Rabu, 15 April 2015

Lain Kali Nak Jalan-Jalan, Bawa Bekal Air Sendiri - Menteri.


Baru-baru viral di laman sosial apabila seorang guru berkongsikan pengalaman membawa anak-anak orang miskin berjalan-jalan di Zoo Negara. Posting berkenaan tersebar disebabkan guru tersebut menceritakan bagaimana anak-anak orang miskin terpaksa berkira-kira untuk membeli air mineral yang dijual dengan GST di kawasan tersebut. Bahkan ada di antara mereka tidak mampu sekalipun untuk membeli air yang dijual. Ini berlaku kerana selepas pelaksanaan GST, air mineral yang dijual turut dikenakan GST. Walaupun yang membelinya seorang kanak-kanak kerana GST dikutip berdasarkan item dan perkhidmatan product.

Dan berikut di bawah ialah respon menteri yang mengulas kejadian tersebut.

Putrajaya, 15 April -Kementerian Kaki-Songlap Dan Pro Rasuah akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan mana-mana guru dan anak murid yang didapati menyalahgunakan lawatan demi tujuan mengkritik pelaksanaan GST.
 

Menteri Kaki-Songlap, Datuk Ahmad Hasan Bin Ismail berkata pihaknya telah mengagihkan garis panduan mengenai apa yang rakyat Malaysia boleh bincangkan secara terbuka mengenai GST di seluruh negara.

"KKSPR (Kementerian Kaki-Songlap Dan Pro Rasuah Malaysia) turut melaksanakan proses pemantauan ke atas setiap rakyat Malaysia dan semua bayi yang baru lahir bagi memastikan mereka tidak mencabar dan mengkritik proses pelaksanaan GST di negara ini".

"Selain itu, kami turut memberi peringatan kepada para guru dan anak murid lain kali jika nak berjalan-jalan ke Zoo Negara atau mana-mana kawasan seumpamanya haruslah mereka membawa bekal air sendiri bagi mengelak dari membayar GST. 


"Mereka patut bawa air sendiri. Bukan kritik GST. Bawa makanan sendiri. Suruh mak bapak masak di rumah. Buat bekalan dan makan bekal di Zoo Negara. Kementerian kami juga ada membuat kempen 'Jom Bawa Bekal' bagi meringankan beban pelajar sekolah. Tapi semua tu sia-sia kalau mak bapak malas masak di rumah," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan Bernipu yang memintanya mengulas mengenai penyebaran satu posting di Facebook yang menceritakan keperitan anak-anak orang miskin selepas GST dilaksanakan.

Datuk Ahmad Hasan Bin Ismail juga menasihati guru-guru agar bercucuk tani di rumah supaya nanti jualan dari hasil pertanian itu dapat digunakan untuk menampung pembelian air mineral di Zoo Negara jika guru-guru masih berdegil mahu membawa anak-anak orang miskin berjalan-jalan dan melawat ke tempat-tempat tiket mahal nak mampos dan tak berapa menarik pun.

Menteri juga meminta agar orang ramai menghentikan semua penyebaran mengenai GST memandangkan GST kini diterima oleh seluruh rakyat Malaysia dan rakyat luar negara termasukla semua jenis haiwan-haiwan kerana mereka tidak membuat aduan mengenai pelaksanaan GST sejak dikuatkuasakan pada 1 April yang lepas.

Malaysia pada 1 April lepas telah menguatkuasakan satu sistem percukaian GST bagi memudahkan wakil rakyat naik gaji dan bayar duit pesawat baru kerana ia membantu meringankan beban hidup mereka yang semakin lama semakin susah nak memboroikan perut masing-masing dengan cepat disebabkan kos sara hidup yang naik melambung. - Bernipu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...