Khamis, 18 Disember 2014

2.9 Juta Warga Asing Di Malaysia Dilaporkan Adalah PATI.


Semalam. Aku ada baca satu artikel berita yang diterbitkan oleh FMT. Dia melaporkan kenyataan Zahid Hamidi yang memandang ringan jumlah PATI di Sabah.

Ini kenyataan dia. Aku penting point2 penting je.


1. Zahid Hamidi mengatakan jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak la sebanyak seperti yang dilaporkan.

2. Hanya 250,000 je jumlah pendatang tanpa izin di Sabah.

3. Tanggapan rakyat bahawa semua warga asing yang masuk bekerja disini ialah pendatang tanpa izin ialah tanggapan yang salah dan perlu dibetulkan.

4. Bancian yang dilakukan bermula 2010 hingga oktober 2014 menunjukkan 2.5 juta penduduk di Sabah ialah rakyat Malaysia.

5. Kata Zahid lagi, populasi di Sarawak 2.6 juta dan di Sabah ialah 2.5 juta ialah rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan (yang sah).

Owh. Oke. Yang aku tak faham. Kenapa Zahid Hamidi bayangkan ;

- Jumlah pendatang asing tanpa izin sebanyak 250,000 itu ialah satu angka yang kecil? 250,000 sekalipun, ia masih satu jumlah yang banyak tau. Nak tahu kenapa?

- 250,000 merujuk kepada jumlah pendatang tanpa izin.

- 700,000 merujuk kepada jumlah pendatang dengan izin + tanpa izin.

- 700,000 merujuk kepada jumlah warga asing di Sabah semata2. Manakala 250,000 merujuk kepada pendatang tanpa izin di Sabah juga semata2.

- Bagaimana di Sarawak? Semenanjung? Adakah Zahid Hamidi rasional dan aware ketika dia keluarkan kenyataan seperti di atas?

- Dan. Kenapa dia membayangkan rakyat Malaysia neh bingai sangat? Adakah kita neh bingai sangat sampai tatau apa beza PADI dengan PATI?

- Isu babitkan PATI. Ialah isu penguatkuasaan undang2 di negara neh. Rakyat mempersoalkan intergriti, ketelusan dan kecekapan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam membanteras kebanjiran PATI di Malaysia.

- Isu babitkan PADI? Ialah isu bilangan mereka yang semakin banyak di negara ini sedangkan negara tiada keperluan membiarkan kemasukan mereka secara beramai2.

Ini pointnya. Zahid sedar ke tak sedar?

Dan sila rujuk laporan Sabah Times di atas. 2.9 juta jumlah bilangan PATI = pendatang tanpa izin = tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dilaporkan berada di negara ketika ini tau.

2.9 juta. Jumlah ini mengatasi populasi rakyat Maalysia di Sabah dan Sarawak. Dan 2.9 juta hanya merujuk kepada BILANGAN PENDATANG TANPA IZIN semata2. Bagaimana jika digabungkan dengan izin dan tanpa izin? Berapakah jumlah mereka di negara ini agak2nya?

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...