Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Ogos 2014

Hadi Tawar Azmin Sertai PAS Bentuk Kerajaan Dgn Umno - AJK PAS Pusat.

Biar betul laporan oleh TMI neh? Ada sesuatu yang tak kena. Tapi apa ek. 

Point penting ;

1. TGHH buat tawaran kepada Azmin untuk sertai PAS.
2. Mungkin jawatan MB Selangor untuk Azmin.
3. Kemudian PAS, Azmin dan UMNO akan bentuk satu kerajaan perpaduan di Selangor.
4. Perkara ini disahkan oleh TGHH sendiri dalam mesyuarat parti pada semalam.
5. Pengakuan Hadi membuatkan Hadi dan Hanifa bertengkar hebat dalam mesyuarat tersebut.
6. Dan hal ini dilaporkan oleh AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.
7. Untuk rekod, Azmin tolak tawaran Hadi kepadanya.

Sapa AJK PAS Pusat ini? Aku nak sangat tahu sapa dan kenapa perkara ini didedahkan kepada pihak media dan atas alasan apa THE MALAYSIAN INSIDER menjadi pilihan mereka untuk melaporkan perkara tersebut? 

Dan Hadi, betul ke dia nak bawa PAS kepada UMNO? Dah hilang akal? Minta sahkan laporan tersebut. Buat aku rasa pelik je. Ini boleh dijadikan sebagai hujah yang memang Hadi nak satukan PAS dan UMNO tahu tak? Lebih parah cuba heret orang2 dalam PKR untuk bersatu dengan UMNO. 
Gila!

Baca laporan oleh TMI kat bawah neh ;

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu. -TMI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...