Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Ogos 2014

12 Pelan Pemulihan MAS - Kerajaan Salur 6 billion, 6,000 Kakitangan Bakal Hilang Kerja.

Fakta kes.

- Insiden MH17 dan MH370 telah menyebabkan MAS rugi sebanyak RM2billion.

- Setiap hari bermula pada awal tahun 2014, MAS kerugian RM3juta. Dan kerugian itu bertambah buruk selepas insiden kehilangan #MH370.

- Bermula pada tahun 2012, MAS mencatatkan prestasi kerugian secara konsisten. 

- Untuk memastikan MAS tidak terus rugi dan negara kehilangan penerbangan milik negara maka Khazanah Nasional telah mengariskan 12 langkah untuk memulihkan kembali prestasi MAS agar mampu berdaya saing dan memberikan pulangan keuntungan kepada negara.

Antara langkah2 yang diambil ialah ;

1. Kerajaan melalui Khazanah Nasional akan memperuntukkan sebanyak 6b untuk menyelamatkan MAS. Menurut Najib, 6b itu ialah satu pelaburan dan langkah pemulihan itu menyaksikan keuntungan akan dapat diperolehi semula dalam masa 3 tahun sekurang2nya. (Pelaburan guna duit rakyat harap maklum).

2. Khazanah Nasional akan membeli sedikit demi sedikit saham dalam MAS untuk membolehkannya menjadi pemilik tunggal dalam organisasi tersebut bagi mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan cekap.

3. MAS akan dinyahsenaraikan dalam pasaran bursa saham Malaysia secara berperingkat.

4. MAS akan memberhentikan 6,000 kakitangannya ataupun 30% daripada jumlah kakitangan asalnya iaitu daripada 20,000 kepada hanya 14,000 bagi mengurangkan kos operasi. 6,000 kakitangan ini akan ditawarkan skim VSS. Dari 6,000 yang diberhentikan, 3,500 dari mereka akan ditawarkan peluang pekerjaan ke dalam anak2 syarikat milik Khazanah Nasional. Bergantung kepada kelayakan dan keperluan.

5. Operasi syarikat dan ibu pejabat utama akan dipindahkan ke KLIA.

6. Operasi syarikat akan dikecilkan yang membabitkan elaun, bonus dan sewaktu dengannya.

Untuk rekod, CEO MAS, Datuk Jauhari Yahya, akan terus berkhidmat selama setahun lagi. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk dia berhenti memandangkan kerajaan sedang melaksanakan pelan pemulihan MAS. Tapi ada cadangan dari pihak pembangkang agar Khalid Ibrahim diserap masuk ke dalam MAS untuk memulihkan kembali organisasi tersebut.

Bagi aku ini satu cadangan yang baik juga.

Mungkin kepakaran dan pengalaman yang ada pada TSKI boleh digunakan untuk menyelamatkan operasi MAS daripada terus kerugian. Untuk rekod, kerajaan juga akan memberikan subsidi kepada penerbangan komersil MAS bagi memastikan syarikat tersebut mampu menyediakan perkhidmatan (terbang). Ini bermaksud tidak hanya 6b dalam bentuk pelaburan, bahkan subsidi dalam penerbangan juga turut diluluskan oleh kerajaan kepada MAS.

Wahlawei.

Aku tak pasti samada subsidi itu berbaloi ataupun tidak untuk MAS tapi kalau kita berbalik kepada laporan audit kita akan dapati bahawa MAS perlu buat tiga langkah utama jika mereka benar2 mahu menyelamatkan syarikat penerbangan negara.

Pertama. Hanya lantik mereka yang benar2 mampu, berkeupayaan, bersih dan bebas dari segala unsur2 salah laku untuk menerajui MAS. Tak kira dalam apa2 position sekalipun. Dari atas sampai ke bawah. Dari bawah sampai ke atas, Kakitangan yang terpilih mestilah dipilih berdasarkan kelayakan, merit, kepakaran dan pengalaman.

Kedua. Tidak mahu lagi projek ataupun tender2 disalurkan ikut jalan belakang. Mestilah berpandukan kepada protokol yang bebas dari amalan salah laku, amanah dan telus. Hanya mereka2 yang berkelayakkan untuk memberikan service terbaik kepada MAS sahaja berhak menjadi sebahagian dari organisasi kerjasama dengan MAS.

Ketiga. Pembaziran dan berbelanjaan keuntungan yang tidak kena tempat ataupun waktunya perlu dihentikan terus. Contoh amalan bonus berlebihan2 kepada golongan ekskutif dan mengabaikan pula kakitangan non ekskutif. Yang mana2 memegang jawatan besar tue mendapat gaji yang luar biasa jumlahnya patut dikurangkan biarlah setimpal dengan nama jawatan, kepakaran dan pengalaman. Ada banyak amalan ketirisan yang disebut oleh audit negara ketika bentangkan prestasi MAS pada tahun lepas. Sepatutnya semua laporan2 itu diambilpeduli, diperbetulkan dan jangan sesekali berkompromi kepada mana2 pihak yang berperanan merosakkan dan merugikan MAS dari dalam mahupun luar.

MAS kena buat ini seiringan dengan langkah2 pemulihan MAS. Jangan lupa. 6billion duit pembayar cukai jadi taruhan. Subsidi lagi. Berapa lama lagi rakyat perlu diheretkan dalam kerugian MAS? Berapa lama masa yang perlu MAS ambil untuk membolehkan mereka berdiri sendiri tanpa membabitkan wang rakyat dalam pengurusan operasi syarikat mereka? Berapa banyak wang yang perlu rakyat sediakan untuk bail out MAS dari tahun demi tahun? Yang dah lepas kita taknak cakap banyak. Ini future punya story. MAS kena amek pendekatan betulkan apa yang benar2 didapati bermasalah terlebih dahulu sebelum ambil satu pendekatan jauh. Jangan heret rakyat lagi dalam kelemahan dan ketirisan kamu menguruskan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa tapi ditunjangi oleh pengurusan yang bertaraf kaki rasuah dan kaki songlap duit keuntungan MAS demi kayakan poket sendiri. Bail out seribu kali pun tak mampu selamatkan MAS macam tue. Fikir2lah ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...