Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Ogos 2014

Laporan Khas - Pakatan Rakyat Atau Pakatan Rapuh Part 2.

Untuk PAS ;

- Krisis MB menunjukkan betapa teruk, lemah dan lembiknya PAS dalam mengambil apa2 tindakan. Sudah la lemah dalam tindakan, lemah pula dalam mempertahankan dan bersikap konsisten dengan pendirian yang mereka sendiri putuskan.

- Sekalipun PKR & DAP mungkin bersikap memaksa PAS untuk bersetuju dengan tindakan2 mereka, ia masih lagi hak PAS untuk tidak bersetuju. Persoalannya kenapa sebilangan besar AJK2 PAS Pusat bersetuju dengan usul tukar MB dan sebilangan kecil tidak bersetuju?

- Sekalipun betul sebilangan besar AJK2 PAS Pusat ialah orang2 yang pro kepada Anwar maka bukan kah ia adalah lantikkan ahli2 parti sendiri? Kenapa ahli2 parti korang lebih tertarik dan condong kepada tokoh2 tertentu dan menolak tokoh2 tertentu? Bukan kah itu sesuatu yang pemimpin2 yang label diri mereka sebagai agamawan perlu kaji?

- TMI ada melaporkan dengan jelas dan mempertahankan laporan mereka bahawa TGHH telah merancang satu usaha untuk bersatu dengan UMNO dengan mengajak Azmin dan beberapa pimpinan dari PKR. Kenyataan TMI ini dibuat selepas SU politik TGHH menafikan kandungan artikel tersebut. Apa neh? TMI tak padam kan pun artikel mereka. TMI secara terang2an mencabar TUAN GURU HADI AWANG. UG sedang dibentuk di Selangor dan itu mungkin punca 2 adun PAS keluar secara huru hara dan tiba2 bagi sokongan kepada PKR. Adakah itu puncanya? Jika itu puncanya kenapa kedua2 ADUN PAS tak berterus terang? Adakah bertindak untuk menutup cerita sebenar? Walau apa sekalipun niat mereka jika tujuannya untuk tutup cerita sebenar, mereka tetap pesalah kerana mempermainkan amanah pengundi Selangor. Sampai bila korang boleh jadi berani untuk cakap benda betul depan orang ramai? Nama aje parti PAS konon berjuang guna wadah Islam tapi untuk bercakap benar pun penakut nak mampos. Lepas tue expected orang akan respect korang sangat sebab keluar parti dan tiba2 sokong PKR. Memang tak la. Yang aku nak tahu apakah benar TGHH ada agenda satukan PAS dengan UMNO. Ini penting untuk membuat analisa tindakan dan pemikiran PAS bagi memastikan kewujudan mereka sebagai pembangkang adalah relevan dan tak sia2 gunakan mereka untuk lawan kezaliman BN. Jika mereka ada walaupun slightest niat untuk bersatu dengan UMNO, ia perlu didedahkan. Kenapa nak berpura2 dan menipu penyokong2 korang demi melindungi intergriti sesetengah pimpinan tertinggi korang.

- PAS perlu ingat, bersatu dengan UMNO ialah mempermainkan amanah rakyat. Orang undi kau untuk mengagalkan UMNO sebagai kerajaan negeri di Selangor. Jika akhirnya Selangor berbalik kepada BN melalui kerjasama UMNO-PAS ianya memang la bullshit. Ini kerana ketika kempen korang dok sembang huha huha lawan kezaliman BN. ALih2 korang sendiri bersatu dengan BN. Cakap tak serupa bikin. Amanah yang dimungkiri dan masih tak malu menjaja kita berjuang demi Islam. Dalam Islam, menipu dan mempermainkan amanah orang itu digalakkan dan dapat pahala ke?

- Kalau baca statement KS dia ada sebut yang ada usaha dari pihak2 tertentu untuk satukan PAS dengan UMNO demi memastikan kelangsungan umat Islam. Nak beri Islam menang. KS kata kerjasama dengan PR juga Islam tak rugi. Hipokrit. Baik yang nak bersatu dengan UMNO mahupun yang bersatu dengan PR. Baik geng2 UG mahupun geng2 Anwarinas. Aku tak faham sangat kenapa dorang2 neh nak sangat Islam menang. Islam tak bermula dengan kalah pun. Islam kalah ke? Yang aku nampak kalah dan gagal itu umat Islam kerana tak faham Islam. Bukan la Islam yang kalah. Maka kalau nak orang melihat Islam itu benar akhlak korang la korang perbetulkan. Tak bermakna kalau menjadi majoriti itu betul. Selama ini pemimpin Islam majoriti tapi tengokla apa yang takde kat negara kita. Siap nak buka kasino lagi. Tak serik2 dengan gejala judi, samseng dan kongsi gelap. Ini nak buka lagi. Dan sekalipun PAS terbukti duduk dalam PR, mereka juga gagal bawa Islam ikut acuan sebenar. PKR dan DAP masih gila meroyan juga. Tiada beza dengan kelakuan UMNO dan parti2 komponen mereka. Dan tak lupa, PAS pun boleh tahan gila meroyan depa. Ketidak-konsisten kenyataan2 mereka kadang2 boleh buat orang meluat. 

- Kalau dianalisis dari tindakan PAS mempertahankan TSKI, mereka sebut TSKI bersih dan cekap. Sebegitu tinggi pujian dilambungkan mungkin PAS patut mempertimbangkan untuk melantik TSKI dalam pentadbiran negeri mereka. Tak la krik krik krik aje lebuhraya tue kan. Ke dah tak bernafas? Semua salah BN macam biasa alasan2 korang yang aku dah muak nak dengar.

- Kalau dibaca dari kenyataan terbaru Nik Amar, dia bagitau kerusi PK ialah kerusi PAS yang dipinjamkan kepada PKR. Jika ianya betul, maka kita berbalik kepada perjanjian la. Apakah perjanjiannya disitu? Jika dikatakan PKR kena pulang semula selepas beberapa tempoh, maka elokla PKR pulangkan. Tapi persoalannya kenapa benda2 macam neh korang kena update depan media? Sesama sendiri takde no phone ke apa ke? Kenapa PKR nak pongpang2 dalam kongres dan kemudiannya disahut PAS dalam media? Korang neh budak2 kecik yang tak reti nak berfikir dengan matang ke bagi menyelesaikan pertelingkahan dalaman? 

- Mustafa Ali keluarkan statement yang PAS akan bagi 3 nama dari PKR. PKR dan DAP hanya kekal dengan satu nama. Kat sini dah nampak betapa tak berpakatnya korang dalam membuatkan satu2 keputusan. Sangat bercelaru walaupun antara satu sama lain. Kenapa masih tak malu nak kekal gunakan nama Pakatan Rakyat? Bukan kah nama seperti Pakatan Celaru lebih mendekati kepada tindakan2 korang?

Part 3.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...