Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 Disember 2014

MEPS & Perkhidmatan Bank Akan Dikenakan GST Mulai April 2015.

Tak boleh tidur. Tengah sakit pinggang. Gamaknya kuat sangat kutuk UMNO kot. Inila balanya.

KAH KAH KAH

Siang tadi. Tersebarnya satu mesej di wassap. Sempat gak la aku meroyan disebabkan sebaran karut tue.

Lihat ;


Tapi hakikatnya bukan. Sebaran di atas neh sebaran yang karut, auta, bangang dan tak tepat.

Tapi apa yang sebenarnya?

Bagaimana MEPS akan dikenakan GST? 

Ini jawapan yang aku terima dari Ahmad Maslan menerusi satu group wassap (Man Reformasi) semalam. No Ahmad Maslan neh aku dapat dari Singa Selatan. So, bila dia ada kat dalam group tue, automatik aku tahu la yang bercakap tue Ahmad Maslan disebabkan aku dah save no dia. Aku tak pasti la samada dia ke ataupun pegawai dia ke yang uruskan no neh. Cuma yang aku pasti, no neh Singa Selatan dapat kat satu forum dan dia minta kot (tak silap aku) contact number Ahmad Maslan dan no ini la yang diberi kepada dia. Aku sebenarnya banyak kali ragu2 betul ke Ahmad Maslan yang pakai no tersebut. Sebab sekali pun dia tak reply melainkan bagi gambar aje. Tapi ntah macam mana tadi time aku meroyan disebabkan sebaran gambar pertama tadi, tiba2 plak dia muncul menjawab persoalan.

Ini jawapan dia ;


Ada la dekat berpuluh2 kali gak aku baca mesej dia neh. Then aku ingat2 kembali cara dia berucap atas pentas ataupun depan press. Fikir punya fikir. Bayang punya bayang. Gabung punya gabung. Aku nampak ada lah sedikit persamaan dengan Ahmad Maslan. Harap2 betul la dia yang menreply mesej tersebut. 

Hehe.

Dan, sila rujuk gambar kat bawah neh pula ;


Apa maksudnya ek?

1. Mulai April 2015, kalau kita pegang kad ATM Maybank dan keluarkan duit di ATM CIMB, kita akan dicaj sebanyak 1.06. Maksudnya ada penambahan sebanyak 0.06 sen.

2. Bank kenakan ke atas kita caj perkhidmatan. Sebab kita gunakan MEPS.

3. Dan kerajaan pula kenakan cukai ke atas caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas MEPS tadinya tue.

4. Ini dibuat kerana caj perkhidmatan tersebut menawarkan satu bentuk perkhidmatan melalui sistem MEPS. Dan MEPS itula yang kerajaan cukaikan.

5. Selagi mana bank tidak menaikkan kadar caj perkhidmatan tersebut maka cukai itu akan kekal pada 0.06 sen tanpa kira berapa banyak amount yang kita keluarkan menerusi MEPS.

6. Selagi kerajaan tidak menaikkan kadar GST maka angka 0.06 sen itu juga akan kekal.

7. Namun segala2nya akan berubah jika bank dan kerajaan memilih untuk menaikkan caj perkhidmatan dan kadar GST pada masa mendatang.

8. Dan. Untuk pengetahuan korang, sekali kau guna MEPS, maka dia caj la 0.06 sen. Kalau kau guna dua kali? 6 kali dalam sebulan? 12 kali dalam sebulan?

9. Setiap kali kau dikenakan caj perkhidmatan oleh BANK melalui MEPS setiap kali itu la kau perlu membayar cukai GST atas perkhidmatan yang kau gunakan itu oke.

10. Dan berbalik kepada jawapan Ahmad Maslan di atas. Perasan tak dia sebut begini. Apa2 fi yang dikenakan bank seperti MEPS charge akan dikenakan GST.

Faham tak point dia?

11. Dia sebut. Apa2 caj perkhidmatan yang bank kenakan ke atas kita ketika kita menggunakan perkhidmatan tersebut, maka kerajaan akan kenakan GST.

12. Transfer duit online antara bank sama label kena caj tak? Transfer duit segera antara bank tak sama label kena charge tak? Hilang kad kena charge tak? Hilang buku kena charge tak? Tunaikan wang cheque kena charge tak? Buat pindahan wang ke luar negara kena charge tak? Gunakan western union kena charge tak? 

13. Jika kesemua perkhidmatan di atas dikenakan fi oleh bank masing2 maka itu bermaksud kesemua perkhidmatan tersebut dibayangkan oleh Ahmad Maslan, bakal dikenakan GST bermula April 2015.

Nampak?

Nampakk?

Cara terbaik. Sementara aku tunggu Ahmad Maslan reply kesemua persoalan2 aku dalam wassap, pagi nanti, masing2 p call bank masing2 dan tanyakan soalan2 di atas kat dorang. Dan jika sungguh la kesemua perkhidmatan2 tersebut bakal dikenakan GST, maki la BN dengan penuh berjemaah walaupun hari neh hari jumaat. Lepas tue bila sakit pinggang macam aku jangan la menyesal. Buka la internet. Buat la blog. Meroyan la pagi2 buta macam aku untuk menghabiskan masa. 

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...