Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Ogos 2014

Jika Nak Salahkan Anwar, Keluar PKR Kata Rafizi.


Pandainya abang Rafizi kita menyerap sikap buruk UMNO dengan begitu baik sekali. Dalam pada membenci, ada juga tindakan mereka yang kita tiru. Mungkin Zahid Hamidi patut berbangga. Dia kini sudah ada protege.

Pada aku.

Memang salah Anwar. Bukan akan, tetapi telah, masih, sedang dan mahu. 

Bahkan ia salah PKR dan PR, TSKI secara menyeluruh terhadap apa yang berlaku di Selangor. Setiap satu dari mereka menyumbang kepada situasi yang meruncing di Selangor.

Ini apa yang Rafizi ucap dalam kongress PKR ;
   

Ada beberapa perkara yang Rafizi sebut dalam video di atas aku anggap benar berdasarkan kedudukan dia dalam parti. Maksudnya ia adalah perkara yang betul untuk diri dia berfikir seperti itu.

Ada beberapa perkara yang Rafizi sebut dalam video di atas aku anggap dia terlalu emosional dan tak nampak point kenapa kritikan itu disalurkan.

Ada beberapa perkara yang Rafizi sebut yang aku sebenarnya tak faham apa point dia. 

Rafizi ada sebut. 

1. Bahawa perjuangan PKR pada mulanya untuk mempertahankan apa yang berlaku ke atas Anwar. Untuk apa diceritakan perkara ini? Adakah ini bermaksud bahawa Rafizi mahu orang recall bahawa PKR itu tertubuh kerana terjadi ke atas Anwar? Maka sudah tentu logiknya selepas 16 tahun ia adalah betul untuk mempertahankan Anwar dalam apa2 juga keputusan yang dia buat?

- Maka, dengan mengikut konsep yang Rafizi sampaikan, ia adalah betul juga bila ahli2 UMNO mempertahankan Mahathir, kan? Mahathir la yang tubuhkan UMNO BARU. Betul tak?

2. Rafizi sangkal isu nepotisme.

Bagus sangat Rafizi beri penerangan isu nepotisme. Apa sebenarnya yang patut kita faham dalam isu nepotisme. Aku setuju dengan point Rafizi. Tapi aku minta Rafizi faham juga sejarahnya. Isu nepotisme ini Anwar yang bawa pusing 1 Malaysia. Untuk kritik BARISAN NASIONAL khususnya UMNO. Oleh kerana itu perlu Rafizi peduli akan faktor pencetus. UMNO membidas isu NEPOTISME adalah merujuk kepada tindakan ANWAR yang bidas isu NEPOTISME ke atas parti UMNO terlebih dahulu. Anwar dibidas isu NEPOTISME dalam PKR kerana itu antara apa yang ANWAR lawan sampai pusing 1Malaysia. Orang tegur mengenai ketidakkonsistennya tindakan kita dalam membidas sesuatu perkara.

Bila ia membabitkan musuh politik kita, ia menjadi salah. Tetapi bila ia dilakukan oleh parti kita, perkara itu jadi betul pula.

Nurul Izzah dan Wan Azizah naik dalam parti kerana pemilihan dan pilihanraya. Yang gunakan sistem undi.

Maksudnya pengundi2 mereka boleh terima hubungan langsung antara Wan Azizah dan Nurul Izzah dengan Anwar Ibrahim.

Kalau mereka tak boleh terima keadaan itu sudah tentu la DSWA dan NI akan kalah dalam PR dan pemilihan parti. Dan seperti itu juga la kita perlu faham bahawa pengundi2 Najib dan Hishammudin juga naik mengikut konsep yang sama. Pengundi2 mereka boleh terima kaitan kekeluargaan antara mereka.

Kalau point politik wang digunakan ke atas UMNO, maka nepotisme mereka patut dibidas, maka parti PKR juga tidak sebersih mana.'PERMAINAN' tetap ada disitu walaupun istilah politik wang tidak digunakan. Kan seri je antara BN dan PR. Kalau korang kutuk sesama korang dalam isu nepotisme nampak sangat macam tak cermin diri.

Haha.
 
