Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 Disember 2014

Insurans Kenderaan, Medical Card & Pindahan Wang Dikenakan GST Mulai April 2015.


First episode kat sini.

Ini adalah beberapa maklumat yang aku terima selepas menghubungi pegawai2 yang terlibat dalam perkara2 di atas.

Pertama.

Insurans kenderaan akan dikenakan GST bermula April 2015. 

Aku call pegawai Etiqa Takaful selepas mendapat maklumat dari rakan bahawa setiap kali kita bayar apa2 insurans, especially insurans untuk hidupkan roadtax kenderaan kita, ianya akan dikenakan GST.

Pegawai Etiqa Takaful mengesahkan pada aku maklumat2 ini ;

- Ya, insurans kenderaan akan dicaj GST selepas pelaksanaan GST.

- Kami kurang pasti tentang kaedah pengiraan dan berkaitan kadar yang bakal dikenakan.

Kalau ikut konsep kefahaman aku. Katakanla insurans kau dalam ratus2 tiap2 tahun, jika jumlah itu di GST kan, ko nampak tak apa yang aku nampak? Pegawai tue pun cuma sahkan bahawa GST akan ada cuma dia tatau bab method dan kadar, so aku takmo ulas lebih2. Cuma aku nak mengamuk sebab kerajaan kenakan GST ke atas insurans. Especially bila dia paksa kita langgan insurans. Insurans kenderaan kat negara neh satu pemaksaan kalau ko semua nak tahu. Tak boleh tidak mesti apply insurans. Dan apsal pula dia nak caj kita GST lagi. Kan kurang ajar namanya tue.

Kedua.

Medical Card akan dikenakan GST bermula April 2015.

Maklumat ini aku dapat dari dua pihak. Pertama. Kawan facebook. Dia lapor, agent medical card inform dia yang medical card akan dikenakan GST sebab menawarkan perkhidmatan. Kedua. Agent yang offer medical card tue sendiri sahkan pada aku. GST akan dikenakan selepas April 2015. Dia akan tertakluk kepada pemohon baru. Ini setakat yang dia boleh sahkan. Dia tak pasti jika ianya akan dicaj kepada pemohon2 sedia ada.

Ketiga. 

Semua jenis perkhidmatan bank yang mempunyai fi akan dikenakan GST bermula April 2015.

Maklumat ini aku dapat dari pegawai bank RHB. Dan aku sahkan kali kedua dengan pegawai dari Maybank. Menurut pegawai Maybank, kemungkinan besar akan dikenakan GST termasukla perkhidmatan membabitkan tunaikan cek. Dia sebut kemungkinan besar. Tapi pegawai dari RHB memaklumkan pada aku, YA. PASTI. Sememangnya semua JENIS PERKHIDMATAN yang mempunyai FI (caj perkhidmatan) yang ditawarkan oleh BANK ke atas kita, akan tertakluk kepada GST.

Contoh. A memindahkan wang kepada B, menggunakan internet banking, dan dicaj 10sen. 10sen itu tertakluk kepada GST.

Dan kesemua GST itu akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2015. Ini sama seperti yang Ahmad Maslan jelaskan dalam wassap. So. Aku yakin la. Itu memang no malaon tue. Memandangkan dia individu pertama yang sahkan semua perkhidmatan berbayar (mempunyai fi) di bank, akan dikenakan GST.

Dan takde apa2 aku nak cakap. Lantak korang la nak meroyan macam mana.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...