot. Nampak memang la senang. Tapi susah la woi. Nak register email la register facebook lagi lepas tue nak sync dengan page apa semua. Menyusahkan gak benda neh sebenarnya.

Dan sekarang aku terima notification lagi. Kali neh account facebook masih selamat. Yang tak selamat url blog aku. Benda neh pernah jadi dulu. Dengan url lama yang ada blogspot. Itu terjadi 3 kali kot. Kali pertama kena, huru hara gak aku fikir masalah merenung masa depan sampai ke planet Marikh. Rasa macam nak p pindah bulan laju-laju. Kot ada menteri sanggup sponsor aku sanggup berhijrah. Naik meluat kot dok Malaysia. Asyik kena mark aje. Jiwa ahti tisu kot.

Then dapat idea. First time report balik kat facebook. Lawan balik report yang dikenakan ke atas aku secara salah. Bagitau aku di report atas sentimen politik. Itulah satu-satunya benda yang buat dorang fikir aku abusive. Bukan pasal aku langgar terma facebook. Entah berapa banyak report dan email yang aku sent tah. Then elok balik url blog aku. Then jadi lagi. Kali neh dah ada pengalaman. Buat report balik. Ulang process yang sama sampai 3 kali pasal 3 kali malaon-malaon dari belah sana dok mereport url blog aku. Bengkek betul la.

Lepas tue selamat la buat beberapa bulan. Eh itu pun tak lama mana. Tah macam mana blog aku tak boleh diakses atau sukar di akses oleh ramai pihak. Pelik gak. Nak kata SKMM block memang tak. Tapi ramai orang sukar buka. Ini memang kerja puak2 sana la neh. Haram betul la. Tak memasal kena tukar url blog. Buat domain baru. Godek punya godek info. Dapat maklumat. Malaon belah sana tanam virus kat semua blog-blog pembangkang. Aku dan Addin jadi mangsa. Haram betul la. Sekarang blog Warga Marhaen pun dah kena macam aku dan Addin kena. Dia bagitau lagi, lepas neh satu persatu blog pembangkang akan kena ikut info yang dia dapat. Yang confirm kena ialah blog-blog yang tak filter komen macam blog aku la. So nak selamat kau tapis la komen. Yang mana insert link kau boleh buang link jika ragu-ragu. Itu sebabnya aku tapis komen sekarang. Bukan pasal aku pengecut nak mampos. Pasal taknak jadi balik benda sama. Aku perati je perangai malaon-malaaon yang kutuk aku kaw2 sebab tapis komen-komen dia yang mengarut memaki aku di blog. Lepas baca aku approve la. Tapi sebelum tue aku kena make sure kau tak letak link2 gila la bebal. Takyah mengarut sangat la kau nak kutuk aku. 

Then selamat lagi. Buat beberapa bulan. Riang ria kot aku takde tekanan. Happy-happy hupdate blog. Happy-happy kutuk BN. Happy-happy kutuk pembangkang. Happy-happy kutuk semua orang sambil bajet bagus. Happy punya happy punya happy sekali ah babik. Hari neh jadi balik benda lama. Url blog kena block lagi. Tekanan betul la. Paste link boleh. Cuma content tak naik. Kali neh bukan teruk macam dulu. Dulu first time aku kena paste link itu sendiri tak boleh. Apetah lagi nak share content. Kali neh link tetap boleh dipaparkan. Cuma content tak appear. Dah jadi satu kerja nak buat report balas ke facebook. Berapa banyak agaknya report aku kena buat kali neh. Facebook neh pun menyirap gak aku dengan perangai dia. Macam dia tatau ini kali berapa tah aku direport berdasarkan sentimen politik. Page aku pun dah pernah kena hari tue. Then dia unblock. Berpuluh gak mesej aku hantar minta unban sebab aku direport atas sentimen politik. Then selepas beberapa bulan baru dia unban. Konon aku direport atas sebab post lucah. Lucah kepala hotak kau. Takan maki BN itu melucah kot.

Yang aku menyirap dengan malaon BN neh. Depa tak kenal erti jemu dan putus asa ke dalam menghalang aku bersuara. Aku pun dah naik jemu la asyik pertahankan diri dari serangan-serangan block dorang. Aku sekarang dah mental kot.

Kalau ko semua tak puas ahti. Cakap la. Cakap. Tulis komen. Lantak la kau nak cakap apa pun. Buat apa report-report aku sedangkan aku tak bersalah.

Protokol dia senang aje.

1. Jika kau tak puas ahti dengan point aku, bahas la.

2. Jika point aku salah, betulkan.

3. Jika point aku valid, bincangkan.

4. Jika tak bersetuju, bidas la.

5. Bila kita berbincang, kita bertukar-tukar fikiran. Dari situ aku belajar sesuatu dan kau mungkin belajar sesuatu.

6. Bukan macam sekarang. Sikit2 sensitif, report. Lepas tue aku kena block. Lepas tue aku bersusah payah cari jalan untuk di unblock. Then bila aku berjaya di unblock, report balik. Then kena block balik. Nak gadoh macam neh sampai bila. Sampai mati ke macam mana?

Guna la otak tue sikit. Analisa orang punya pemikiran. Aku bukan macam blog-blog UMNO. Aku raikan perbincangan dan perdebatan sihat. Aku raikan kepelbagaian dan perbezaan pendapat. Aku bukan pro fitnah. Aku buka diri untuk diperbetulkan. Patut kau semua layan aku macam manusia yang merdeka dan demokrasi. Bila aku open minded kau semua pun open minded la juga. Ini sikit-sikit nak report aku sampai mati. Gila ke apa malaon-malaon belah sana neh?

Bukan blog aku je kena. Kalau aku kena tang URL. A.Kadir Jasin dan Shahbudin plak kena tang sukar di akses. Macam aku kena dulu. Blog Mahathir pun kadang-kadang susah nak buka.

Macam neh punya perlawanan betul-betul buang masa la aku rasa. Tak mengasah kreativiti dalam perbahasan dan perbincangan yang dinamik pun. Apa benda yang aku merapu neh setan. Makin melalut dah karangan aku.

Apa-apa pun aku nak bagitau malaon-malaon belah sana. 1000 kali report aku pun aku tetap akan bersuara. Kalau nazak sangat, aku tukar domain blog macam ari tue. Bina balik ranking dan ALEXA. Nak buat macam mana. Dah ini je cara terbaik menyakiti ahti korang kan. Kalau korang tak sakit ahti takde la sebab nak report aku ye tak? Kali terakhir aku hupdate blog ialah aku sedang mengutuk Ahmad Maslan dengan gaya cool. Dan memang beberapa minggu neh kerja aku asyik mengumpat Ahmad Maslan je. Ada kaitan ke dengan apa yang terjadi ke atas aku. Arhh ini semua orang gila punya kerja. Orang gila punya kerja. Kata Samy Vellu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...