Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Mac 2015

Jho Low, Duit Siapa Kamu Guna Ketika Ambil Alih Syarikat Taib Mahmud?


DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Taek Jho Low yang mengambilalih syarikat bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud menggunakan dana 1MDB. 

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua syarikat Utama Banking Berhad (UBG) sebelum ini dimiliki Taib Mahmud kini menjadi milik Jho Low setelah membeli semua saham UBG melalui anak syarikat PetroSaudi International, Javace Sdn Bhd. Kata Tony, pembelian semua saham oleh Javace Sdn Bhd yang bernilai RM 1.4 bilion dibuat pada 2010. 

“Semua saham yang dibeli Javace menggunakan wang yang disediakan oleh AmInvestment Bank Bhd sebanyak RM 700 juta. “Manakala bakinya diambil dari syarikat PetroSaudi International (PSI)l sebanyak RM 850 juta. “Sebenarnya, duit yang diambil dari PSI itu adalah berasal dari 1MDB PetroSaudi Limited pada 8 September 2010, dua minggu sebelum itu melalui pinjaman Murabahah,”ujar Tony. 

Katanya, pinjaman itu diubah 1MDB dari syarikat “1MDB PetroSaudi Limited” kepada pinjaman murabahah bernilai USD1.2 bilion, dan 1MDB PetroSaudi akhirnya menjadi hak milik PetroSaudi Cayman yang memberikan jaminan kepada pinjaman tersebut. “Walaubagaimanapun, sejumlah USD160 juta dari USD500 juta dipindahkan ke dalam satu akaun di Switzerland dimiliki Good Star Limited, syarikat permodalan yang dikawal Jho Low dan rakan-rakan. 

“Apa yang lebih membimbangkan adalah pendedahan dokumen oleh Sarawak Report yang mengatakan dana di bawah PSI itu sebenarnya dikawal oleh Jho Low. “Ini jelas, kerana setelah diselidiki, PSI Seychelles mempunyai alamat yang sama dengan Good Star Limited,”ujar Tony kepada pemberita di Parlimen. Tambahnya, terdapat misteri ‘perjanjian pengurusan pelaburan’ yang muncul berasingan antara PSI Seychelles dengan pengurus Pelaburan Panama, seorang individu bernama Seet Li Lin, Naib Presiden syarikat Jynwel Capital Limited yang dimiliki Jho Low. “Email dan dokumen didedahkan Sarawak Report menunjukkan, jelas mempunyai niat di belakang perancangan perompakan 1MDB. 

“Jho Low dan rakan-rakannya mempunyai kawalan penuh terhadap dana itu walaupun ia kononnya dibelanjakan melalui PSI, sedangkan sebenarnya PSI hanya jadi topeng kepada Jho Low. “Keseluruhan struktur kompleks ini sengaja direka untuk sembunyikan perancangan mereka untuk ambil alih UBG,” kata Tony. 

Justeru itu, Tony menyeru pihak berkuasa memulakan siasatan yang teliti terhadap Jho Low atas perkembangan terbaru mengatakan taikun muda itu terlibat dalam pengubahan wang haram, yang mengakibatkan 1MDB menanggung hutang sebanyak RM 42 bilion. “Ini cukup memberikan syak wasangka terhadap pihak berkuasa untuk memulakan siasatan terhadap Jho Low atas dakwaan pengubahan wang haram yang dilindungi di bawah akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan(pindaan) 2013 (AMLA). 

“Bank Negara Malaysia dengan kerjasama polis dan SPRM perlu mengarahkan siasatan terhadap transaksi mencurigakan oleh Jho Low dan rakan-rakan di bawah AMLA,” tegas Tony lagi. -RM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...