Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 April 2015

Tahniah SPRM, Sebab Kantoikan Rosmah Dan Najib Kaw2.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


Kelakar gile kot aku baca statement SPRM. Secara tak langsung telah mengiyakan sangkaan kita. Itulah. Rosmah kau dah kantoi. Kantoi habis. Kantoi tergolek. Selepas didedahkan dengan gambar-gambar kemasukan cincin 24 juta tatau USD ka RM ka apa ka itu semua aku tatau, Najib dan Rosmah laju-laju hantar pulang cincin tersebut ke New York. Benda kalau tak salah, kenapa nak takut? Kalau ko tak buat salah pasal apa nak hantar pulang? Bayangkan. Kita beli sesuatu. Then benda tue dihantar kepada kita. Dan orang tahu apa yang kita beli. Adakah kita akan rasa takut dan sorok-sorok dengan apa yang kita beli? Adakah kita sedang mencuri sekarang neh yang beria-ria plak nak rasa takut, nafi dan lambat-lambat menjawab kepada isu yang dipersoalkan? Nampak tak permainan kita kat situ?

Simple je.

Kalau kita tak buat salah, tiada sesiapa berhak kondem tindakan kita.

Kita punya pasal la nak beli apa-apa pun. Itu duit kita. Bukan duit kau.

Kita punya pasal la nak tengok cincin 24 juta tue dulu. Dah guna duit kita. Bukan guna duit kau. Kalau orang tahu pun dah kenapa. Bukan kita ada buat apa-apa salah pun.

Tapi bila kau hantar balik cincin 24 juta tue laju2 ke New York selepas dikantoikan dan boleh plak guna khidmat blogger untuk menafikan kewujudan cincin berkenaan dengan harga yang disebutkan, lepas tue boleh pula buat cerita yang cincin berkenaan adalah untuk bakal besan review (ketika itu) nampak sangat la korang semua ada buat sesuatu yang BERSALAH. Sebab tue la lagak korang MENCURIGAKAN ORANG RAMAI.

Kenapa tidak dari awal menjadi jujur saja?

Ah cincin tue ada. Kami tengok buat pameran. Sebab tak berminat kami hantar pulang.

Tapi secara logiknya aku fikir la kan. Kalau kita takde duit 24 juta mana la kita nak tengok pameran cincin 24 juta yang dihantar khusus dari New York ke Malaysia.

Macam aku. Aku takan masuk ke satu kedai yang aku tahu aku tak berkemampuan nak beli. Even nak tengok-tengok pun aku rasa janggal. Baik aku jalan-jalan ke kedai yang aku tahu aku ada kemampuan nak beli. Jalan-jalan cuci mata kalau berkenaan boleh sambar.

Macam tue la juga dengan kes cincin neh. Kalau tak berkemampuan nak beli takan sanggup buat pameran kat tempat sendiri. Mestilah ada kemampuan nak beli sebab tue pameran pun kat tempat sendiri. Bukan kita pergi tempat dia. Tapi dia hantar direct kat kita kot. 24 juta nilai dia woi.

Kalau ko pemilik kedai tue kau rasa kau boleh suka-suka hantar cincin 24 juta kat rumah orang?

Mestilah sebagai pemilik kedai kau pun tahu. Individu yang nak tengok cincin berkenaan secara dekat adalah individu yang berkemampuan untuk beli. Bahkan, mungkin 'nak beli'.

Pemilik kedai takan hantar cincin 24 juta kat rumah orang miskin. Dia tahu orang miskin takde duit nak beli. Orang miskin bukan potential buyer tapi Rosmah dan bakal besannya (pada ketika itu) are THE POTENTIAL BUYERS.

Bukan kah begitu?

Apa pun terima kasih SPRM. Kerana mengesahkan apa yang sebenarnya kami dah lama tahu. SPRM sekarang antara saksi dengan membenarkan apa yang kami fikirkan. Kini semakin terdedah. Siapa fitnah siapa, siapa yang kena tuduh menfitnah dan siapa sebenarnya pula yang menafikan fakta.

Rakyat Malaysia tidak menfitnah Rosmah Mansur.

Cincin itu wujud.
Penghantaran itu pun wujud.
Tentang pembelian, kami tatau. Apa yang kami tahu cincin 24 juta itu memang pernah sampai Malaysia selepas dihantar pulang laju-laju bak pencuri yang kantoi mencuri. Itupun, kalau benarla ianya dihantar pulang dan bukan untuk disorok pula.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...