3. Rafizi kata. Jika tak terima keputusan yang dibuat oleh parti dalam isu Kajang movie, ganti MB maka keluarla dari PKR. Jika tak terima nepotisme, maka calonkanla diri melawan kedudukan DSWA mahupun NI. Part nepotisme tue betul. Kalau tak terima nepotisme kenapa tak bertanding untuk rebut jawatan. Takan takut kena baling kerusi pula. Terang2 Rafizi buka cabaran, pemilihan akan datang jangan sembang kencang kutuk DSAI, DSWA mahupun NI. Pergi la bertanding sana. Tapi part kritikan ke atas parti, tak setuju dengan keputusan2 parti, dan bila kritikan di anggap salah sampai kena keluar parti, aku rasa something is wrong dengan Rafizi. Kenapa emosional sangat neh? Ahli PKR perlu bahkan patut kritik tindakan2 PKR. Diakui oleh Rafizi sendiri. Di peringkat tertinggi pun tak semua setuju dengan kajangmovie. Apatah lagi di peringkat ahli. Ada tak Rafizi suruh mereka letak jawatan dan keluar parti? Tak kan. Sebab apa? Sebab mereka ada jawatan dalam parti. Tapi pada ahli biasa disuruh keluar. Ini kah cara seorang pemimpin? Disuruh keluar parti kerana tak bersetuju dengan keputusan (pendirian parti) Anwar? 

Anwar ialah manusia. Dia tidak la lebih dari kita melainkan kita yang melebihkan kedudukan dia.

Bukan setiap tindakan PKR itu semestinya betul. Bukan setiap keputusan Anwar juga semestinya betul. Jika Anwar dan PKR boleh tersalah dengan menjadikan TSKI sebagai MB (pendirian PKR) maka apa jaminannya bahawa tindakan menyingkirkan TSKI semestinya tepat dan kena pada masanya pula?

Nampak?

Yang ramai orang kritik ialah bukan mereka mempertahankan TSKI pun. Dorang lebih menyentuh part proses dan alasan. Ini yang dorang tekankan dan ini yang dorang kritik kerana alasan bercampur baur dan tidak konsisten. Cara mengendalikan situasi ini tersangatla teruk. Ini yang orang tegur. Ini pun kena keluar parti ke baru boleh berbahas?

Ini ke keadilan yang ada dalam parti keadilan?

Dengan menutup suara2 yang berbeza dan paksa bersetuju dengan setiap keputusan parti atas alasan ia dibuat oleh pemimpin2 tertinggi? 

Siapa yang tetapkan bahawa setiap keputusan, pendapat dan pandangan pemimpin2 tertinggi semestinya betul? Adakah korang nak bagi alasan bahawa korang naik kerana ahli maka sudah tentu ahli sandarkan kepercayaan korang untuk buat satu2 keputusan?

Memang la ahli sandarkan hak untuk berbuat sesuatu kepada korang. Hak untuk memutuskan sesuatu hak korang tetapi hak untuk mengatakan ia betul, salah, mengkritik, berbeza, menegur ataupun tidak bersetuju, ia masih lagi hak ahli2 parti korang. Daripada halau, kenapa tidak cuba sesuaikan kepelbagaian pendapat ini dengan meraikan perbezaan dengan matang?

Tak perlu suruh keluar (halau). Hanya perlu fahamkan situasi dan raikan kepelbagaian. Cuba la belajar untuk peduli kenapa teguran itu hadir. Cuba la amek tahu kenapa orang mengkritik. Cuba cermin diri tang mana kita salah. Cuba fikir masak2 apa yang tak kena. Setiap yang menyuarakan perbezaan itu ada sebab2 yang tersendiri. Ia memang salah korang bila tak mampu menyakinkan ahli2 dan penyokong2 korang untuk sebulat ahti dalam isu Kajang Movie.

Jelas. Ada banyak tindakan2 korang yang sangat tidak tally antara satu sama lain. Ada banyak ketidakonsistennya kenyataan yang dikeluarkan. Jika korang berpuas ahti hanya dengan pujian, anggukan, ikutan dan paksaan untuk menurut dalam parti korang, terserahla. Apa pun, ia adalah parti korang. Aku tak terikat pun. 1000 kali kritik PKR, PAS, DAP, BN mahupun PSM, takde sapa2 boleh larang atau keluarkan aku dari mana2 parti. Aku tak terikat sebab aku cukup sedar permainan korang menjadikan dorang ahli.

8 bulan yang lalu bukan hanya menguji ahli2 pkr semata2. Tapi menguji rakyat juga. Sejauh mana kita setia. Bukan pada manusia. Tapi pada kebenaran. Adakah PKR sedang membawa risalah kebenaran yang kita semua harapkan? Ataupun PKR hanyalah ganti UMNO dalam nama lain? Aku tatau secara statistiknya. Tetapi aku percaya. Untuk orang yang mencari kebenaran, akan Allah hadiahkan dia kebenaran. Tanya diri sendiri. Kita lebih jelas dengan apa yang kita mahu. Tiada orang lain yang lebih jelas dengan diri kita, melainkan kita sendiri.

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...