Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Ogos 2014

Pertahankan Kerusi Pengkalan Kubur - PKR & PAS Gaduh Pasal Kerusi PRK Pula.

Daripada bergaduh pasal kerusi MB bertukar kepada mereka bergaduh pasal kerusi DUN Pengkalan Kubur pula dah. PAS dan PKR bergaduh. Pasal kerusi.

Sejujurnya. Aku suka ikut peraturan. Kalau dah peraturannya kerusi itu ialah milik PKR maka biarlah PKR sahaja yang bertanding. Tak perlu la mana2 pihak cuba mengelirukan lagi keadaan yang memang sedang mengelirukan ahli2 parti masing2.

Insiden kerusi MB Selangor hanyalah sebahagian dari topic2 yang mana membuatkan ahli2 PAS paneh ahti dengan PKR dan sebaliknya.

Yang sebenarnya kita semua tahu mereka2 ini memang ada senarai2 yang boleh dibentang jika ditanya kepada sesama sendiri kenapa tak puas ahti dengan sesama sendiri. Pakatan hanya berpakat depan media, depan UMNO, depan BN untuk tunjukkan yang mereka bersatu. Sedangkan secara hakikatnya, mereka tak la bersatu sepertimana yang mereka sering laung2kan. 

Kesian kan. Penat nak berlakon. Lama kelamaan pimpinan PR akan tahu juga yang sebenarnya apa yang paling penting ialah bukan la berpura2 berlakon depan media yang dorang tue berpakat tetapi ialah apakah langkah2 yang boleh dorang buat within parti untuk memastikan sesama ahli parti dan ahli parti komponen saling hormat menghormati antara satu sama lain, saling bertolenrasi atas dasar persefahaman, bukan atas dasar paksaan ataupun arahan yang kadang2 ahli2 parti ini rasa tak ikhlas nak turutkan kehendak pimpinan.

Tadi. Melihat satu video di Malaysiakini. Yang jelas sedang menunjukkan satu gambaran. Bahawa PKR sedang mempertahankan kerusi itu dari PAS. Bahkan jadi bahan ejekan orang2 UMNO.

Lihat ;


Mulut kita yang bercakap.
Diri kita yang bertindak.
Tapi akhirnya kesalahan akan berbalik kepada UMNO. Kalau la korang nak tahu. Tengok aje akan ada komen2 yang keluar daripada pimpinan, ataupun ahli, ataupun penyokong mereka yang bakal menyalahkan BN dan UMNO dalam isu perebutan kerusi di Kelantan ini. Sejarah perbuatan mereka sudah membuktikan banyak kali. Kadang2 rasa meluat pula aku dengan geng2 yang tak dapat terima fakta dan hakikat neh.

Yang buka topic tue orang2 PKR. Secara terbuka di kongress parti. Maka jangan la harap orang takan mengata. Sepertimana orang mengatakan perilaku BN seperti itu juga la perilaku PKR akan dikata orang.

Tengok laporan ini ;



  Apa2 pun aku berharap PAS jangan la rebut kerusi itu. Ikut peraturan sedia ada sudah. Biarla PKR bertanding disitu. Dan pilihla calon yang mampu perform kerja2 untuk bantu rakyat yang mereka wakili disitu, bukan hanya mementingkan apa yang calon itu boleh bantu parti. Sesungguhnya parti2 politik di Malaysia ini banyak yang rosak pemikiran mereka dan yang lebih teruk pemikiran yang rosak itu juga la yang ditelan dan diamal oleh rakyat. Mereka dah dibiasakan untuk berfikir sepertimana parti2 politik ini asuh mereka untuk berfikir. Kalau la aku sesuatu. Ataupun seseorang. Aku akan mahu menyelamatkan mereka dari dijajah mindanya oleh parti2 politik ini. Tapi nampaknya aku bukan sesuatu ataupun seseorang yang orang akan rasa pendapat2 aku relevant.

Haha. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...