Selasa, 14 April 2015

Terdapat Letupan Dalam Nahas Helikopter Yang Mengorbankan Jamaluddin Jarjis.


Hmm. Confused jap. Pada awalnya beberapa saksi tampil memberikan kenyataan helikopter tersebut meletup sebelum terhempas. Dan selepas beberapa hari, PDRM pula berkata ada saksi sengaja memperbesar-besarkan cerita. Kemudian, Awani ada lapor bahawa saksi tunggal di udara Kapten Lee tak silap aku mengatakan helikopter tersebut terus menjunam. Takde letupan apa bagai dan cuaca pula dalam keadaan hujan panas. Yang neh pula laporan pegawai penyiasat yang menyebut helikopter tersebut sebenarnya dipercayai telah meletup di beberapa bahagian sebelum jatuh menjunam. Dan kesemua penumpang2 pula berada dalam keadaan senyap di samping semua alat komunikasi dalam helikopter tersebut gagal berfungsi ketika kejadian.

Pelik gak aku. Kenapa meletup. 
Bila kesemua penumpang senyap ketika kejadian. Perkara neh pelik beb. Korang pernah naik tak keretapi yang kat taman tema tue? Bila dia turun kau semua menjerit ke tak? So, jika tiba-tiba helikopter yang kau naiki nak jatuh atau terhempas takan ko dok diam aje? Mesti la kau cakap something. Sebab nervous. Mungkin ada yang mengucap. Mungkin ada yang menjerit. Lain orang lain attitude. Tapi takan semua senyap secara mendadak pula kan.

Pada aku memang misteri gak neh. Sejak-sejak kes MH370, aku semakin kuat syak yang bukan-bukan..

KAH KAH KAH

Laporan oleh Malaysiakini ;

Data kotak hitam mendedahkan Aidana Baizieva, penumpang misteri dalam helikopter terlibat nahas di Semenyih awal bulan ini, membantu menerbangkan pesawat itu.

Memetik sumber, New Straits Times (NST) melaporkan, data daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana aktif dalam operasi penerbangan helikopter Dauphin AS365N2.

Ia dikatakan berdasarkan perbualan Aidana, 25, bersama juruterbang helikopter tersebut Kapten William Clifford Fournier.

Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu NST bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Aidana telah dibenarkan untuk membawa pesawat itu.

Sumber itu juga tidak menyalahkan wanita berasal dari Kyrgyzstan itu yang menjadi punca nahas helikopter itu terjadi.

Sebaliknya, katanya, pegawai penyiasat mempunyai alasan kukuh dan mempercayai bahawa terdapat letupan dalam helikopter itu sebelum terhempas.
"Berdasarkan siasatan di lokasi kemalangan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa beberapa bahagian helikopter telah meletup dalam nahas itu," sumber itu dilaporkan berkata.

Menurut laporan itu lagi, semua alat komunikasi juga tidak boleh digunakan semasa helikopter tersebut mula menjunam.

Malah, kesemua penumpang juga "senyap" beberapa minit sebelum nahas itu dan hanya nafas mereka sahaja yang direkodkan oleh CVR.


Selain Aidana dan Fournier, nahas itu turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...