Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Ogos 2014

Respon Khalid Samad Selepas Kantoi Berpropaganda.

Apa isunya?

Kronologi. Khalid Saman respon begini di facebook bila diajukan tentang TSKI. Dia kata tiada jawapan (TSKI tak respon). Ini gambaran yang aku faham la. Sebab dia sebut maka apabila ditanya tiada jawapan.


Kemudiannya dalam satu forum, rujuk sini ;

Atau lihat video kat bawah neh ; 

Point dia ;

1. TSKI tak ikut kata parti. (tiada kesetiaan).

2. TSKI suka adu domba memburuk2kan PKR.

Jadi patut sangatla disingkirkan.

Yang sebenarnya. TSKI ada meminta penjelasan dan TSKI meminta peguam2nya hadir menemui KS bagi menjelaskan isu sebenar hutang BIMB.

Hutang BIMB neh macam neh hah kronologi dia.

1. TSKI pinjam BIMB untuk satu projek.
2. Dan tak boleh bayar bila projek tersebut bermasalah.
3. Untuk bayar hutang, TSKI pindahmilik saham Guthrie kepada BIMB.
4. Tempoh matang 2 tahun.
5. Selepas dua tahun BIMB berhak jual saham dengan dalam pengetahuan TSKI sepatutnya.
6. Calculation TSKI ialah saham2 itu cukup untuk cover semua hutang2 dia kat BIMB.
7. Dan BIMB pergi jual saham2 dia bila masa matang tiba dan TSKI masih tak bayar (dimaklumkan, jual lebih rendah dari harga pasaran).
8. Ini yang buat TSKI enggan kompromi (meneruskan baki bayaran sejumlah 70juta) lagi kerana beranggapan hutang2 sudah terbayar dengan perjanjian pindahmilik saham.

Kes Tajuddin Ramli berbeza sebab dia buat hutang dan dia tak bayar langsung. TSKI buat hutang dan dia bayar. Cuma bank kata dia kena bayar lagi. Macam ko pinjam 50.00. Kemudian takde duit nak bayar. So ko cagar la cincin emas harga 120 kat dia. Ko bajet kalau ko takde cash sekalipun, emas tue dah boleh cover semua hutang2. Tapi apa perasaan kau kalau tiba2 harga cincin emas 120 orang jual 20 dan minta lagi 30 kat ko? Tak rasa sentap dan tertipu ke? Ini la yang TSKI rasa. Itu sebab dia saman balas BIMB semula. Peguam2 BANK ISLAM mesti cakap dorang boleh menang case untuk yakinkan client. Peguam kan. Tapi kes perbicaraan tak jalan sampai tamat sapa boleh menang dan sapa tidak mana kita tahu. Yang penting BIMB sendiri yang cari alternatif untuk settle luar court. That's the main point of the arguments. Itu sebab DSAI pun tak main isu BIMB. Dia hanya pertikaikan tindakan TSKI one man show dalam setiap keputusan2 pentadbiran negeri.

See yourselves la geng ;



Nampak kan.

Okey. Yang silap DSAI neh dia cakap kat kongres pasai apa? Rafizi ada sebelah kot. Rafizi yang buat road show kutuk TSKI. Rafizi tak rasa sentap ke kena sindir dengan DSAI? Khalid Samad rasa sentap tak?

HA HA HA

Oke. Abaikan part hutang. Aku tak peduli pun sapa MB. Buat sakit kepala kot nak ikut campur geng2 elits bergaduh sakan. Pongpang2 dorang ada rumah, kereta, hidup mewah haram tak susah. Kita neh yang susah nak mampos elok sedar diri. Sambung balik. And bila KS dikritik kerana sebahagian dari kami anggap dia berpropaganda sampai ada yang trolling dia dengan gambar ;


Ini respon dia ;

Hasil dari surat saya kepada TSKI, satu pertemuan dengan 2 peguam TSKI telah diadakan pada 4 ptg 16 Ogos 2014 di sebuah hotel di Shah Alam. Peguam TSKI adalah Sdr Derek Fernandez dan Sdr Mathew Thomas Philip. Saya hadir ke pertemuan tersebut bersama Sdr Asmuni Awi, Bendahari PAS Pusat, yang juga merupakan seorang peguam. Turut hadir ialah En Yasid, pegawai TSKI.

Pertemuan ini adalah untuk menjawab soalan yang telah saya tujukan kepada TSKI termasuk ‘penyelesaian luar mahkamah’ TSKI dengan BIMB yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM 70 Juta.

