Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Rasuah Banyak Penjara Setahun, Rasuah Sikit Penjara 3 Tahun - Inila Undang2 Malaysia.


Rasuah tetap rasuah. Tak kira sikit ataupun banyak. Begitu juga dengan salahguna kuasa tetapla salahguna kuasa. Tak kira ko siapa dan apa pangkat ko sekalipun. Tapi kan ada sesuatu yang tak kena la dengan undang2 kat negara kita neh.

Kalau korang perhatikan. Khir Toyo punya salah guna kuasa lagi banyak kot. Lagi besar margin kesalahan dia, tapi dipenjarakan setahun aje. Itupun rayuan demi rayuan dibuat untuk berlepas diri dari penjara setahun itu.

Rujuk sini.

Masing2 ada otak dan boleh fikir sendiri samada berbaloi ataupun tidak berbaloi si Khir Toyo tue kena hukuman penjara setahun jer.

Dan semalam, satu lagi kes salah guna kuasa dikenakan hukuman penjara. Kali neh 3 tahun. Bagus. Berjaya hukum dia. Tapi kenapa hakim beratkan hukuman orang yang salahguna kuasa dalam skala kecil tapi ringankan hukuman orang yang salahguna kuasa dalam skala besar? Ini keadilan ke?

Bekas ahli majlis perbandaran SJ. Ahli PKR. Agak kecoh sebab terheret nama baik PKR disitu.

Baca jap ;

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM100,000 terhadap seorang bekas ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, 4 tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid memerintahkan Hamdan Ismail, 51, yang juga ahli PKR menjalani hukuman setahun penjara lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan pertama, Hamdan dipenjara 3 tahun dan denda RM100,000 kerana menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kelulusan bagi syarikat milik anaknya Yuwafee Heidi, iaitu Alam Muhibbah Enterprise, untuk melaksanakan kerja membina bonggol di Jalan LEP 6 dan Jalan PP1 serta baik pulih jalan di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan, pada harga RM19,790.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dipenjara setahun setelah didapati bersalah menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 bertarikh 3 Disember, 2009 yang palsu, sebagai tulen. Beliau didakwa melakukan kesalahan pertama di pejabat MPSJ di Subang Jaya pada Februari 2010 (tiada tarikh) dan kesalahan kedua di Bahagian Khidmat Komuniti Kompleks 3C, MPSJ Subang Jaya pada 3 Disember, 2010.

Hakim memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak serta membenarkan permohonan peguam bela Ahmad Nizam Hamid agar pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara satu notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum 2 September.

Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pembelaan yang memanggil 3 saksi termasuk tertuduh dalam penghujahannya lebih besifat penafian semata-mata.

Hamdan yang menjalankan perniagaan sendiri membayar denda tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diwakili Timbalan Pendakwa Raya Sukri Seman. – Bernama, 29 Ogos, 2014. -TMI-

Amboi amboi amboii.. mentang2 la orang biasa yang jadi isu kat sini, tetiba nak berlagak suci macam adil hakim2 negara kita neh kan. Tapi bila babitkan ahli2 politik bertaraf VVIP la sangat, kemain liat lagi nak jatuhkan hukuman berat2. Itupun melalui proses perbicaraan yang panjang. Diskriminasi gila. Takan tak nampak lagi kot?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...