Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Februari 2015

Lim Guan Eng Sentap Bila Dipersoalkan Isu Parking Kereta.

Amboi.



Kau semua tengok neh sat ;



Sapa pula yang menghina pemandu kepada Lim Guan Eng? LGE pun silap juga sebab sentap tak memasal. Kes dia macam neh je. Mudah sangat.

- Kereta ketua menteri didapati memarking di kawasan yang tak boleh diparking.

- Orang yang lalu lalang nampak.

- Maka depa snap.

- Lepas tue sebar di media sosial dan mempersoalkan tentang peraturan double standard ke atas menteri dan rakyat marhaen

- Melalui sebaran itu lah media arus perdana seperti Sinar Harian petik. Mereka melaporkan hal yang di huha huha kan oleh pengguna media sosial.

- Selain kereta rasmi KM, banyak lagi dah kereta2 samada dari menteri persekutuan ka negeri ka PR ka BN ka pengguna2 media sosial sebarkan dan kritik tindakan wakil rakyat yang tidak peka.

- Media arus perdana buat 'petikan terpilih' atau 'laporan berpihak'. Aku tak nafi bahawa point LGE itu betul kat situ. Tapi kan, selain dari media arus perdana, kita ada juga media alternatif. Dah kalau media alternatif pun taknak petik sangat sebaran orang awam yang mengkritik kereta pemimpin BN kami tak la boleh kata apa sangat.

- Tapi point dia, tetap la rakyat yang menegur tindakan tersebut.

- Tak sangka plak LGE menganggapnya secara negatif.

- Aku tatau jika ada sesiapa yang mengutuk pemandu kepada LGE.

- Tapi yang aku tahu dalam insiden no plat, wakil rakyat dan menteri yang terlibat serta merta tukar no plat mereka selepas tersebar di laman sosial.

- Tak pula mereka buat sidang media apa bagai.

- LGE siap tunjuk surat saman lagi.

- Saman sebenarnya bukan hal yang remeh pada rakyat. Mungkin remeh pada yang banyak duit. Tapi pada rakyat yang tertindas dan dihimpit dengan pelbagai kos sara hidup, saman bukan cerita remeh. 1MDB pun bukan cerita remeh. Semua isu2 ekonomi bukan cerita remeh. Tapi dok merepek isu tak hadir ke mesyuarat parti kat media itu baru isu remeh. Semata2 nak dapatkan simpati umum atas masalah parti. 

- Part yang pemandu dia pernah bawa 2 kereta exco BN tue ketika bekerja di bawah pentadbiran BN, fikir la sikit. Mungkin orang tatau itu kereta exco. Kalau orang tahu laju2 dah kena snap dah. Kau berdepan dengan rakyat Malaysia. Yang sokong BN dan PR takan bagi kau semua ruang untuk bernafas dengan selesa la. Kalau dorang tahu itu kereta exco yang buat salah dah lama kena snap dah. 

- Benda neh simple je pun. Gambar kereta kena snap. Hah, saman je la. Then bayar saman. Lainkali berjaga2. Dah tau ko menteri. Semua jenis perati. Maka jaga la tindakan. 

Terpakai untuk semua wakil rakyat la.
Yang sokong PR akan sibuk perati wakil rakyat BN.
Yang sokong BN akan sibuk perati wakil rakyat PR.
Maka wakil rakyat BN dan PR tak boleh berbuat sesuka ahti.
Sebab orang dok perati.
Benda macam neh pun mao sentap ka. Buat sidang media? Kena fitnah? Kena maki? Driver kau? Aku nampak ko jek yang kena kot. Sungguh pun aku tak menyokong bab fitnah dan memaki ke atas batang tubuh LGE tapi teguran parking itu patut dan wajar. Rakyat jalankan tugas. LGE, tak perlu lebih2 la kau.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...