Dalam pertemuan itu, peguam Derek Fernandez telah menjelaskan bahawa dia menguruskan saman TSKI terhadap BIMB dan PNB. Dua kes ini setakat ini masih berjalan dan kes management akan diadakan mengikut Sdr Derek pada bulan Oktober ini.

Peguam Mathew Thomas Philip pula merupakan peguam yang mewakili TSKI dalam saman balasnya terhadap BIMB berhubung hutang TSKI pada BIMB. Beliau mengesahkan bahawa ‘penyelesaian luar mahkamah’ telah pun dilakukan dan ianya dilakukan berdasarkan nasihat peguam, iaitu dirinya sendiri, kepada TSKI. Namun, malangnya, butiran berhubung ‘penyelesaian luar mahkamah’ ini tidak boleh beliau dedahkan kerana tidak mendapat lampu hijau dari TSKI untuk mendedahkannya. Beliau sekadar mengesahkan bahawa ‘ada bayaran’ yang telah dibuat oleh TSKI kepada BIMB sebagai sebahagian dari penyelesaian tersebut tetapi tidak boleh menyatakan jumlahnya. Beliau turut menegaskan bahawa ‘penyelesaian luar mahkamah’ tersebut dilakukan TSKI atas nasihat peguamnya atas sebab “di Malaysia ini, sukar untuk menang bila berlawan bank walaupun kes kita kuat”.

Beliau turut mengesahkan bahawa penjelasan yang diberikan oleh En. Azrul Azwar, pegawai tugas-tugas khas ekonomi dan kewangan Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan dalam Selangor Kini adalah tidak benar. Tiada institusi kewangan Timur Tengah yang telah membayarkan jumlah hutang TSKI atas sebab ingin menghalang penghakiman terhadap kaedah Bai’ Bitaman Ajil dikeluarkan oleh mahkamah.

Beliau turut mengesahkan juga bahawa dakwaan bahawa BIMB telah menarik-balik kes tersebut atas sebab TSKI telah berjanji akan membayar BIMB apabila mendapat RM 300 Juta dari PNB selepas memenangi saman TSKI terhadap PNB adalah juga tidak benar. Tiada mana-mana pihak yang boleh menjamin bahawa TSKI akan menang kes berkenaan dan jumlah pampasan juga bukan sesuatu yang boleh diketahui terlebih awal sekiranya menang sekali pun. Sdr Derek Fernandez, sebagai peguam yang mengendalikan saman ini, turut bersetuju.

Sdr Asmuni Awi telah meminta supaya butiran berhubung ‘penyelesaian luar mahkamah’ dijelaskan. Memandangkan jumlah terlibat adalah besar, ianya semestinya merupakan satu perjanjian legal yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. “Tak mungkin ianya janji mulut sahaja atau pun perjanjian atas kertas tisu”, tambah saya. Begitu juga, Sdr Asmuni telah menegaskan, sekiranya ada pembayaran yang telah dibuat oleh TSKI, maka berapa jumlahnya dan dari mana duitnya diperolehi perlu turut dijelaskan.

Sdr Matthew Thomas sekadar menyatakan ianya semuanya ‘above board’ tetapi tidak“at liberty to provide the details” atau ‘tidak dibenarkan untuk mendedahkan butiran persetujuan’ tersebut kerana masih belum mendapat kelulusan dari TSKI.

Pertemuan kami berakhir begitu dalam keadaan soalan utama tidak dijawab walaupun dijanjikan bahawa ianya adalah pertemuan yang bertujuan untuk menjelaskan segala-galanya. Sdr Mathew Thomas telah berusaha menghubungi TSKI pada petang itu juga untuk mendapatkan kebenaran dari TSKI tetapi gagal berhubung. Hingga hari ini, peguam Matthew Thomas terus menyatakan beliau masih belum mendapat kelulusan untuk mendedahkannya dan ditambah pula bahwa persetujuan dari BIMB juga turut perlu diperolehi.

Saya ingin menyatakan kekecewaan saya atas kegagalan pihak TSKI mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan persoalan ini dengan tepat dan tuntas. Persoalan ini merupakan persoalan utama untuk membersihkan nama beliau dari terus disyaki sebagai seorang MB yang telah ‘dicompromise’ atau ‘hilang kebebasan kerana dibeli’ mengikut andaian rakan-rakannya dari PKR. Saya dan Sdr Asmuni sanggup menanda-tangani perjanjian kerahsiaan sekiranya dianggap perlu, untuk supaya dapat melihat dan mengesahkan wujudnya perjanjian ‘penyelesaian luar mahkamah’ yang ‘above board’ atau tiada yang mencurigakan. Sekiranya disahkan sebegitu, kami akan sekadar menyatakan ‘tiada kes’ dan menasihati rakan-rakan dari PKR untuk menghentikan serangan mereka terhadap TSKI. Malangnya, peluang ini telah pergi dengan begitu sahaja.

