Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 April 2015

Ahmad Maslan Tegur Pengguna Media Sosial, "Bantai Saya Ok, Jangan Kacau Ibu-Bapa Saya".

Kali neh aku bersetuju dengan Ahmad Maslan. Walaipun dia bukan menteri yang baik pada aku tapi dia pun anak seseorang. Ada mak bapak yang melahirkan dan membesarkan. Agak kurang ajar la juga bila terdapat individu yang main mak bapak dalam mengherdik perangai bodoh menteri. Apa kaitan mak bapak Ahmad Maslan kat sini tapi dorang tak memasal jadi subjek ejekan pula. Ye tak?

Ada dua isu.

Yang pertama soal mengkhinzirkan mak kepada Ahmad Maslan.

Baca ;



Laporan polis telah dibuat. Pandai2 la kau hadap. Sendiri komen sendiri tanggung. Aku tahu korang marah tapi cool down. Jangan heret mak bapak orang kat sini. Sebagai anak, aku rasa kita semua pun akan geram kalau tak memasal orang lain dok ejek-ejek dan kutuk-kutuk orang tua kita. Ada ke sesiapa kat sini akan seronok bila baca penghinaan dilemparkan ke atas mak kita? Agak-agak la pun.

Komen kedua pula tentang cadangan rampas kuasa. Ini memang bangang. Bukan pada yang mengeluarkan komen itu tapi pada yang membuat laporan polis. Kau tahu, aku tahu dan kita semua tahu budak2 tue bagi cadangan je. Bukan la boleh direalisasikan betul-betul pun. Tak payah nak sentap sangat la kau sampai heret PDRM bagai. Bodoh sangat.

Yang kedua soal mempermainkan nama bapa Ahmad Maslan.

Yang neh aku pun tatau pada asalnya. Dan aku percaya ramai yang tidak tahu. Itupun jadi tahu selepas dimaklumkan oleh Ahmad Maslan menerusi twitternya. Nama sebenar Ahmad Maslan ialah Ahmad sahaja manakala Maslan ialah merujuk kepada nama bapaknya. Yakni nama menteri tersebut ialah Ahmad Bin Maslan.

Yang tatau tue kita boleh maafkan sebab dorang dah tertroll.

Tapi kalau dah tahu dan masih terus mengetroll selepas kau tahu itu maksudnya kau tak give a damm pun even Maslan tue is refering to nama bapak si Ahmad tue hah.

Aku terfikir nak sebut. Seriyus. Nak troll. Tapi tak dan. Pasal dah terbaca kat twitter penjelasan Ahmad Maslan. Dia cakap Maslan tu nama bapak dia. Bukan nama dia. Nampak geram la kot pasal orang main nama bapak dia. 

Jadi terlepas la aku dari peluang nak mengetroll nama bapak dia. Aku pun memang tak suka buat benda haru biru heret mak bapak orang neh. Pasal aku percaya itu tindakan bebal.

Kata Ahmad Maslan di twitter lagi.

"Ibu saya tiada kaitan dgn GST.Bantai saya ok, jgn ibu.Walau arwah ayah & ibu penoreh getah, buta huruf tapi amat baik"

Encik Maslan sudah pergi mengadap tuhan. Lagi la si Ahmad sentap jika orang dok mempermainkan nama bapak dia. Nasihat aku, hentikanla kerja dok kutuk encik Maslan yang dah takde kat dunia neh. Kalau nak kata "Ahmad Maslan betul la dia neh" mungkin lebih tepat sebagai bahan troll sebab merujuk kepada si Ahmad anak Maslan. Tapi nak sebut Maslan semata-mata memang tak kena langsung pasal itu nama bapak dia. Apa je bapak dia yang dah meninggal kacau hidup kau semua. Walaupun kita nak troll, mari la kita troll dengan gaya cool dan berhemah. Jangan meroyan sangat cara troll. Beragak la sikit.

Apa pun Ahmad Maslan ada satu sikap yang aku suka. Aku pernah cakap dulu. Dia neh memang menteri bermuka slumber. Orang kutuk ka maki ka marah ka even dalam wassap dia sendiri pun dia buat apa tak hel. Betul2 bermuka tebal dan berjiwa kental. Bab neh aku terpaksa akui, aku respect. Bukan senang woo nak makan maki hari2. Berkat doa mak bapak dia la kot yang membuatkan dia tabah menghadapi cacian rakyat. Itupun sebab dia sendiri yang cari. Jangan marah arhhhhh Ahmad Maslan. Ikhlas aku cakap neh.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...