Selain dari soal ‘penyelesaian luar mahkamah’ kes TSKI dengan BIMB, turut dipersoalkan kes Dijaya (Tropicana) dan Ecoworld. Hingga ke hari ini TSKI masih belum memberi apa-apa respon berhubung penjualan tanah kepada Dijaya yang telah dilakukan semasa Parlimen dan DUN dibubarkan dan kerajaan negeri pada ketika itu merupakan kerajaan ‘care-taker’. Walaupun difahami bahawa penjualan itu telah dilakukan oleh PNSB, tidakkah semestinya ianya diluluskan oleh kerajaan Negeri atau TSKI sendiri? Tiada walaupun seorang exco telah ke depan untuk memberi penjelasan berhubung isu ini dan gambarannya adalah seolah-olah ianya sesuatu yang diluluskan oleh TSKI tanpa pengetahuan Exco.

Saya harap pihak media boleh turut bertanya Exco dan bekas Exco yang terlibat pada ketika itu untuk mendapatkan penjelasan.

Pertuduhan terhadap TSKI seperti yang terkandung di dalam dosier PKR adalah jelas dan spesifik. Walaupun ada beberapa isu lain yang ditimbulkan, kesemuanya kembali kepada persoalan samada TSKI telah hilang kebebasannya setelah ‘dibeli’ melalui kes BIMB. Kegagalan TSKI untuk memberikan jawapan yang tepat dan jelas telah mengakibatkan berlakunya kemelut politik Negeri Selangor yang kita lihat pada hari ini. Pemecatan TSKI dari PKR, pemecatan Exco PKR dan DAP, kewujudan ‘kerajaan bebas’ pimpinan TSKI dengan 4 Exco PAS yang terpaksa kekal dalam jawatan Exco demi menghalang kemasukan UMNO, pergeseran PAS dengan PKR dan DAP dan sebagainya, semuanya adalah atas keenganan TSKI menjawab secara tepat berhubung ‘penyelesaian luar mahkamah’ beliau dengan BIMB. Sekiranya ianya dijawab dan tiada yang ‘tak betul’, semua ini pasti dapat dielakkan.

Dengan segala implikasinya, seperti yang disebutkan tadi, TSKI tidak boleh marah sekiranya ada yang membuat kesimpulan bahawa ada yang tak betul dalam penyelesaian luar mahkamah tersebut. Oleh kerana itu, demi menutup yang tak betul, beliau sanggup melihat segala permasalahan ini timbul dan berlaku, walau pun ke tahap jatuhnya kerajaan PR Selangor dan pecahnya PR, namun mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah, tidak sama sekali!

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD


Tindakan KS jumpa dan minta penjelasan adalah tindakan yang betul. Meskipun pada awalnya dia semacam memberikan gambaran bahawa tiada penjelasan dibuat. Penjelasan ada cuma ia bukan sampai ke tahap KS boleh terima dan yakin dengan penjelasan2 yang dibuat kepadanya. Ini yang sebetulnya KS kena sebut la. Komen dia boleh buat orang salah faham ma.

Ayat merah tue korang kena fahamkan betul2.

1. Tiada pelupusan hutang. TSKI BAYAR HUTANG2 DIA. JUMLAH jadi isu. Bukannya hutang lupus. Hak ala. Agak2 la nak buat cerita hutang lupus. Aku dah cakap banyak kali kot mana ada hutang lupus. Sekarang kenyataan KS ialah saksi kepada point aku okey.

2. Mana ada bank timur tengah bayar hutang dia. Ini palsu. Aku tak pernah dengar WAWA cakap macam tue pula. Aku tatau mana SK petik. Yang penting memang bank timur tengah tak bayar hutang2 dia. Geng2 KBSB ada yang gunakan point tak logik utk bank timur tengah bayar hutang dia. Memang la tak logik. Sebab tak betul pun argument tue der. 

3. Kes kuat merujuk kepada penjualan2 saham GUTHRIE tue.

Masalahnya. Ramai yang tak berapa faham sangat isu pokok BIMB neh. Yang depa laju2 sebut kes hutang TSKI lupus, lupus, lupus. Lupus apa kebendanya. Bukan lupus. Tapi bayar la. Jumlah jadi pertikaikan. Kena faham fakta kes ma. Hadoi ai.

Seterusnya lantak korang la nak tukar MB. Tukar la ikut proses. Semak la korang neh. Nak tukar MB pun macam nak p berperang. Habis kecoh satu Malaysia. Huru hara kot.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...